Tuesday 21 December 2010

majlis bersanding ~ 4 Disember 2010 ~

agak lama juga saya ambil masa nak update tentang hari persandingan saya, 4 Disember 2010 lalu.. bukan apa, saja ambil feel dulu.. huhu.. rasa macam dah basi pulak.. tapi tak apa, syok sendiri pun ok jugak, kan? hehehe..

tanggal 4 Disember 2010 bersamaan dengan hari Sabtu, merupakan hari bersejarah buat saya.. ramai betul saudara mara yang memeriahkan hari saya.. malam sebelumnya tu, masing² tidur berbantal lengan saja.. maklum la bantal tak cukup.. kawan² yang tidur di rumah saya dah pesan awal² supaya bawak bantal & selimut.. ruang tamu saja berselerak semua tidur.. yang anak bujang, kebanyakan tidur di depan pelamin.. menjaga keselamatan.. huhuhu..

pagi 4 Disember tu hujan turun renyai².. aduhhhh.. saya & mak dah mula risau.. orang kata hujan renyai² lambat berhenti.. macam mana nak buat majlis kalau hari hujan? macam mana nak masak lauk? macam mana pihak lelaki nak bawak hantaran masuk? macam mana nak bersanding? macam mana tetamu nak makan? persoalan² ni berlonggok dalam kepala.. langit mendung saja.. tak ada tanda² hujan nak berhenti & matahari pun tak nampak.. makcik sebelah² rumah ada yang bertanya "kau tak baling baju atas rumah ke semalam?.." aduhhh.. saya berserah saja.. sambil dalam hati terus berdoa agar hujan segera berhenti.. tak apalah kalau hari mendung asalkan tak hujan..

lepas mandi, saya terus bersarapan.. makan pun tak berapa nak lalu bila tengok hujan renyai².. sekadar alas perut saja.. sesudah bersarapan, saya tolong makcik² di dapur lap pinggan mangkuk untuk makan beradab.. at last kena halau.. huhuhu.. pengantin mana boleh tolong kerja di dapur.. tak berseri nanti.. masa nih saya pun taktau nak buat apa.. nak bersiap, hari masih awal lagi.. juruandam pun tak datang lagi.. kejap² saya ke depan tolong cucukkan bunga manggar la, susun telur dalam bakul la.. sambil² tu saya jenguk ke luar, alhamdulillah, hujan dah reda walaupun matahari tak kelihatan..

juruandam datang dalam pukul 10 pagi tak silap.. waktu ni matahari dah nampak sikit².. lega hati saya.. wajah saya terus diconteng.. juruandam membawa 2 orang staffnya bersama.. bilik saya jadi penuh.. dengan 2 orang photographer, 3 orang juruandam bersama assistantnya dan juga saya.. bilik pun bukan besar mana.. aircond pun tak terasa.. redha sajalah..

dalam pukul 12.30 tengahari, wajah saya siap disolek..

 abaikan bilik yang bersepah itu..

saya agak malu² nak keluar.. segan rasanya menjadi perhatian orang.. saya kan pemalu.. ahaksss.. alhamdulillah, kawan² yang hadir memberi semangat buat saya.. ditambah lagi cuaca pun makin ok.. syukur sangat.. waktu ini, pengantin lelaki sedang disiapkan oleh assistant kepada juruandam di rumah makcik saya tak jauh dari rumah saya..

tak sangka pulak Menteri Besar N.Sembilan datang.. =)

keluar saja dari bilik, mak ajak bergambar bersama Menteri Besar N.Sembilan.. sangat tak sangka beliau nak datang.. bawakkan jambangan bunga lagi.. hehe.. terima kasih Tok Mat.. bergambar sakan laa kami.. terlupa sekejap yang diri menjadi pengantin.. hahaha.. Tok Mat pun pening.. "Ntah mano satu kamera eh haa.." loghat Tok Mat.. semua orang ketawa.. 

eh.. lupa pulak.. untuk hari persandingan ni, kami mengenakan persalinan warna grey & pink.. mulanya aku hanya cakap "ehhh.. sweetnya baju kaler ni.." waktu tu saya dan hubby (masa tu masih bergelar tunang) di butik pengantin.. terus juruandam tu kata "pakailah warna ni.. tak semestinya kena ikut warna tema.. biar family pakai warna tema, pengantin pakai warna lain pulak laa.. baru ada beza.." aku masih ingat lagi kata² juruandam butik tu.. terus aku angkat.. hehehe.. 

lepas saja azan zuhur, kompang mula kedengaran..kami bergerak untuk menyambut pengantin lelaki.. mujur hujan dah berhenti.. =)

nebes okkkkk...

masa ni bunyi apa pun tak dengar.. group kompang mainkan lagu apa pun tak pasti.. nervous nya Tuhan saja yang tau.. maklumlah pengantin.. beribu pasang mata memerhati.. kalau ada cacat sikit aksi pengantin mesti orang berkata².. flash kamera terlihat di sana sini.. tak tahu yang mana satu nak beri perhatian.. sesampai di pelamin barulah lega sikit.. teringat kata² makcik sebelah rumah "kak, kau atas pelamin nanti jangan berborak² pulak.. mata jangan melilau sana sini.. tak elok.. biadap namanya.. pengantin kena senyum dan pandang depan je.." uhuhhh.. banyak betul pantang larang.. terus saja tunduk memandang kanak² yang duduk depan pelamin.. punyalah takut nak pandang orang.. hinggakan BFFku bagi isyarat suruh naikkan sikit muka dan senyum.. huhuhu..

mak menepung tawar.. happynya..

sewaktu sesi menepung tawar, semua ketawa.. sebabnya air mawar yang diisi dalam perenjis tak keluar walau setitik pun.. so atas pelamin just buat gaya merenjis sajalah walaupun pada hakikatnya air mawar langsung tak terenjis.. sebenarnya, bila dah beberapa hari majlis selesai, barulah semua perasan yang air mawar langsung tak diisi dalam perenjis!! memang patutlah tak keluar pun masa merenjis.. hahaha.. buktinya, tak ada bau air mawar pun.. sabar sajalah.. 

bergambar bersama sepupu² & maksu Ani yang vogue.. huhu..

selepas acara merenjis selesai, tiba pula waktu makan beradab.. serius saya tak lalu nak makan.. walaupun lauk pengantin yang terhidang semuanya sedap².. mata saya melilau memerhatikan kawan² yang hadir.. bimbang kalau² mereka pulang tanpa goodies.. sekejap² saya lari mengambil goodies untuk kawan² yang saya nampak.. my former boss pun datang bersama suaminya.. tak sangka sebab sebelum cuti, kata boss mungkin tak dapat datang sebab mak mertuanya datang bertandang.. hadiah pun diberi awal.. hehehe.. terima kasih puan.. =)

acara potong kek bermula selepas makan beradab.. terima kasih kepada Cik Siti yang menaja kek untuk majlis kami.. kek fondant adalah dari Sugarflours setinggi 5 tingkat berwarna putih & berbunga peach - pink.. sweet sangat.. sedap jugak.. saya hanya mengimpikan kek setinggi 2 tingkat saja.. nak banyak² tingkat memang tak mampu la.. huhuhu.. terkejut juga bila pertama kali melihat kek setinggi 5 tingkat itu.. surprise sangat.. terima kasih sekali lagi kepada Cik Siti.. :)

percaya tak waktu potong kek ni kakiku digigit semut api? jeles betul semut nih.. huhuhu..


suka.. suka.. :)

dalam pukul 4 petang, majlis selesai.. tetamu masih lagi ramai ketika ini.. cadangnya lepas habis majlis, kami nak buat sesi outdoor di Putrajaya.. sajalah buat kenang kenangan.. tapi ramai kawan² dari Putrajaya mengatakan jalan jam teruk tambahan lagi hujan renyai² di sana.. so kami ambil keputusan buat outdoor sikit² saja di Ulu Bendul.. huhu.. best jugak.. sesi di Putrajaya ditangguhkan minggu hadapannya.. kami sampai di Ulu Bendul dah lewat petang.. hujan pun baru lepas reda.. tapi ok lah.. orang tak berapa ramai memudahkan lagi kerja kami.. baju pengantin tak payah cakaplah.. lencun juga.. nasib juruandam taktau.. kalau tak, naya.. huhu.. bergambar sakan di dalam air.. walaupun tak banyak, tapi ok loooo..

 bersama photographer Chanteeq Pictures..


plastik je memek muka time nih.. :P


lencun dah time nih..

alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada sedikit kekurangan.. sangat gembira dengan hari bersejarah saya ini.. semua saudara mara pun kelihatan happy walaupun penat.. terima kasih yang tidak terhingga kepada semua saudara mara yang dekat & jauh kerana sudi memeriahkan hari persandingan kami.. terima kasih banyak juga kepada Cik Shazwani yang banyak membantu dari A hingga Z untuk majlis ini.. jasamu tak terbalas..

 bersama sepupu hubby..

minggu ni majlis bertandang pula.. 
=)

Thursday 16 December 2010

tolonggggg.. =(

sedang mencari rumah sewa.. susahnyeeeeeeeee.. huwaaaaa...
kuarters dah mintak tapi belum ada result lagi..

sekarang masih duduk dengan mak lagi di seremban.. tapi tau sajalah kan, seremban - putrajaya - seremban memang tak jauh tapi minyak + tol.. hohoho.. nipis rambut ni tauuuuu.. tu baru aku.. hubby pulak seremban - putrajaya - shah alam - putrajaya - seremban.. hahhhh.. pengsan weh..

sebelum kahwin ada juga survey di Puchong.. rumah flat harga dalam RM300++.. tapi opismate cakap jalan jem.. ok ke? murah sangat ke? bukan apa, takut juga kalau murah sangat orang kata kena check betul².. takut.. huhu.. seri kembangan pun sama.. jalan jem.. bangi pun ok juga cuma sampai sekarang tak jumpa lagi rumah untuk disewa..

sekarang ni duk sibuk nak buat surat rayuan minta dipercepatkan perolehan kuarters.. harap dapatlah hendaknya.. sebelum dapat kuarters kena cari juga rumah sewa.. nak berulang dari rumah mak mertua di shah alam, sama juga macam berulang dari seremban - putrajaya.. aduhhhh..

tolonggggggg...
sesiapa yang berdekatan putrajaya yang tahu ada rumah untuk disewa inform saya eh..
=(

Wednesday 15 December 2010

malam berinai ~ 3 Disember 2010 ~

susah betul nak update pasal malam berinai nih.. gambar takde lah, internet buat hal lah, broadband lembab lah.. huhhhh.. dugaan betul.. tapi tak apa.. berbekalkan gambar yang sikit nih, saya try cerita sikit² eh..

malam berinai bermula lepas solat Isyak.. sebelum tu sesi bertukar persalinan iaitu baju india (tak ingat apa nama baju tu), cheong sam & gaun putih.. tapi persalinan ni semua memerlukan saya untuk tidak bertudung so saya skip lah part ni eh.. hehehe..

kami memakai baju songket berwarna hijau daun.. baju songket ni tak termasuk dalam pakej yang saya ambil dari butik pengantin.. sebab saya dah tukarkan baju malam berinai kepada baju bertandang.. bukan apa, malas nak fikir² mana nak cari baju untuk majlis bertandang nanti.. nak mintak mak mertua carikan, nanti tak berkenan pulak.. so baju untuk malam berinai ni kami ambil dari uwanku saja.. maklum la sebelum ni uwanku adalah mak andam cuma sekarang dah kurang sikit.. baju songket tu pun masih nampak baru sebab aku adalah orang kedua yang memakainya.. sebelum ni sepupuku yang merasmikan songket hijau tu tahun 2008..

habis bersiap, kami diarak keluar menaiki tandu.. tandu ni dibuat dari buluh.. agak berat juga.. nasib lah kami nih kecil saja.. hahaha.. keliling tandu diletakkan lilin merah & juga bunga telur terpakai.. orang dulu² kalau naik tandu ni selalunya bersanggul lintang di atas kepala.. tapi saya tak mahulah.. hehehe.. takut kepala teleng atas tandu tu nanti.. =P  berat juga sanggul tu.. mula² macam tak mahu naik tandu tu.. tapi sebab tu hajat mak, maka saya ikut saja.. takut juga tapi bila start diarak, best pulak.. hahaha.. tapi macam kesian pulak tengok orang² yang mengusung tandu tu.. yang mengusung pun bukan orang lain.. pakcik² ku dan juga sepupu² ku saja.. time ni lah nak kenakan saudara sendiri.. muehehehe...


best tau naik tandu nih.. rasa taknak turun.. hehehe..

kami diarak tak lah jauh sangat.. sebab kesiankan tukang usung tandu tu.. berat.. hehehe.. gayat juga mulanya lagi² hubby yang tak pernah tengok acara macam nih di tempatnya.. selepas kami "diturunkan" dari tandu, semasa berjalan menuju pelamin, bunga api pula dimainkan.. punya lah lama ayahku menyimpan bunga api tu.. sejak dari bulan puasa lagi.. takut juga kalau² masuk angin ke.. tiba masanya nanti tak keluar pula apinya.. tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. tapi sayang, tak ada pula gambar bunga api.. huhu..

selesai saja bunga api dimainkan, kami terus ke pelamin.. group dikir rebana pula sampai.. dah macam dondang sayang pun ada.. hehe.. serentak itu, tarian piring dimainkan.. tarian piring ni pun syok juga.. dimainkan dengan cincin yang disarungkan di hujung jari diketuk ke piring & menari lah dengan tangan mengikut irama dari dikir rebana tu.. hehehe..


tarian piring di hadapan pengantin..

majlis berinai selesai dalam pukul 11 tak silap.. habis acara malam berinai, masing² nak berkaraoke.. tak ketinggalan bapak mertuaku yang memang sporting habis turut sama menyanyi.. tapi lagu 60an laa.. 2 lagu lagi.. kelassss.. hehehe.. hubby pun menyanyi sama dengan baju pengantin.. boleh kata menyanyi sampai lebam laa.. mana taknya semua jiran² sekeliling rumah lewat tidur.. semuanya pakat duduk bawah khemah borak² sambil minum² & sambil berkaraoke.. padanlah esoknya hujan.. erkkk... haaa.. part hari bersanding saya sambung kemudian eh.. pagi hari bersanding hujan gerimis tau.. kesan karaoke malam sebelumnya la tu.. huhuhu..

tungguuuuuu..


lepas habis majlis.. suke.. =)

Tuesday 14 December 2010

layan mood dulu..

hello.. pagi ni rasa ceria pulak walaupun mata masih mengantuk.. huhu.. tapi bila pandang fail yang bertimbun atas meja, mata jadi segar pulak.. tapi kena ambil mood dulu.. update blog.. =)

ada lagi 12 hari lagi untuk majlis bertandang ke rumah hubby.. badan dah naik takut baju yang dah try haritu tak muat pulak.. ini terjadi pada persalinan cheong sam yang aku pakai sebelum malam berinai 3 Disember lalu.. masa fitting, ok saja.. muat² ke badanku.. tapi bila tiba majlis, ambik ko... hahaha.. tak boleh sarung ok.. terpaksalah juruandam tu buka sikit jahitan di tepi baju untuk sarungkan ke badanku.. hahaha...

nak update tentang malam berinai, tapi gambar masih belum diterima.. tapi aku akan cuba untuk letak gambar yang BFF ku ambil dari kamera masing² nanti..

tunggu eh..

Monday 13 December 2010

update sampingan..

huhuhu.. cepat betul masa berlalu.. sedar tak sedar, dah 10 hari kami bergelar suami isteri.. macam tak percaya.. banyak betul perubahan yang berlaku.. dulu suka tidur sorang².. kalau ada teman tidur sekali (perempuan laa..) mesti dalam hati bercakap "ala.. tak bestnye.. mesti dia tidur lasak.. silap² aku kene tendang jatuh katil.." hahaha.. gila kedekut kan? rasa macam "aku tak bolehlah tidur berdua² nih.. kene sorang² aku je.. " sebab aku boleh conquer 1 katil.. muahahaha.. tapi sekarang? hehehehehe.. takkan nak suruh hubby tidur bawah kot? durhaka tuh.. hahahaha..

kalau dulu pergi ke mana² yang melibatkan keadaan   - tidur-di-sesuatu-tempat-berhari² -   beg bajuku cuma ada bajuku saja.. mak dah tentu berkongsi beg dengan ayah.. so beg aku penuh la dengan baju & aksesori semua kan.. dan yang penting aku cuma kemaskan bajuku saja.. tak payah nak fikir pasal orang lain.. sekarang?? haiyyyoooo.. tak boleh lagi wooo... kena fikir "baju apa aku nak sediakan untuk laki aku eh?"... sekarang pun dah bertambah kuantiti baju yang aku kena iron.. huhuhu.. dan yang paling ketara sekarang kena kongsi almari.. huhu.. puaslah aku berusaha menyusun baju² dalam almari untuk   - dibahagi-2 -  tapi serius seronok.. hehehe..

kalau keluar pun, mak & ayah dah tak kisah lagi dah.. kalau dulu keluar bersama kawan², baru 2 jam keluar, telefonku mesti berbunyi.. tak payah tengok skrin telefon pun takpe sebab dah tau dah siapa yang call.. mak laa.. kalau tak pun ayah.. pesan suruh balik cepat & jangan berlama² di luar.. tapi sekarang, NO MORE.. hehehe.. rasa selamat.. best².. bangun pagi pun buka saja mata, dah nampak hubby.. huhuhu.. sebelum pergi kerja salam & cium tangan hubby.. dibalas dengan ciuman di pipi.. oh, indahnya perasaan itu.. hahaha..

kalau diikutkan, banyak lagi sebenarnya.. nak cerita memang tak sudah satu hari.. so sikit² dulu eh.. nanti sambung lagi..

Ya Allah.. sesungguhnya aku rasa amat bahagia di kala ini.. ku bersyukur ke hadratMu Ya Allah kerana telah mengurniakan aku kebahagiaan yang tak terhingga ini.. dan biarlah ia berkekalan sepanjang hidupku..

Amin..

Friday 10 December 2010

cerita tentang nikah ~ 3 Disember 2010 ~

hari ini saya nak bercerita tentang hari pernikahan saya pada 3 Disember 2010 lalu bersamaan dengan hari Jumaat.. berlangsung selepas waktu Asar tapi agak lewat sikit sebab tok kadi datang lambat.. pengantin lelaki pun datang awal ok (semangat. hahaha..) tak silap saya dalam pukul 5.30 petang baru tok kadi sampai.. katanya kami adalah pengantin yang ketiga dinikahkan pada petang tersebut.. so alhamdulillah, hubby terlepas dari "soklan² cepumas" tok kadi.. ngahahahaha.. 


memohon doa supaya diberkati
alhamdulillah dengan 2 kali lafaz, saya selamat menjadi seorang isteri.. rasa macam tak percaya yang saya sudah berubah status.. dari cik kepada puan.. malah sekarang pun masih rasa kekok nak sebut "husband" instead of "tunang" bila orang sekeliling tanya.. huhu.. ok sambung cerita.. alhamdulillah cuaca juga cerah & ceria seperti merestui masjlis kami.. cewaaahh.. hahaha.. sebab hari sebelumnya hujan agak lebat juga waktu khemah sedang giat dipasang.. saya & mak dah pening kepala memikirkan kalau hujan turun lebat macam manalah dengan tetamu nak makan.. lebih penting macamana lauk nak dimasak? sebab kami masak bergotong royong & bukan menggunakan khidmat katerer.. makcik sebelah menyebelah heboh bertanya "kau tak baling baju kat atap ke kak semalam?.."  hadehhhh.. dan alhamdulillah, doa saya dimakbulkan bila tiba hari pernikahan kami, cuaca jadi terang.. tak ada langsung tanda² hujan nak turun.. syukur sangat..

untuk pengetahuan semua, ayahku sendiri yang menikahkan kami.. of course laa sebab ayah bukan ada anak lain pun.. cuma aku saja.. huhuhu.. alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. cuma muka hubby berkerut sikit masa akad dijalankan.. tak sangka ramai pula yang hadir untuk menyaksikan upacara pernikahan.. pernikahan berjalan di rumah saja.. biar ada kenangan sikit.. hehe.. ruang tamu penuh dengan tetamu.. yang pegang kamera tak terkira ramainya.. mikrofon untuk pengantin pun jadi slow.. saya menerima seutas rantai tangan untuk acara batal air sembahyang manakala hubby pula menerima sebentuk cincin platim.. oh.. saya tak nangis ok.. (bangga pulak.. haishhh..) memang saya cuba elakkan.. tapi masa lepas dinikahkan, time bersalam dengan mak & ayah, masa tu lah rasa mata ni dah start nak berkaca.. rasa sebak pulak.. tapi cepat² tahan..huhu..

akad nikah oleh ayah..

lepas dinikahkan, kami bergambar sekejap di pelamin.. posing sikit² saja.. bila disuruh posing peluk (means tangan hubby di pinggang saya) kami macam segan.. huhu.. cepat je hubby cakap "kita tak pernah macam ni, kan?.." hehehe.. sempat lagi tu.. aku senyum je..  kame mengenakan persalinan warna silver.. saya hanya berkurung moden & hubby pula berbaju melayu dengan sulam di dada & leher yang kami tempah sendiri.. juruandam pula hanya tambah aksesori dan mekap saja.. 



saat batal air sembahyang..


 



menyarungkan cincin ke jari hubby..



bersama SIL, kak ina..


eh.. gambar² ni semua saya "cilok" dari berbagai sumber.. antaranya dari FB hencik Izul (si tuan photographers dari Chanteeq Pictures), blog puan Asmah (ladyboss Chanteeq Pictures) & last but not least dari FB hencik Rafie Ramli (Captura Studio) terima kasih ye...




happy... =)

Thursday 9 December 2010

alhamdulillah.. =)

alhamdulillah..

itu perkataan pertama yang terpacul dimulutku sejurus selepas "pengantin lelaki" berjaya melafazkan akad petang 3 Disember 2010 lalu.. saya kini telah selamat bergelar isteri kepada Mohd Harris bin Hassan, lelaki yang sangat² saya cintai.. *blushing

lambat update blog sebab tak berkesempatan menggunakan desktop pc.. pc ayah dah simpan entah di mana.. hanya sempat update FB saja.. itu pun sebab ke rumah mak mertua & guna lappy hubby.. (sekarang dah boleh panggil hubby.. hehehe)..

gambar akan di upload kemudian memandangkan sesi outdoor pun belum buat lagi..


saat dinikahkan.. apa yang tak kena dengan gambar ni? apa yang hilang? kalau anda bijak bestari.. hehehe..

Sunday 5 December 2010

jemput datang.. :) ~ ini sticky post daa.. sila scroll ke bawah yeee... ~

alhamdulillah.. kad kahwin saya dah pun siap.. insyaallah majlis nikah saya akan berlangsung pada 3 Disember 2010 bersamaan dengan hari Jumaat.. manakala hari persandingan pula pada keesokan harinya iaitu 4 Disember 2010, Sabtu.. di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua blogger² yang pernah memberikan saya ilham & idea untuk hari bersejarah saya ini.. saya memang tak kreatif orangnya so perlu banyak melihat persiapan B2B yang lain untuk melengkapkan hari saya.. huhu.. doakan saya ya.. :)



dengan itu dijemput rakan² blogger untuk menghadiri majlis yang akan diadakan di rumah kedua ibubapa saya di Seremban.. nak kad? haaa.. sila PM saya eh.. :)  rinn_col@yahoo.co.uk

sekian, terima kasih..
(cam bagi ucapan kat perhimpunan plak.. ahaksss..)

Monday 29 November 2010

minggu terakhir sebagai anak dara cik nasir.. :)

huhuhu..
tajuk taknak kalah.. hahaha.. tapi minggu ni insyaallah aku akan beralih status.. :) sebenarnya banyak rasa cuak, bimbang, ragu², takut.. semua ada laa.. takut kalau mekap tak cantik.. bimbang hari hujan dan tetamu tak selesa.. cuak nak bersanding depan orang ramai.. hishhhh.. permudahkanlah Ya Allah..

alhamdulillah, acara berkampung semalam berjalan dengan lancar walaupun hujan rintik² sedikit.. ramai betul jiran² dan saudara mara yang datang.. bila dah penuh ruang dapur, makcik² (jiran sebelah menyebelah) datang tolong pasangkan langsir lagi.. hehehe.. (tak surprise laa camni, kan? huhu..) malam pula kami ramai² pack goodies untuk kanak².. macam best pulak bila dah ramai².. maklum saja rumahku hanya ada ayah, mak dan aku saja.. so bila dah ramai² tu meriah pulak.. :)

tiba² aku teringat cerita kawan² jumaat lepas..  ramai kawan² ku yang bercerita, sebelum tiba hari bersejarah itu, mereka ada bermimpi "dipatuk ular".. orang tua² kata, kalau bermimpi dipatuk ular tu tandanya akan ada orang meminang & dalam erti kata lain akan berkahwin la.. yang seorang bercerita dikejar ular besar.. yang seorang lagi ular besar melilit kakinya.. aku? anehnya aku takde pulak.. hehhhh.. takut pulak aku..

err.. B2B dan anda di luar sana yang dah bernikah, ada ke korang mimpi macam tu?
bagitau saya eh..

Thursday 25 November 2010

situ sana sini..

tinggal lagi 8 hari..

tanda arah dah siap.. :)  aku print & wani tolong laminate..


:errkk.. gamba nih time belum laminate lagik.. huhu..

thanks wani..
*terharu lagi..

Monday 22 November 2010

cantiknyeeeee...

baru saja buka Forum Cari kejap tadi.. terus nampak gambar penyanyi muda Elyana yang selamat bernikah baru² ni.. sangat cantik.. terpegun tengok baju² nya.. dan yang paling menarik, Elyana berjaya menguruskan badannya sebelum majlis perkahwinannya.. wah... motivasi jugak tengok gambarnya.. :)

sangat ayu time majlis nikahnya.. suka mekap yang natural begini..
















































majlis resepsi.. cantik kan warna champagne baju tu.. :)


gojes ok.. simple & sweet..

cantik, kan? 
boleh tak saya nak jadi cantik macam ni?
:)


Saturday 20 November 2010

edisi menggeletar lutut.. 13 days to go..

entri ni dah sejuk.. tak hot lagi.. orang kata tak fresh dah.. huhu.. dari sehari ke sehari nak update blog.. tapi tak berkesempatan.. ada je kerja nak buat.. so update kali ni berkenaan dengan minggu ni.. oh, lagi 13 hari lagi.. menggeletar lagi lutut ni..

ok.. pertama, set bilik tidur dah sampai.. horayyy.. betul² sampai lepas hujan.. nasiblah lorinya  bertutup.. macam lori ais tu.. tapi tak ada ais laa.. huhu.. so agak tersorok & orang pun tak nampak.. penting tu.. hehe.. terus roger tunangku.. tunangku siap pesan "jangan tido atas katil tu dulu tauuu.." hahaha.. cannot².. mana boleh nak tidur atas lantai.. tak baik untuk pengantin.. hahaha.. set katil lama dah buka & alih ke bilik sebelah.. saja nak bagi tunangku jeles.. muahahaha..

kedua, hari raya haji lepas, aku tak ke mana pun..duduk di rumah saja.. so, duk boring² tu, aku terus siapkan VIP doorgift.. daripada tak buat apa² kan.. masukkan souvenir dalam bekas (bekas ke? aku pun tak tau nak panggil pe.. huhu..) then masukan dalam kotak besar..


silver & gold.. tak ada kena mengena dengan warna tema.. huhu..


bekas untuk VIP doorgift ni semuanya beli ready made.. alasan utama, aku memang fail dalam acara gubah menggubah ni.. apa lagi nak DIY.. *SIGH.. just beli bekas & masukkan souvenir dalam bekas tu.. tinggal nak letak telur & satu lagi souvenir yang belum sampai lagi.. harap muat kot.. hehe.. eh, satu lagi TQ tag pun belum letak lagi..

yang ketiganya, yang membuatkan saya betul² happy.. (kejap aku, kejap saya.. haihhhh..) baju nikah saya & tunang dah siap.. yeehaaaa.. dapat je terus melompat.. hehe.. baju nikah saya biasa² saja.. hanya kain satin & net saja.. itu saja yang termampu.. huhu.. baju melayu tunangku pula ada sedikit sulaman kecil di keliling leher, lengan baju & atas poket..


sikit je dulu.. hehe.. bahagian bawah baju.. 


berkali² ok duk try.. tak sabar mau pakai.. baju melayu tunangku kena basuh dulu.. bukan apa, kulit tunangku sangat sensitif.. kalau pakai baju tak basuh dulu, cepat saja gatal².. hinggakan cadar pun kena basuh dulu.. prihatin sungguh tau mak aku.. aku pun tak terfikir nak basuh cadar tu.. huhu..

update lain belum lagi.. tengah tunggu butik pengantin tu call untuk fitting baju.. inai juga dah booked.. lense juga maybe next week baru siap memandangkan lenseku ada power.. maklum laa rabun.. huhu..

sehingga waktu ini aku masih di rumah.. mak & ayah dah keluar menjemput tetamu untuk acara berkampung insyaallah dijadualkan minggu depan..

ok, mau mandi dulu.. (tengok jam pukul berapa sekarang.. it's almost 12.30pm..!!) baguskan anak dara macam ni..
:P

Monday 15 November 2010

mari menggunting kertas..

sebab terlalu khusyuk, tak sedar gambar kena ambil.. nasiblah buat kerja baik, kalau tak? hahaha.. nauzubillah.. saya baik, ok.. tak mahu buat kerja tak elok.. hehe..


ini - budak - sedang - gunting - TQ - tag.. :)

macam ni lah.. sambl gunting menggunting, mulut tak sah kalau tak berborak.. hahaha.. ehemmm, bukan gosip tau.. hanya cerita pasal persiapan perkahwinan saja.. buat kerja dalam bilik bos.. nasiblah bos tak ada.. maklumlah kerja sampingan so kenalah sorok² sikit.. hehe.. :P

terima kasih yang tak terhingga kepada semua officemate Seksyen B&P sebab sudi membantu saya gunting² kertas nih.. total semua 2000 keping.. kalau buat sorang, entah bila nak siap.. nak jimat kan, so buatlah TQ tag sendiri.. yang paling banyak membantu ialah cik Shazwani.. dari awal sampai akhir membantu buat TQ tag ni.. insyaallah cik wani kahwin nanti, saya kena bantulah.. tak banyak, sikit pun jadi.. sebab banyak sungguh pertolongan cik wani ni untuk saya.. *terharu..

terima kasih kawan².. 
moga tuhan memberkati kalian semua..
tanpa kalian, siapalah aku..
sobsob.. 

Sunday 14 November 2010

aktiviti hari sabtu..

uhuh.. tinggal lagi 19 hari.. menggeletar dah lutut ni.. dalam pada tu, a bit rasa tak sabar.. kahkahkah.. (gataiiii.. :P) rumah sedang dikemas² dan kebetulan uwan datang membawa seterika wap barunya..

dengan semangat (semangat seterika baru) uwan dengan rajinnya meng"offer"kan diri untuk ironkan langsir untuk majlis aku nanti.. hehe.. kata uwan, guna seterika tu kalau lipat pun insyaallah tak renyuk or ada kesan lipatan.. so semalam lepas lunch adalah aktiviti meng"iron" semua langsir baru.. huhuhu.. sebab seterika baru, jadi uwan lebih bersemangat iron langsir tu.. aku? tengok saja.. hahaha..


 uwan beraksi.. ngehngehngeh..


ni alas seterika wap.. dah macam apa dah sekali tengok.. huhu..


mulanya uwan kata nak terus pasang langsir dalam bilikku.. tapi aku tak mahu.. bukan apa, takut berhabuk lagipun masih berbaki 3 minggu lagi.. nanti tak berseri.. hahaha.. set katil pun belum sampai lagi.. so biar dulu laa..

baju nikah dah siap.. nak ambil hari ni, tutup pula butik tu.. tengah semangat ni.. hehehe.. minggu depan kot.. hope baju nikah tu ok la hendaknya.. malas nak alter banyak² kali.. hari dah dekat.. selera makan pula menjadi².. konon tak mahu makan nasi.. bertahan 2 hari saja.. lagi 5 hari aku bantai makan nasi.. nasi lemak pulak tu.. hambikkkk... huhu..

selamat berhujung minggu..
:)


Tuesday 9 November 2010

cincin kahwin : checked..!!

berakhir sudah misi mencari cincin untuk tunangku.. hehe.. alhamdulillah, sudah dapat cincin yang berkenan di hati (di hati tunangku laa.. :) ) mulanya mencari cincin suasa.. tapi suasa still ada emas.. plus rekaan untuk cincin suasa tak berkenan di hati tunangku..


kami ke The Mines, Serdang.. memang banyak kedai emas di sini.. kedai tak emas pun banyak gak.. hehehe.. lepas lunch kami start survey.. cincin platim menjadi pilihan kami.. tak ada emas, cuma ada platinum + sterling silver = platim.. nak tau lebih lanjut tentang platim, sila ke sini.. kedai yang pertama kami pergi ialah Scintilli.. actually booth bukan kedai.. design pun cantik².. harga pun ok laa.. semua orang mampu.. tapi sebab itu baru premis yang pertama kami pergi, so kami decide untuk jalan² dulu & survey.. the staff siap simpan untuk kami lagi tau.. hehehe..


then kami ke Goldheart.. sini pun ok juga.. mulanya takut nak masuk sebab kedainya nampak macam "kedai emas mahal".. hahaha.. masuk jugalah kalau mahal, lari keluar.. hehe.. tapi not bad, harga lebih kurang sama tapi designnya tunangku tak minat.. so kami keluar.. staffnya juga sangat bagus.. sabar melayan karenah kami yang duk tengok² contoh tapi at last tak beli pun.. hahaha..


kemudian, kami ke satu lagi kedai emas.. tak ingat nama kedainya tapi yang pasti staffnya semua melayu.. kedainya cuma ada barangan emas & suasa saja.. tak ada silver, platim atau stainless steel.. bila tanya emas jenis tu sesuai tak untuk kulit sensitif, staffnya menjawab "tak tau.. pakai dulu laa baru tau ok atau tak.." .. hmmm.. nampak sangat tak ada info nak menjawab.. macam mana nak menjual kalau tak ada ilmu tentang barang yang dijual?  tunangku terus tarik tanganku dan berlalu keluar.. katanya staff tu melayan macam kami ni datang nak beli ikan.. huhuhu.. rupa comel tapi hehhhhh.. hampehhhhh..


nampak pula kedai Diamoney tapi macam malas pula nak masuk.. akhirnya kami ke tempat yang mula² sekali kami pergi tadi iaitu Scintilli.. staff tu tengah menongkat dagu menunggu customer.. hehehe.. bila nampak kami, terus dia tersenyum dari jauh.. hahaha.. akhirnya.. dikeluarkan semula cincin yang disimpan untuk kami tadi.. acu lagi sekali pada jari.. memang kena pada jari tunangku.. tak payah nak alter lagi.. berbatu hitam & flat & disekelilingnya ada berlian halus lagi (berlian lah sangat.. kihkihkih..) cantik je (pada mata kami laa..) ok laa.. terus suruh pack & bayar.. dapat diskaun 10% lagi.. (jimatttt duitku.. hehehe..) tunangku siap suruh ambil gambar cincin tu & MMS padanya lagi.. buat jamuan mata sebelum tidur.. hahaha.. tak sabar nak pakai katanya.. :)


gambar?
still dalam phone.. tak bawa pula wayar untuk transfer ke PC..
huhu..

Wednesday 3 November 2010

kerja malam

wohohoho.. hari ini genap lagi sebulan saja tarikh pernikahan saya & tunang.. 30 hari saja lagi ok.. hantaran satu apa pun tak buat lagi.. boleh? hahaha.. barang hantaran tunangku masih belum sampai lagi dari FSIL di London nun.. so saya boleh rileks lagi & agaknya lagi 2, 3 hari nak nikah nanti baru pulun buat agaknya.. hadehhh.. nak buat macam mana.. hmmm.. dengan itu saya juga belum serahkan barang hantaran saya kepada tunang dengan alasan "barang hantaran awak belum sampai lagi.. dah sampai nanti baru saya bagi yeee..." ngahahaha.. ya.. saya sangat kejam.. :P

sementara menunggu barang hantaran sampai, saya mengerjakan kad kahwin dulu.. malam tadi sibuk menampal alamat & setem pada sampul untuk dihantar kepada kawan² yang jauh di mata.. huhu..


sekotak ok.. ini untuk kengkawan je.. tak termasuk opismate..


 
 baru selesai 2 keping.. mata dah ngantuk..


 antara yang dah siap.. tapi belum letak alamat.. huarghhhhh... ngantuk..


so hari ni dah boleh pos..
:)

Monday 1 November 2010

siapa cepat, dia dapat.. siapa lambat, melopong laa..

hari ini, 1 November 2010.. setahun sebelum tarikh ini 1 November 2009 adalah tarikh FPIL datang merisik diriku.. tapi tunangku pun ada juga masa tu.. hahaha.. bukan apa, memandangkan FPIL tak biasa & senang cerita taktau jalan di Seremban ni, tu yang tunangku pun datang sekali.. tourist guide la kunun² nya.. huhuhu.. kejap je dah setahun.. insyaallah sebulan lagi kami akan disatukan.. ewaahhhh.. ahakss..

hari sabtu lepas, FPIL datang lagi.. kali ini menghantar duit belanja.. agak lambat tapi berbaloi².. hehe.. tunangku tak ada sebab jari kaki kanannya dislocated.. punca? main futsal.. main lagi.. cari pasal je dah nak dekat tarikh ni.. geram betul.. nasib jari kaki, kalau bahu? naya je.. kalau patah? haaa.. bersanding laa nanti sebelah kaki berbalut.. paling best time nak akad nikah, duduk atas kerusi laa jawabnya.. macam bayar fitrah plak.. doktor bagi MC 3 minggu & berehat di rumah.. sekarang dah ok sikit.. alhamdulillah..

lepas dapat duit belanja, terus semangat nak shopping.. hahaha.. ajak mak ke Sogo.. punyalah ramai orang.. mencari cadar kahwin.. alhamdulillah dapat.. sebelum membeli cadar, singgah dekat seksyen beg.. berkenan dengan 1 beg sedondon laa dengan kasut hantaran.. belek punya belek memang mabelesss.. tapi letak balik sebab niat utama nak cari cadar.. karang tak cukup duit pulak.. so pergi cari cadar dulu, lepas tu baru turun balik untuk cari beg..

ada dalam sejam mencari cadar.. turun semula sebab tak sabar nak tengok beg tadi.. memandangkan dapat cadar murah, so ada duit lebih sikit bolehlah beli beg.. hehe.. but guess what? beg yang aku berkenan sangat² tu dah tak ada.. try tanya dengan the salesgirl.. katanya "dah ada orang ambil kak.. display tu yang last.. " haihhhhh.. melepas..!! mak gelak je.. tu laa.. tadi taknak ambil.. kalau dah berkenan tu terus ambil.. jangan tunggu².. kan dah melopong.. tak apalah.. tak ada rezeki.. mana tau lepas ni dapat beg yang lagi gojes, kan? ngahahaha..


cadar baru.. snap dengan kamera cikai.. cadar krim jadik kelabu..:P

Wednesday 27 October 2010

sape nak hadiah free dari Paris?

wohohoho.. saya telah ditagged oleh cik sara (phewwittt..hehe..) thanks ya.. ok now.. nak cerita pasal SAPE NAK HADIAH FREE DARI PARIS.. yehaaaa.. :)


seumur hidup saya tak pernah terfikir nak terbang ke Paris.. apa lagi nak melancong atau berhanimun segala.. orang kata ibarat bulan jatuh ke riba.. atau menunggu kucing bertanduk (betul ke peribahasa nih??) belasah.. hehe.. macam mustahil sangat rasanya.. tapi kalau dapat hadiah dari Paris, hmmm.. macam tak mustahil.. persoalannya, siapa  nak bagi?? haha.. tapi kali nih tak payah nak tunggu kucing bertanduk lagi, kalau sudah rezeki, dapatlah hadiah nun jauh dari Paris tajaan CIK NADIA & CIK FARAH ni.. hoyyeehhh..


Eiffel Tower Giveaway


teruja ok nak dapat hadiah dari Paris nih.. hehe.. selalu saya tak bernasib baik kalau masuk mana² contest.. kali nih tak berputus asa jugak.. mana tau rezeki saya.. ngahahaha.. (gelak jahat.. err.. cik nadia & cik farah, silalah mendengar rintihan hati saya nih.. huhu..) ok, saya adalah follower no. 410 ye.. (cantik gak nombor nih..) :)


so saya nak kongsi juga dengan blogger² yang lain..  ni 3 orang blogger yang saya pilih..

i)   cik wani    ♥ waniezpooh.blogspot.com ♥
ii)  cik diana   ♥ littleflowerfarm.blogspot.com ♥
iii) cik yumie  ♥ buahhatisayamrk.blogspot.com ♥


hadiahnya? saya pun tak tahu.. surprise gitu.. tapi katanya ada 5 souvenirs yang memang pure diterbangkan dari Paris.. lagi best berkemungkinan besar kuantiti hadiah akan diUPkan lagi.. wahhh... makin ramai, makin banyaklah hadiahnya.. kelassss.. :)  nak tau lebih lanjut sila ke sini ya..


tarikh tutup penyertaan adalah   
20.11.2010 jam 12.00PM


:)

Tuesday 26 October 2010

deco bakul telur..

baru teringat nak cerita tentang hari ahad lepas.. disebabkan hujan seharian, kami (saya & mak) mati kutu.. hahaha.. tak lepas ke mana².. hujan tersangatlah lebat.. remote control tak lepas dari tangan lepas satu ke satu channel yang lain.. sampai boring tengok tv.. huhuhu.. mak tetiba keluarkan bakul² besar untuk diisi telur (alaa.. kan lepas makan kenduri kan kita selalu dapat telur..) daripada duduk² saja, lebih baik buat deco untuk bakul isi telur..

ada 4 buah bakul kesemuanya & semuanya togel.. hahaha.. so kena lah buat deco sikit.. berbekalkan bunga² lebihan yang memang tersedia di rumah, kami menggubahnya.. tambah tali sikit.. jadilah macam nih..


 orang malas buat kerja macam ni lah.. :P


pakai je bunga yang ada.. jangan membazirrrr.. huhu..


ok, saya tau apa maksudnya.. kelakar kan?
saya memang tak seni.. 
huhu..

1 month, 1 week & 1 day....

bila tengok ticker kat bawah ni makin berdebar pulak.. hari semakin dekat saya juga semakin risau.. kalau orang lain tak selera makan saya adalah sebaliknya.. makin selera makan.. normal kah? haihhhh...



ok.. yang itu tak nampak sangat betapa dekatnya hari tersebut.. tapi kalau dibilang mengikut hari.. haaaa.. 38 hari saja lagi.. adehhhh.. masih ada beberapa benda lagi yang belum selesai.. bekas telur kena tambah lagi dalam beberapa ratus, hantaran pun belum buat lagi.. hahaha.. insyaallah nak ajak mak ke Nilai 3 lagi untuk cari alatan untuk hantaran.. bunga pahar kena tambah lagi 4 kotak sebab setiap 1 kotak ada 25 kuntum bunga pahar.. tempat bunga pahar ada 4 buah dengan setiap satunya mempunyai 50 lubang.. sekarang bunga pahar yang dah dibeli baru ada 150 kuntum saja.. so kene beli lagi 50 kuntum untuk cukupkan 4 pahar depan pelamin while 50 kuntum lagi untuk dibawa ke majlis bertandang nanti..

misi kedua nak cari cadar & karpet untuk bilik pengantin.. cadar saya inginkan warna putih & cotton adalah wajib.. tak mahu yang labuci sana sini sebab nak guna terus.. karpet pun kemungkinan warna putih atau krim.. kadang² bila plan memang laa nak cari warna itu & ini, tapi bila dah sampai di kedai, mesti dapat warna lain.. hahaha.. saya memang begitu.. tak kuat pendirian kata orang.. huhu.. tapi untuk cadar saya cuba untuk menggunakan warna putih juga.. mahu tutup mata nanti kalau berkenan warna lain.. siap pesan dengan mak, suruh mak tarik tangan saya kuat² & lari jauh dari rak cadar berwarna itu.. :P

buat masa ni yang tu sajalah.. akan update kemudian nanti..

Monday 25 October 2010

award pertama kali..


hehehe.. hari nih nak tayang award.. first award datang dari cik eija.. (boleh saya tak perasan dia bagi saya award.. gile bz saya nih.. pok pale sendiri.. adehhhh) thanks ya cik eija.. :)  kene patuh laa pada syarat² yang diberi untuk terima award nih.. eh.. lupa .. saya dapat 2 award yang sama.. satu lagi daripada cik rose.. terima kasih juga ya cik rose.. :)

1)  Thanks the person who give you this award..
     =  sangat banyak² terima kasih sama cik eija & cik rose.. :)

2)  Link that person at your blogroll
    =  sudah link maaa.. hehehe.. 

3)  Spread to 15 blogger which you think awesome
    =  mereka² yang saya rasa sangat awesome.. :)

nurkhalidaabdulhalim.blogspot.com
norapurplebridez.blogspot.com
kesahkaseh.blogspot.com
buahhatisayamrk.blogspot.com
yunayakuza.blogspot.com
renda-perancis.blogspot.com
pejalia.blogspot.com
natakafisha.blogspot.com
sixeleven2010.blogspot.com
hernyzar-helmizan.blogspot.com
bintangsaye.blogspot.com
waniezpooh.blogspot.com
hazlynda.blogspot.com
littleflowerfarm.blogspot.com
picisanchenta.blogspot.com

4)  Tell 7 things about yourself
  a)  pemalu (sila muntah)
  b)  suka kucing 
  c)  sensitif  :(
  d)  kuat merajuk tapi cepat sejuk.. (hehehe)
  e)  suka makan (i loikeeee..)
  f)   tak seni langsung.. ngahahaha..
  e)  suka tengok orang

selesai sudah.. penat weh nak memikir tentang diri sendiri.. hehehe.. btw, thanks ya kepada penyumbang² award.. jasamu dikenang.. ngahahaha..

dah².. sambung kerja..

Saturday 23 October 2010

insyaallah..

hujan baru berhenti.. sangat lebat tadi dengan kilat dan guruh berdentum.. dah nak masuk hujung tahun.. majlisku Insyaallah jika tiada aral, akan berlangsung pada awal Disember nanti.. seperti yang semua sedia maklum, hujung tahun memang musim hujan.. aku jadi tak tentu arah.. risau, takut.. semua perasaan bercampur baur.. risau majlis jadi kelam kabut.. nauzubillah...

kalau ikut kata orang² lama, macam² petua diberi untuk mengelakkan hujan semasa majlis berlangsung.. ada yang baling baju atas bumbung laa, letak lesung batu dalam periuk laa.. macam² laa.. berkesan atau tidak, tak tahu laa.. allahualam.. ayah ada pesan, buat lah solat hajat.. minta apa yang dihajati insyaallah Allah maha mendengar.. betul jugak, kan?

Ya Allah, semoga dipermudahkan segala urusanku.. sesungguhnya Kau maha mendengar & maha mengetahui.. amin..
:)

Wednesday 20 October 2010

kad dah siap.. :)

hallluuuu.. semalam pergi ambil kad kahwin di Kajang.. alhamdulillah sangat berpuas hati walaupun kad kahwin kami simple saja.. banner juga dah siap tapi kami tempah 2 lagi banner sebab banner yang dah siap ni tak ada gambar kami (saya & tunang).. (see.. kami sangat pemalu kan.. sampai tak mahu letak gambar sendiri.. bluwekkk..) mak kata kalau tak ada gambar dah macam iklan pulak.. so buat lagi 2 pasang.. akan siap pada November nanti.. banner kahwin kami akan ada 4 pasang laa nanti.. 2 ada gambar kami & 2 lagi tak ada.. tambah lagi RM70.. hadehhh..

bila dah dapat kad, rasa teruja nak agihkan pada kawan².. tapi rasa macam awal sangat pulak.. over excited ok.. hahaha.. tunggu akhir bulan ni atau awal November.. sambil² tu berfikir juga time agihkan kad nanti mesti officemate akan tanya itu & ini.. macam mana eh nak elak? kena jawab jugak nanti.. hmmm..

teringat pula orang kata kalau hari majlis dah dekat, tak baik selalu jumpa.. sekurang² nya 40 hari sebelum majlis.. biar rasa rindu tu membuak² dan muka pun automatically jadi berseri².. ye ke? aku ada juga adukan pada tunangku tentang itu.. dengan berseloroh tunangku menjawab "boleh tahan ke?.." haishhhh.. hehehe..

alhamdulillah.. satu demi satu perkara dah siap.. tinggal lagi nak beli cincin kepada tunangku untuk batal air sembahyang dan juga beg untuk hantaran.. borang nikah pun dah siap untuk diberi pada PPN.. semua ayahku yang uruskan.. isi borang pun ayah yang buat.. macam mana ni? nak nikah dah pun tapi still ayah yang buat.. tapi aku tak suruh pun ayah yang isikan.. dah ayah yang rela hati nak isikan.. aku ok je.. hehehe..

ok.. mau sambung minum nescafe..
daaa...
:)

Monday 18 October 2010

PENAPISAN LAMAN WEB..

lepas penat mengerjakan fail² di atas meja nih, terasa macam nak jenguk akaun Facebook kejap.. bila klik je, terus keluar PENAPISAN LAMAN WEB.. huhuhu.. apa maknanya?? hahaha.. kena block laa.. huhuhu..

kesian..
:(

Tuesday 12 October 2010

persalinan pengantin Bienda..

tadi nampak wajah Bienda di akhbar Utusan Malaysia.. tapi sekali imbas saja.. surat khabar bos.. so tak berani nak selak lebih.. gigih mencari dalam internet semata² nak tengok wajah Bienda yang cantik bila disolek tu..

semasa majlis pernikahan.. cantiknyeeee...

handsome suaminya.. ahaksss.. 

mengenakan persalinan berwarna biru turqoise.. hmmm.. cantik gak bila berpurdah tu.. actually aku tak minat sangat warna ni tapi bila orang pakai nampak cantik pulak.. cantik²..


berseri kan?


baju yang Bienda pakai ni pun cantik walaupun hanya berwarna cream.. tapi designnya I likeeee.. susah nak cari dress pengantin macam ni sebab kebanyakannya design kebaya saja yang berlambak untuk baju pengantin..



 idea nih.. hehehe..

sumber : limauais.com

Monday 11 October 2010

pertama kali??

baru balik dari berkursus.. sangat penat ok... dari 7 Oktober hingga 10 Oktober 2010.. pertama kali juga menyambut birthday sambil berkursus di sana.. oh ya.. kursus di Genting View Resort, Genting Highlands.. hehehe..

lepas habis kursus, terus ke Nilai 3 membeli barang² untuk majlis Disember nanti.. borong itu & ini.. sampai lebam.. hehehe..

err.. percaya tak bila saya katakan ini pertama kali saya ke Genting?
ahaksss...


nota kaki : orang lain dah berpuluh² kali ke sana.. aku baru sekali.. tragis sungguh... huhuhu..

Monday 4 October 2010

60 hari lagi....

aduhaiii.. hari ini genap 60 hari je lagi tinggal.. risauuuuu sangat.. borang nikah pun tak settle lagi.. lambat sangat pulak tunangku mengisinya.. berdebar pula rasanya.. ada beberapa lagi barang yang belum dibeli.. kotak telur, handbag, kotak kek.. apa lagi eh? dalam masa² begini, buat checklist pun tak ingat..

bilik pengantin tak ada rupa macam bilik pengantin.. penuh dengan barang² kelengkapan majlis..


bunga pahar & bunga manggar.. yang dalam plastik tu langsir..


bawah meja solek.. hehehe..


cincin untuk pihak lelaki pun belum beli lagi.. hehehe.. (saje buat² lupa..) mentang² gelang untuk upacara batal air sembahyang dah beli.. hahaha.. hujung bulan ni laa eh.. :)

Sunday 3 October 2010

terkena..!!

huhhh.. tu saja yang dapat aku katakan.. berkenaan bridal butik yang sangat hampeh..

sebelum ni, aku ada ke satu bridal butik di tempatku iaitu A*** Bridal.. mulanya hanya survey, tapi bila tengok albumnya nampak macam menarik.. so bila dah tanya², aku pun ok saja.. cuma ambil mekap sanding 1X, baju bersanding, pelamin, arch flowers & hand bouquet saja.. harganya bagiku agak mahal & tak berbaloi dengan perkhidmatan.. (harga macam kan ambil pakej besar) so - so saja.. mungkin sebab dah ada nama.. beriya² staffnya memuji, mekap mereka "cantik" sangat (konon).. aku pun macam teruja laa.. so bayar laa deposit on the spot..

dah bayar & masuk dalam register book, diberi tarikh appointment untuk fitting baju.. disuruh juga bawa bakal pengantin lelaki so aku menurut saja.. teruja juga.. aku bawa mak, uwan & tunangku.. sesampai di butik tersebut, kelihatan gelap, bertutup & dikunci dengan Solex.. aikss.. pelik juga.. katanya servis Isnin sampai Ahad.. tak ada rehat.. sekarang tutup pula..

aku segera call officenya kalau² orangnya ada di atas.. tak berjawab.. call pula staff yang entertain kami last week.. sama juga tak berangkat.. ah, sudahhh.. apa hal nih? tunangku mengajak kami minum dahulu memandangkan hari dah lewat petang.. sepuluh minit berlalu staff tu call semula..

staff : hello..
aku  : hello.. cik **n ye? saya murni minggu lepas ada datang booking pakej.. kedai tutup ke hari ni?
staff : err.. yang mane ye?
aku  : saya datang minggu lepas.. tarikh kahwin 3 disember..
staff : oh.. ok.. yang itu ye.. saya kat **n** ni.. JADI KE NAK AMIK NIH?..
aku  : eh.. jadi laa.. dah bayar deposit minggu lepas.. kedai bukak tak nih?
staff : oh.. saya lupe laa.. boleh datang esok tak? KEDAI TUTUP HARI NIH..
aku  : esok tak boleh.. saya tak ada kat sini.. aritu dah suruh datang hari ni.. saya datang laa..
staff : saya lupe laa.. minggu depan boleh? (dah tulis dalam register book pun boleh lupe lagik???)
aku  : minggu depan sabtu ahad saya ada kursus.. memang tak boleh datang..
staff : err.. macam mane ye.. (die pulak tanye aku camne..staff ape camnih??)
aku  : (mengeluh)
staff : hmm.. nanti saya call balik laa.. (letak telefon)


see.. hampeh tak? tu dah bayar deposit.. kalau tak bayar deposit boleh ampun lagi.. buatnya time hari bersanding esok dia tak muncul², hahhh macam mana??


memang aku kecewa.. walaupun deposit yang aku bayar tak banyak mana, (mungkin bagi mereka nilainya kecil) tapi aku tetap terasa.. boleh pula buat² lupa.. dah tentu masuk dalam register book.. macam ni ke berniaga?? uwan kata kalau macam ni tak payah laa.. janji tak ditepati memang susah.. kami semua pun tak mahu tanggung risiko.. takut pisang berbuah 2 kali.. kami buat keputusan untuk pergi bridal butik yang lain.. tak mahu butik A*** tu lagi.. cancel..!!


sampai di butik lain, terpaku sekejap.. wahh.. baju cantik².. serius.. lebih cantik dari butik hampeh tu.. bila tengok pakejnya jauh lebih murah!!  pelamin pun cantik seperti yang aku cari².. kat butik hampeh tu tak ada.. baju pun lebih menarik kat butik yang baru nih.. terus book.. hehehe..


alhamdulillah.. mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.. perlu lebih berhati² lepas nih..
syukur padaMu ya Allah..
sekurang² nya aku dapat pelamin yang aku impikan selama ini..
:)
 
 aku & kerusi mawi.. sila abaikan pinggul & peha yang besar itu.. :P


Saturday 2 October 2010

hari yang panjang.. (takdelah panjang mane punnnn..)

semalam meneman tunangku lunch di Alamanda.. teman saja sebab sebelum tu dah makan ada jamuan raya di office.. dari tempat parkir kereta berkerut² muka berfikir, bilalah dapat beli kasut ni.. hari dah makin dekat.. kat Alamanda dah cari tapi semua aku tak berkenan..

bila masuk saja, nampak kat Vincci kasut bling².. betul² depan kedai.. uihhh.. aku terus mendekati lantas menyarung.. wahhh.. boleh tahan.. tengok muka tunangku, senyum saja.. dah tau apa maksudnya.. ok².. teman awak makan dulu.. huhuhu..

lepas makan, terus ke Vincci semula.. tak sabar dah nak beli.. malas nak fikir² lagi.. panggil the salesgirl tanya saiz, acu pada kaki.. nahhh.. cantik..!! hahaha.. terus kata ok pada salesgirl tu, bayar & jalan.. selesai satu perkara.. keluar dari Alamanda mencari kedai gambar untuk ambil gambar bersongkok.. tunangku segan nak ambil gambar kat Alamanda.. apa lagi nak bawak songkok.. semua orang tengok katanya..

terus menuju ke Presint Diplomatik.. misi mencari kedai gambar.. awal² lagi tunangku pesan, bawak paper bag kasut yang dibeli tadi.. nak isi songkok.. hahaha.. malu laa tu.. so dengan kasut² aku bawak masuk kedai gambar.. hehehe.. pelik orang kiri kanan tengok aku bawak paper bag kasut masuk kedai gambar.. layankan aje..

huhuhu.. siap 2 perkara (baru 2 perkara.. haihhh..)
penat.. masuk office pun lewat sikit sebab tunggu gambar siap.. lepas ni settle menda lain pulak..
hari yang panjang...
huhhhh..