Wednesday 30 December 2009

sabar itu separuh daripada iman..

tengahari tadi aku menangis sepuas - puasnya.. habis merah mukaku.. ada juga officemate yang perasan.. namun aku buat² tak tahu..
kenapa?
biar aku saja yang tahu..

sangat tension.. bayangkan selama ini kita bersusah - payah membantu orang, "beliau" itu langsung tidak menghargai.. sakitnya hanya tuhan saja yang tahu.. kadangkala aku rasakan dugaan untuk aku terlalu berat sehingga tak tertanggung.. tapi aku pernah terbaca tak pasti di mana.. tuhan hanya menguji dengan ujian yang mampu ditanggung oleh hambanya sahaja.. mungkin juga ya.. aku akui, dengan dugaan² ini membuatkan aku bertambah matang dalam menjalani hari² yang mendatang..

apa yang boleh aku lakukan hanyalah bersabar.. menunggu bila sedih akan bertukar gembira..

micasa...

pagi tadi sebelum keluar rumah, sempat juga aku tengok² keadaan rumah aku.. ya ampunnn.. macam kapal nak belayar, ok.. sangat bersepah.. dah macam orang pindah rumah..

nampak macam semak sikit sebab ayahku sedang sibuk mengecat semua bahagian dalam rumah.. so semua perabot terpaksa dibawa keluar dari bilik.. sekarang ni, meja solek mak elok je park dekat ruang tamu! huhuhu..

nak juga snap gambar keadaan rumah tapi masa tak mengizinkan sebab aku dah lewat keluar rumah pagi tadi.. tak apa.. kalau rumah aku masih bersepah petang nanti, aku snap.. hehehe..

bila tengok keadaan rumah macam tu, teringat time mula² masuk rumah tu dulu.. waktu tu aku baru darjah 1.. hanya tinggal berdua dengan mak sebab ayah masih belum dapat bertukar ke Seremban.. (ayah still bertugas di Raub, Pahang).. guess what, masa tu elektrik pun belum masuk lagi.. cuma air saja yang dah ok.. bayangkan la kami 2 beranak tidur dalam kepanasan..tak ada kipas.. grill pun belum dipasang lagi.. nak buka tingkap takut orang masuk pula.. maklumlah waktu tu orang sebelah menyebelah pun belum ada lagi..

diam tak diam, dah 19 tahun kami tinggal di situ.. agak lama juga.. kalau budak lahir tahun itu (1990) sekarang dah anak dara dah.. huhuhu.. rumah pun dah banyak yang kene baiki.. walaupun dah 19 tahun, tak terasa lama pun.. seperti baru duduk 10 tahun saja..

nantilah.. mungkin petang nanti aku snap sikit gambar.. kenangan kan?

Monday 28 December 2009

penumpang² sekelian..

baru² ni kita dengar tentang kemalangan ngeri yang membabitkan bas ekspress melanggar divider highway di Ipoh, Perak.. ngeri betul, eh? bayangkan divider sekeras itu lolos masuk ke dalam bas dan mengenai penumpang di tingkat bawah yang sedang tidur!

kalau difikir², rasa macam tak mau naik bas lagi.. tapi dah tentu aku hari² naik bas ke tempat kerja.. hari² tidur dalam bas.. hehehe.. kalau terjadi apa² memang tak sempat nak buat apa².. (ayat ni semacam je..) aku akui, memang bas sekarang dipandu laju.. tak kira hari hujan atau tidak.. takut juga.. tapi nasiblah dalam bas yang aku naik tu ada ketua bas yang sentiasa memantau kelajuan bas.. maksudnya, kalau bas terlalu laju, dia akan tegurlah.. kakak ni memang tak pernah tidur masa perjalanan.. bagus jugak, kan? hehehe..

kepada penumpang² bas sekelian, berhati² lah.. peringatan ini untuk aku sendiri juga..

Tuesday 22 December 2009

counting the days...

belum terlambat untuk aku ucapkan selamat menyambut Awal Muharram.. semoga tahun baru ini akan membawa kegembiraan dan kebahagiaan buat kita semua dunia dan akhirat..

ok.. 9 hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru masihi iaitu 2010.. cepat betul masa berlalu.. sekejap saja dah akhir tahun.. dalam pada tu, sebenarnya aku pun risau juga.. nak masuk ke tahun baru ni banyak betul debarannya.. cewahh.. hehehe..

persiapan ke tahun baru? hmm.. memang banyak lagi yang tak tercapai sebenarnya.. hanya ada beberapa saja yang tercapai.. alhamdulillah.. mana yang tak tercapai tu kena usaha lagi lah nampaknya.. huhuhu..

tapi yang paling aku risau ada 2 perkara besar akan mengubah hidup aku tahun baru ni.. insyaallah.. takut juga.. huhu.. perkara apa??

nantikan.. tik tok tik tok..

nota kaki : tak buat apa pun lagi ni.. adehhhh...


Tuesday 15 December 2009

indahnya hariku andai...

ya.. indahnya hariku andai aku dapat memiliki ini... ;)

Dior Diorita Medium Hobo

cantik, kan? sangat suka sebab bentuknya yang bulat dan comel tu.. simple dan elegan.. cuba juga membayangkan beg ini dalam warna putih.. hmm.. cute sangat..

lagi² kalau dapat beg ni sebagai hadiah.. wahhh.. berbaloi².. hehehe..
tak kiralah beg ini yang terbaru atau sudah lama di pasaran, (maklumlah aku ni macam katak bawah tempurung sikit..hohoho..) aku tetap suka.. sangat cantik digayakan samada untuk ke opis ataupun menghadiri kenduri kahwin ataupun saat bershopping..
;)
Dolce & Gabbana Ostrich Wallet


taraa... yang ni pun cute.. pink lagi.. fit in trend warna pink ni.. nampak macam clutch simple dan cantik.. tapi.. tak mampu laa nak memilikinya.. sangat over-priced ok harganya untuk sebuah wallet.. mungkin bagi sesetengah orang mampu tapi untuk orang kebanyakan macam aku ni sangatlah mustahil untuk mendapatkannya.. in your dreams sajalah, murni.. huahuahua..

*gambar dari www.geekpurses.com


nota kaki : ada sesiapa nak belikan untuk saya? wink**

Monday 14 December 2009

panas! panas!

baru sekejap tadi ada panggilan dari *o*** *****i** *.**n*** (nama terpaksa dirahsiakan) yang duk laa telefon bertalu² kat opis ni.. katanya permohonan telah dihantar dan sangatlah urgent memandangkan hujung tahun sudah tiba dan akaun perkhidmatan akan ditutup sedikit masa lagi..

secara ringkasnya, surat permohonannya telah dihantar bertarikh awal bulan ini dan akaun akan ditutup hanya beberapa hari saja lagi.. dalam suratnya ingin menghabiskan peruntukan yang sediada untuk membeli keperluan di saat akhir bagi mengelakkan perolehan peruntukan tahun hadapan berkurangan.. christmas shopping laa senang cerita..

see.. suratnya baru beberapa hari dihantar dan sekarang didesaknya supaya diproses dengan cepat! ewah²... bukan main lagi ye.. kalaulah surat dia sahaja yang kita terima, boleh lagi lah kita bertolak ansur.. ini sehari beratus² permohonan baru diterima.. dah terang² kesalahan sendiri, lewat membuat permohonan mahu didesaknya orang lain suruh cepat.. adilkah?

aku serahkan kepada pegawai proses dan malang untuknya pegawai tersebut menghadiri mesyuarat di luar.. bertambah kelam kabutlah dia.. apa yang dapat aku katakan kepadanya, minta bersabar dan kita akan cuba yang terbaik memproses permohonan itu secepat yang mungkin.. habis dimintanya nombor handphone semua pegawai yang ada.. paling menyakitkan bila dikatakan..

"saya taktaulah macamana korang buat kerja.."

amboiii.. cantiknya bahasa.. salah sendiri menghantar permohonan lewat, kita yang disalahkan.. aku sendiri di sini dah macam operator menjawab panggilan telefon yang masuk selang 2 minit sekali.. manakan tugasku sendiri dengan fail dan surat yang berlambak.. tak terlayan kak oii.. ini pun mencuri masa meluahkan perasaan terpendam.. panas betul aku hari ini.. baru bersemangat nak buat kerja dah ada yang menguji kesabaran.. cabaran sungguh.. huhuhu..

dunia akhir zaman....

salam dan morninggg... hmm.. macam biasa pagi² isnin ada sikit mengantuk dan lebih perasaan malas pergi kerja.. tapi tak boleh.. inilah punca rezeki, tak baik malas².. (nasihat diri sendiri.. huhuhu..)

hari minggu tak ke mana² pun.. duduk di rumah, berkemas apa yang patut, mandikan kucing Momot, tengok tv (on & tengok tv, ok.. ;)... ) bla..bla.. rutin orang perempuan, kan? agak bosan juga time cuti duduk di rumah.. cumanya hujung tahun begini banyak kenduri di sini sana.. ada juga jemputan tapi malas nak pergi.. mak dan ayah saja sebagai wakil.. hehehe..

kadang² rasa macam tak percaya.. cuti Sabtu dan Ahad terasa macam terlalu cepat berlalu.. bangun tidur, mandi, membasuh kain baju sekejap saja dah tengahari.. masak² dan makan dah petang.. terasa macam penuh jadual.. ada kalanya cuti 2 hari tu hanya buat kerja rumah dan tak keluar² dari rumah.. hanya keluar menjemur baju saja.. itu pun masih lagi dalam laman rumah..

pernah beberapa kali bila mak keluar membeli sayur dan ikan, aku pun ikut serta.. saja nak tengok² suasana meriah makcik² sebelah rumah berbual sambil pilih ikan.. pakcik jual ikan tu menegur mak..

"laa... dah anak dagho (dara) dah anak kau, Dah.. (dah tu nama mak aku..) lamo boto (betul) tak nampak haa.." (loghat nogori ok pakcik ni..hehehe..)

"ado paklang oii.. (paklang nama pakcik tu) " sambil gelak..

"yolah..camano (macamana) nak nampak.. duk lam (dalam) ghumah yo.. tak keluar².."
pakcik tu sengih² pandang aku..

serba tak kena aku time tu.. hanya mampu tersenyum dan terus berjalan balik.. tak kuasa nak berlama² kat situ.. karang macam² soalan keluar.. lagi susah nak jawab..

tapi memang tak dinafikan.. sekarang masa makin cepat berlalu.. dunia dah menuju akhir zaman.. perlulah kita menyiapkan diri dengan amalan² yang sepatutnya.. sama² lah kita berpesan² antara satu sama lain ke arah kebaikan.. eh.. tetiba plak aku nih.. huhu..

ok, masa dah time.. mau buat kerja..
renung² kan dan selamat beramal..
;)


nota kaki : selamat menyambut Awal Muharam..


Friday 11 December 2009

#@*&%....

guess what?

masuk hari ni dah 3 hari aku tak jamah nasi.. mungkin biasa bagi setengah orang.. but to me sangat luar biasa! mesti kena ada nasi 1 hari.. kalau tak, RINDU.. hahahha..

seriously, dalam masa 2, 3 hari ni aku try menyekat makan.. bukan apa, masa fitting baju Sabtu lepas, rasa macam korset baju ketat kat perut.. bahagian lain masih ok.. itu yang bersemangat nak control makan.. mestilah nak nampak cantik hari tu, kan?.. plus beberapa hari lepas ada opismate yang mengajuk (maybe bergurau walaupun aku memang terasa hati) GEMUK & PENDEK dengan kuat.. kalau korang, apa rasanya??

ok.. habis bab tak jamah nasi..

semalam aku ke Alamanda lunch dengan Yeh.. kami hanya ambil wafer Choc-A-Nut dan kongsi 2 orang.. agak romantik.. hahaha.. ptuiiii.. konon² tak mahu ambil nasi.. tapi bila tengok orang sebelah² semua makan nasi, dah terliur.. hahaha..

after lunch, kami ke kiosk Celcom untuk bayar bil.. sebenarnya telefon kami dah kena block.. disebabkan "kepandaian" Yeh yang gune internet thru handphone sampai 1 jam, esoknya handphone dua² tak boleh call out.. agak tension juga bila kena block walaupun bil aku belum cecah limit lagi.. disebabkan aku hanya subline, Yeh pula mainline, so dengan aku² sekali kena block.. hampeh!

aku dah bayar RM100 walaupun bil aku hanya RM79.55 sebelum blocked.. tapi still tak boleh guna.. Yeh pula dah bayar RM100 juga untuk bilnya pun sama tak boleh juga.. so kami ke kiosk tu untuk pertanyaan lanjut.. kami beratur dan sampai saja giliran kami, belum pun kami buka mulut untuk tanya, just bagi nombor telefon saja. tinggg.. bil dah siap diprint.. tahu apa? the casher tu nampak Yeh pegang duit RM100 dan terus print bil!! bila ditunjuk bil pada kami, kami berpandangan sesama sendiri..

#@&*!!
itu saja yang keluar dari hati aku.. Yeh bertanya juga pada casher tu..

"kami belum cakap apa² lagi dah terus print bil?.."

casher tu hanya pandang kami..

"kami nak tanya kenapa handphone still barred walaupun dah bayar? perlu bayar lagi ke?.. duit ni untuk standby aje.."

casher tu hanya terkebil².. tanpa minta maaf pun!

datang penolong lagi seorang yang bertanyakan keadaan kami.. kami pun berceritalah.. katanya hubungi 1111 untuk pertanyaan lanjut.. aku terus tarik Yeh dan berlalu.. kalau lama lagi harus berterbangan segala kad prepaid dan starter pack celcom kat situ!!

hangin betul aku petang tu..


nota kaki : lambat betul gaji nak masuk..


Wednesday 9 December 2009

penangan Y.E.S

hari ini hari Rabu, 9 Disember 2009.. entri yang nak aku kongsikan ini tentang "perjalanan shoppingku" pada Sabtu bersamaan dengan 5 Disember 2009.. sudah basi bukan?
dengan fail dan surat yang melambak di atas meja membuatkan aku lupa sekejap pada blog ini..
ah, tak mengapa.. aku masih ada mood lagi mahu bercerita.. hehehe..

tanggal 5 Disember 2009 yang lalu, aku telah berkomplot dengan emak dan juga uwanku (nenek saudara yang aku panggil uwan - jangan terkejut ya sebab uwanku ini sebaya ayahku..huhu..) telah keluar berpoya-poya bershopping sakan.. manakan tidak, kami keluar sedari pagi dan hanya pulang ke rumah jam 9 malam!

bersempena dengan Y.E.S (berhantu betul perkataan ini), kami 3 beranak tidak ketinggalan memeriahkan suasana dengan menyertai Y.E.S ini.. dengan membawa duit berguni secukupnya, kami menyerbu Kompleks Pernas SOGO.. agak lama juga aku tidak ke sini.. seperti yang diketahui umum, Sogo memang tak pernah surut dengan manusia.. sentiasa penuh manusia di dalamnya (aiseh.. macam aku ni alien je..) ketika kami sampai pun orang ramai memang sudah bertolak² masuk..

sebetulnya kami ke K.Lumpur (macam jauh saja bunyinya..) untuk membeli barang keperluan sempena majlis pertunanganku yang akan berlangsung insyaallah pada bulan hadapan.. so, tempat pertama yang kami tuju adalah PERTAMA Kompleks untuk fitting baju.. rambang mata bila tengok baju cantik sini sana.. rasa nak try semua.. hehehe.. at last, aku ambil baju kebaya moden warna putih + pink untuk bersesuaian dengan tema..

keluar dari Pertama, terus ke Sogo.. tak sabar! hehe.. mulanya ke kaunter perfume.. memikirkan perfume tak masuk dalam budget list, kami beralih ke tingkat atas.. kami stuck bila sampai di rak pinggan mangkuk.. uwan dah start memandang piring alas kek.. cantik.. menarik.. piring alas kek kemasan kristal dan campuran warna pink buatan German.. harga murah.. tak lama di situ dan.. BELI! huh!!

dari kaunter pinggan mangkuk, kami ke tempat pameran cadar.. semuanya cantik².. aku berkenan dengan 1 cadar polos warna soft pink.. punya 1 bunga daisy besar di tepi nya.. memang cantik.. tapi harga.. aduhhh... budget tak cukup maa... terpaksa tinggalkan dan cari yang lain.. dan akhirnya aku beli juga cadar polos tapi warna kelabu.. (nak sedap sikit silver.. kuikuikui..) lari tema weiii..


malas nak bukak.. tengok plastik cukup laa ye.. hehe..


kira ok laa warna ni.. tak gelap sangat walaupun lari tema.. yang penting budget.. RM200 lebih jugaklah melayang.. rasanya dekat booth cadar ni memang lama laa.. hari dah nak gelap baru kami keluar dari Sogo..

dari Sogo kami masuk ke Butik Harison.. mencari kain lace.. semuanya aku berkenan.. cume harga yang aku tak berkenan.. hahaha.. keluar semula dan akhirnya ke kedai mamak.. Pekena maggi goreng.. perghhhh.. terus terang aku katakan, aku memang tak ada rasa lapar.. shopping maa.. mana nak rasa lapar dahaga semua.. tapi bila mak dah kata nak minum, kami masuk ke kedai mamak berhampiran.. lupa pulak nama kedai tu.. tapi maggi goreng dia memang ada umphh!!.. aku makan juga walaupun tak lapar.. sekadar menjaga hati mak..

lepas makan, kami ke kereta menyimpan barang² yang dibeli.. selepas itu ke butik Jakel.. masuk saja ke butik itu, orang ramai juga.. especially di tingkat kain baju pengantin.. serentak itu aku mula bersemangat.. kain semuanya cantik².. harga pun boleh tahan.. (walaupun aku tengok harga lebih kurang sama saja macam bukan Y.E.S).. bila pelayan datang untuk entertain kami, aku terus katakan SILVER! tersenyum² kakak tu lalu membawa kami ke rak yang berkenaan.. hmmm.. dia tunjuk 1 kain.. cantik.. mulanya ke rak kain berharga RM400++.. not bad.. cantik juga.. selepas itu, kakak tersebut memberi pilihan..

"yang kat sana lagi cantik.."
"mana kak?.."
"tu.. jom ke sana.."

kami mengikutnya ke rak yang ditunjuk.. setelah melihat harga.. terkebil² mata ni.. RM900++ maa.. gilos... kalau tadi kakak tu yang senyum, kali ini giliran aku pula..

"jom kita pergi sana balik nak?.."

aku tunjuk ke tempat mula² aku sampai tadi..

"yang ni macamana dik?.."
"saya suka yang kat sana tu.."

cehh.. suka terpaksa ok! sebenarnya tak mampu.. hahaha..

dan akhirnya setelah berkira² aku ambil yang biasa² saja.. biasa² saja pun ada lari sikit laa itu budget (dengan hasutan uwan..uwan aku mak andam ok..) huhuhu.. selepas kain lace, mak pula mencari langsir.. kali ini tak lama.. setengah jam saja di tempat langsir (tak lama??..).. kemudian kami keluar..


ini dia hasilnya.. cuma tunjuk beg saja.. malas nak bukak..


kali ini, kaki betul² rasa nak tercabut.. kereta parking jauh pulak.. terpaksa melalui pasar malam Jalan TAR di situ.. sampai saja di kereta, bayar sewa parking.. RM15 ok.. pagi membawa ke petang.. mendapat...

dalam kereta, uwan tanya..

"bunga dah cukup ke? riben, bakul semua??.."
"belum.. ada yang kene tambah lagi.."
"so, kita ke Nilai 3.."

senyum...

tiba di Nilai 3 jam 7.15 malam.. cari punya cari, terbang lagi duit.. bila duit dah menyusut baru teringat rumah.. tepat 9 malam kami sampai di rumah.. sampai² saja terus cuci muka dan mandi terus mencari bantal.. tak ingat dah barang² yang diborong.. penat weiiii.. ini barulah shopping sakan.. tak ingat nak balik dan duit pun sakan juga terbang...


nota kaki : kali ni betul² takut tengok diri sendiri berbelanja..


Tuesday 1 December 2009

mulakan hari dengan senyuman..

selamat pagi.. hehe.. pagi ni masa tengah berlonggok fail atas meja ni, tetiba teringin plak nak menaip di blog.. so, tutup sebelah mata untuk buat² tak nampak fail ni dan teruskan menaip.. hehe..

raya macam biasa.. mak masak pelbagai hidangan bermula hari Khamis lagi.. rendang ayam kampung, nasi impit dan lemang.. bermula dengan merendang kacang (goreng kacang tanah tanpa minyak) untuk kuah nasi impit.. guess what? kacang yang aku goreng tu hangus sedikit.. aku salahkan telefon yang berbunyi sebab terpaksa menjawab call.. tu yang hangus tu.. hahaha.. mulanya aku kata ok saja sebab maybe nanti bila dah dibuang kulitnya dan di"blend" , kacang itu akan ok.. tapi ternyata aku silap percaturan! mak tegur juga..

"kenapa kacang ko kaler lain macam?...hitam je.."
"manada hitam.. biasalah tu.."

mak aku pun macam yakin saja dengan jawapan aku.. so teruskan memasak.. then apabila sudah dimasukkan kesemua bahan², tibalah acara menge"test" kuah kacang tu..

"aii.. apasal pahit kuah ni?.." mak tegur sambil merasa untuk kali kedua..
"pahit sikit laa.." sambil tambah gula..
"pahit jugak ni.." kali ni terus pandang aku.. aku buat² tak dengar dan terus jalan keluar.. huhu..

"ko punya kacang laa nih.. ni yang buat pahit ni.. selalu takde pun macam ni.."

kene sedas.. hehehe.. tapi tak mengapa.. elok saja makcik aku datang, terus baiki balik rasa kuah tu.. tambah air asam jawa sikit, gula sikit.. taraaa... dah ok maa... sudahnya habis juga kuah nasi impit tu.. tak membazir ok.. hehe..

hari kedua raya (Sabtu) kami masak sup tulang.. perghhhh.. masing² makan memang tak ingat.. tak ingat dah kolestrol ke apa ke.. daging korban fresh laa katakan.. rasanya manis dan lembut.. jemu makan nasi, aku celurkan mee kuning.. letak bawang goreng, daun sup & daun bawang, fish ball & fish cake dicelur dan sedikit limau nipis.. huhhhh.. 2 kali tambah beb.. hehehe.. nasi pun tak luak sangat.. mee kuning celur licin!!..

kalau cerita pasal makan, sampai esok pun tak habis.. memang tak jadi kerja.. aku akhirkan di sini.. nanti sambung lagi..
daaa...

nota kaki : senyum bila ingat makanan..

Wednesday 25 November 2009

selamat hari raya aidiladha..

selamat hari raya aidiladha..
sama² lah kita menyambutnya dengan penuh keinsafan & gembira..

(esok aku cuti.. hehehe...)

Tuesday 24 November 2009

keseorangan..

yup...
hari ini aku keseorangan.. tak kemana² untuk lunch hour.. since pagi tadi tak ambil breakfast, so ingat tengahari nak take lunch.. call Nida ajak turun tapau.. katanya nak keluar.. mencari bunga untuk adiknya yang bakal berkahwin.. diajak keluar sama tapi tiba² rasa malas..

tengok jam dah menginjak 12.30 tengahari.. tertanya² nak ke MOF cafe atau ke Kastam? kepala ligat buat pilihan.. akhirnya KASTAM.. buka wallet dan ambil not RM5 dan RM1.. manalah tau kalau² terlebih ambil lauk, tentu lah terlebih charge.. berjalan ke arah lif dan turun seorang diri..

sesampai di bawah terlihat banyak betul kereta.. biasa lah lunch hour maa.. nak² lagi semalam baru gaji.. tiba di Kastam tengok lauk banyak lagi.. especially ayam.. tapi sayur dah habis.. ambil nasi dan lauk ayam masak lemak cili padi serta cendawan tiram.. cendawan tiram ni sebenarnya dicampur dengan sup ayam.. tapi aku ambil cendawannya saja.. dan kuah sup.. tapi terlebih cedok.. maka bergenang lah nasi dan lauk ayam aku dalam bekas polistrene tu.. hehehe..

selesai membayar aku terus balik ke opis.. sedang menyeberang jalan tiba² aku di hon kuat oleh sebuah kereta.. aku terkejut.. tangan kuletak di dada tanda terkejut.. hampir saja terjatuh bungkusan nasi aku ke jalan.. GERAM!! kulihat pemandunya.. cehhh.. salah seorang pegawai di opisku.. aku mengukir senyum.. sorry laa ya.. aku dah kelaparan.. mana sempat nak intai driver setiap kereta..

sesudah tiba di opis, aku meletakkan bungkusan nasi ke pantry.. kosong.. mungkin semuanya lunch di luar.. aku on kan TV.. terus ke sinki mencuci tangan dan menuang air dalam cawan..

sambil makan sambil tengok TV.. sedap juga nasi walaupun bergenang kuah sup.. banjir.. hehehe.. sedang mulut mengunyah, fikiran terlayang seketika ke zaman dulu².. (time muda² dolu²..) hehe.. selalu juga aku sendirian.. beli breakfast untuk boss.. tapau lunch setiap tengahari.. cuma sekarang dah berubah.. aku tak lagi keseorangan.. ;) seminggu sekali lunch di luar bersama Yeh.. kalau tak keluar, duduk saja di opis.. banyak betul perubahan.. alhamdulillah..

ketika ini aku baru saja selesai makan.. balik ke bilik semula.. bosan juga di pantry duduk seorang diri.. buka blog dan bercadang untuk menaip..

ok.. terpaksa berhenti di sini.. jam dah pukul 1.50 petang..
jom solat..
daa..

nota kaki : perut kenyang mata pun mengantuk.. huhu..


Monday 23 November 2009

new wedges...weeeeee...... ;)

jumaat lepas aku masuk opis lewat sikit.. maklum laa boss takde.. memang berpesta laa aku jawabnya.. hehe.. jalan² di The Mines, Serdang sambil makan².. pukul 2 lebih, bergerak balik ke Putrajaya..

sesampai di Putrajaya, tetiba rasa nak ke Alamanda pulak.. kate Yeh nak ke pejabat pos untuk settlekan bil api.. sementara menunggu giliran, aku pun jalan² laa di Alamanda tu.. ada 1 booth yang sangat menarik perhatian aku.. sebab ramai sangat orang di booth tu.. mulanya aku memang dah nampak, booth tu menjual kasut.. so aku just cakap dalam hati..

"gaji belum masuk lagi.. so jangan mengada nak shopping.."

aku berjalan melintasi booth tu.. oh, aku terhenti seketika.. wedges maa!.. hehe..

terus mendekati booth tersebut dan menyarung salah satu dari wedges yang terpamer.. wahh.. sangat sesuai.. (cantik laa kunun..) no wonder laa ramai yang mengerumuni booth tu.. cuba punya cuba baru teringat duit dalam beg tak cukup.. uhhh...

letak semula wedges di rak pameran.. mujur ATM berdepan booth tersebut.. apa lagi, terus withdraw duit.. tak ingat dah gaji belum masuk.. hahaha...

selesai withdraw duit, terus ke booth tu semula.. tunjuk pada salesgirl tu..

"miss.. I nak saiz 6.."
"no problem..." tersenyum² amoi tu..

amoi tersebut menyerahkan wedges bersaiz 6 kepadaku untuk dicuba.. wahhh.. kembang² jugak laa hidung bila tengok kaki sendiri.. hehehe..


ni laa yang menjadi pojaan hatiku.. ;)


cap ni.. glamer ke? aku pun taktau..


keluarkan duit dan terus suruh amoi tu bungkus.. kemudian jalan.. :)

dalam kereta, dah siap² tukar.. sandle lama letak dalam kotak.. wedges baru sarung terus ke kaki.. hehe.. tak sabar nak pakai maa..

akhirnya dalam pukul 3.50 petang baru sampai opis.. sambil memakai wedges baru.. berjalan dengan penuh keyakinan (walaupun masuk opis lambat) cehhh... part yang ni jangan tiru saya ya kawan².. saya hanya berani buat begini hanya pada ketika boss saya tiada di opis.. muehehehe..


momotku sayang.. (gambar yang tiada kaitan dengan entry) hehe..


Wednesday 18 November 2009

ladies night.... hehehe..

hari sabtu yang lalu, kami (aku, siti, mek (linda) & zila) keluar makan² malam tu.. saja laa kan keluar sebab lama sangat dah tak jumpa.. masing² sibuk dengan kerja.. siti dah tentu lah dengan familynya.. dengan si kimi yang dah makin petah bercakap tu.. tinggallah aku, mek & zila saja yang belum ada family sendiri.. zila pulak duduk di Bangi nun.. agak susah jugak nak plan..

mulanya macam tak jadi sebab mak ajak aku ke Nilai untuk survey barang petang tu.. disebabkan petang tu hujan turun lebat, so kami cancel nak ke Nilai.. aku cepat² confirm dengan Siti malam tu boleh keluar.. syukurlah malam tu tak hujan..

kebetulan malam tu di Seremban ada sambutan keraian bagi kemenangan pasukan N.Sembilan menentang pasukan Kelantan dalam Piala Malaysia beberapa hari lalu.. pasukan N.Sembilan akhirnya berjaya memenangi Piala tersebut setelah menunggu selama 61 tahun.. sangat lama, kan? jalan memang agak sesak menuju ke bandar Seremban.. kami bergerak dalam pukul 8.30 malam dengan menaiki kereta comel mek.. hehehe.. nampak je comel tapi laju weh... hehehe.. tambah pulak keretanya menggunakan enjin turbo.. bunyinya memang tak ingat.. huhu..

kami sampai di Restoran Siang Malam 2 lebih kurang pukul 9.15 malam.. orang tak ramai sangat mungkin sebab hujan renyai² dan mungkin juga ramai yang menyaksikan sambutan kemenangan pasukan N.Sembilan di Padang MPS.. dengarnya ada bunga api lagi.. dari dalam kereta siti dah cakap nak makan tauhu bakar.. sedap katanya.. so aku pun terpengaruh laa.. dalam hati siap nak tapau untuk mak lagi balik nanti..

bila dah dapat tempat duduk yang sesuai, aku dan siti terus ke gerai tauhu bakar tu.. dalam menu ada sotong kangkong.. macam best je.. tapi mengingatkan siti kata tauhu bakarnya best, so aku just pesan tauhu bakar saja.. 1 untuk makan, 1 lagi tapau untuk mak.. mek pulak pesan sotong kangkong dan kerang rebus.. 2 mangkuk lagi tu.. (bakul kecil je.. hehe) kerangnya besar² cicah dengan kicap lada.. zila pulak order roti milo.. not bad laa rasanya..

sementara menunggu hidangan siap, kami start laa berborak.. memang tak ingat.. masing² ketawa sampai nak pecah perut.. apa lagi cerita pasal zaman sekolah dulu².. semuanya innocent je.. dulu si polan tu macam ni macam ni.. sekarang dah macam tu macam tu.. senang kata lebih kurang mengumpat laa.. hehe.. orang tu dah kahwin.. orang ni dah kahwin.. macam² laa.. borak² sampai tak sedar dah pukul berapa.. di meja lain, orang dah silih berganti.. kami pula dari start hujan renyai² sampai hujan berhenti masih di situ.. cadangnya nak tengok wayang.. cerita 2012 tu.. tapi tiket pun tak beli lagi.. harus laa sold out kan.. lagi pulak malam minggu.. so melepak sajalah di situ..



tengoklah meja kami.. penuh kan? plastik merah tu, siti punya tauhu bakar tapau.. kerang pulak 2 mangkuk diorang licinkan.. aku je tak makan kerang.. hehe..


ni pulak rupanya roti milo zila.. tak habis.. sebab nak rasa kerang rebus dengan tauhu bakar.. dan juga ais krim sebagai dessert.. hehe..


wajah riang 2 orang yang telah kenyang.. mek & zila..


setelah handphone masing² berbunyi, barulah teringat nak balik.. barulah masing² nak tengok jam.. huhu.. dalam pukul 12 tengah malam, kami bergerak pulang.. seronok rasanya berjumpa sekali sekala.. teringat balik zaman sekolah² dulu.. tapi sekarang masing² dah ada komitmen.. agak susah nak jumpa.. plan pun belum tentu jadi.. whatever it is, korang tetap my BFF.. semoga persahabatan kita takkan terputus walau apa pun yang terjadi.. sayang korang..


Friday 13 November 2009

laa.... tak perasan pun....

pagi ni sebenarnya ada kerja sikit nak buat.. tapi sebelum tu blog walking dulu laa.. ambil angin maa.. hehe..

buka je dashboard blog dah ternampak ada update terbaru dari salah seorang blogger yang aku ikuti blognya.. ceritanya tentang satu atau dua produk makanan cap P**** yang diragui tidak halal.. a big thanks to Bvlgarigirl Girl (suke sangat baca blog u.. nice.. ;) ..)

hmm.. kalau nak diikutkan lately ni banyak kali jugak laa aku buat spagetti.. kalu tak bolognese, buat carbonara.. hehe.. saje je nak menge"test".. maklum laa first time buat.. bila dah buat sekali macam best je.. hahaha.. (masuk bakul angkat sendiri..)

antara bahan yang aku masukkan tentu laa dari produk P**** ni.. aduhhh... selama ni tak perasan pun produk ni tak ada cop HALAL.. main beli je dan makan.. dah berapa banyak dah yang masuk dalam perut.. rupanya TAK HALAL!! lalai betul aku..

so kawan², sebelum membeli harus laa anda check dulu status produk makanan tersebut.. yalah, kalau dah tahu ia meragukan bolehlah kita jauhi produk tu..


nota kaki : Patut laa sedap je.. huhuhu..


Thursday 12 November 2009

cerita semalam..

semalam time balik dalam bas aku tertidur macam biasa.. dan entah kenapa aku rasa macam lama je tertidur.. tak sampai².. at last aku terjaga.. bila terjaga tengok kakak sebelah aku pun lelap juga.. bas pulak macam slow je jalan dan terhenti².. hmm.. jam kot..

aku pandang makcik depan aku, duk tertengok² ke luar.. kakak yang duduk sebelah kerusi aku pun sama, tertoleh² ke tingkap aku.. aku pun selak langsir bas..oh.. ade 3 buah kereta berhenti di tengah jalan (lane yang paling laju).. eksiden laa tu.. tapi tak nampak pulak remuk di mana².. so , aku buat keputusan sendiri.. biasalah.. kalau eksiden je mesti orang berhenti nak tengok.. padahal tak teruk pun.. hehe.. sukati aku je, kan?

tetibe makcik depan aku tu bersuara..

"eh.. ade orang mati la..."

dan² tu jugak aku selak langsir lagi sekali.. nak jugak laa kan tengok betul ke ape yang makcik tu cakap.. betul.. ada seorang lelaki terbaring di tengah jalan (lane kedua) dengan muka bertutup dengan jaket.. dan yang paling sadis.....

darah membuak keluar dari kepalanya di atas jalanraya.. sangat banyak..!!
seperti buah tembikai yang terhempas di tengah jalan (boleh imagine kan macamana isi tembikai yang terhempas di lantai..) uhhh..

serentak dengan itu, kepala aku terus sakit..

selama ini hanya tengok gambar saja.. tapi kali ini real scene ok.. tahu sajalah pandangan dari dalam bas yang tinggi.. dapat dilihat dengan jelas!

aku percaya, mangsa menunggang motosikal.. tapi tak nampak pulak motornya.. mungkin sudah ditolak ke tepi.. orang ramai berkerumun di tepi jalan.. kenderaan pulak bersesak² masuk ke lane perlahan dek kerana kemalangan yang mengambil tempat di lane kedua dan ketiga..

aduhhh... sampai ke petang ini aku masih terbayang² keadaan mangsa.. risiko betul tunggang motor ni.. bahaya sungguh..

kejadian tu betul² tinggalkan kesan pada aku.. hari ini hari mangsa.. esok lusa tak tahu pulak macamana nasib kita.. kepada penunggang motor mahupun pemandu kereta/lori/bas, berhati² laa...

ya Allah, lindungilah keluargaku dan juga orang² kesayanganku dari sebarang malapetaka.. amin..

salam takziah buat keluarga mangsa..


nota kaki : serabut dengan kerja saat ini..


Monday 9 November 2009

tak boleh tahan laa...

teringin nak tempah cupcakes laa... bila gugel cupcakes, keluar laa banyak website yang menayangkan cupcakes² yang comey².. yang fondant toping tu alahaiiii..syoknye tengok.. tapi ok ke? tak manis sangat ke? hmmm...harga pun tak boleh tahan eh.. hehehe...

ok.. tak tahan laa tengok cupcakes nih..antaranya...

*credit to Homemade Sweet Treats


*credit to dill.blogspot.com


sangat cantik, kan? *credit to Isza Home Bakery


ni dah siap packing.. i loiikeeee.. hehe.. *credit to Isza Home Bakery


err...
ade sape² nak sponsor untuk saye...
(kelip mate..)


nota kaki :: nak kaler pink putih.. hehe ;)


Thursday 5 November 2009

kadangkala perubahan itu perlu..

bertukar lagiiiii...
hehehe..


ape yang bertukar?
dalam mood bertukar background blog.. ;)
(sambil menunggu audit 5S datang...
lalalalala..

Tuesday 3 November 2009

dup dap dup dap...

dup dap dup dap..

yeahhh.. itu bunyi jantungku.. (camner aku tau bunyi jantung camtu??..) hehe..
aku sangat risau + teruja + gembira + takut..

it's on January!!..
means 2 months to go maa...

arghhhh..
takutnyeeeee....

dalam masa yang sama...
weeeeeee.......

;)

Wednesday 28 October 2009

pernah tak?

hmmm..
kalau korang marah, pernah tak sampai maki orang?

aku pernah..
;)


nota kaki : lepas makan sup panas, hati pun jadi panas.. hahaha...

Tuesday 27 October 2009

machine punye pasal...


semalam pas balik keje, ayah ajak singgah bank orang ramai sebab nak bayar ansuran bulanan kereta..so aku pun berdua ngan ayah masuk laa bank tu.. ade 4 cash deposit machine tu tapi keempat² machine tu out of service.. ramai gak laa yang nak gune machine ni tapi tak dapat.. kate sorang Chinese uncle ni..

"sulah manyak wang laa ini machine..." sambil tergelak..

kami pun same laa gelak.. then keluar dari bank tu.. aku cakap ngan ayah nak pi bank harimau plak.. nak withdraw duit untuk bayar kredit kad.. so kami pun bergerak laa ke bank harimau cawangan Seremban.. pun same jugak kat bank ni pun cash deposit machine die sume out of service..haduhhh... aku pun cakap ngan ayah, naper ntah harini sume bank dah banyak duit.. takmo terima duit lagi.. hehehe.. then ayah aku kate kite pergi bank kat cawangan Senawang plak.. so kami 2 beranak pun jalan laa..

bile dah sampai bank harimau cawangan Senawang, macam biase orang ramai walaupun jam dah pukul 7 malam.. bank ni ok laa, machine die takde plak out of service macam bank kat Seremban tu.. aku pun queue laa..

bile dah sampai turn aku, aku pun bersungguh² tekan button kat machine tu.. duit dah ade kat tangan.. tekan punye tekan, asyik² screen yang same je keluar.. balik² keluar screen Bantulah Mangsa² Bencana Gempa Bumi Di Indonesia.. bile aku tekan cancel, keluar screen "Sila tekan mana² butang" .. dua tiga kali gak laa aku tekan, balik² keluar screen yang same je.. aku heran gak, orang depan aku tadi ok je gune.. at last aku suruh je makcik belakang aku ni gune dulu.. malu gak sebenarnye..nak² lagi sebelah aku ade brother hensem duk tengok² apsal aku kat depan tadi then aku pi queue belakang balik..mesti die heran, kan.. tapi aku buat² tak nampak je..

lagi sekali bile sampai turn aku untuk kali yang kedua, aku pun ke depan laa.. first sekali bace Bismillah.. (
tadi lupe nak bace.. hehehe..) tekan lagi button tu keluar lagi screen pasal bencana kat Indonesia tu.. aku sabar dan tekan lagi cancel.. keluar balik screen yang memule suruh tekan mane² button tu.. adeeehhh.. aku perasan budak belakang aku ni dah start jenguk² screen aku..muke macam tak puas hati sebab tunggu lame..belakang budak tu queue dah panjang.. aku dah menggelabah.. tetibe rase cam panas berpeluh² padahal dalam bank tu aircond kuat gak.. aku pandang belakang cari ayah aku.. nasib laa ayah aku tak jauh.. aku pun lambai ayah suruh datang.. ayah pun datang..

elok je ayah aku datang, entah macamana aku ternampak satu button "Teruskan.." cisssss...time tu laa baru nak ternampak.. apsal tadi tak nampak?? aku menyumpah² dalam hati.. dah masuk nombor kad kredit, duit sume, resit pun dah keluar, aku terus blah.. menonong je tak pandang kiri kanan..mesti orang belakang aku kate..

"budak ni mesti baru first time gune cash deposit machine..."

hampehhh... padahal dah berape puluh kali aku duk beratur membayar hutang piutang gune machine tu.. bleh plak harini aku jadi wengggg amat² macam orang kuno baru belajar naik eskalator!! tak malu wehhhhh.. malu aku...

Thursday 22 October 2009

cerita dari dalam bas..


hmmm... harini macam biase keje banyak.. bersilat dengan fail & surat.. dengan telefon yang sentiasa berdering (
telefon opis, hoccay..) dah macam operator dah rasenye.. asyik nak menjawab telefon.. rase macam nak buang je telefon atas meja nih.. rase nak benti keje pun ade.. ehh.. tetibe lak, kan... hehe..

after lunch, keje dah kurang sket.. tetibe aircond terpadam (
terpadam ke terhenti, weh??) baru laa dengar jelas meriah suara kerani² kat hujung sane.. bunyi mesin fotostat, bunyi orang terbersin.. sume laa.. huhu..

skang (time ngah menulis nih..) jam baru kul 3 petang.. tapi aku dah rase tak sabar nak balik.. nak duk dalam bas.. bleh tido.. huhuhu.. syokkkk..

ahaaa... aku nak cite pasal dalam bas.. oleh sebab aku nih duk jauh.. yelah dari Seremban ke Putrajaya nih amik mase dalam 45 minit (
kengkadang 1 jam.. jem wehhhhh..) ape lagi nak dibuat.. tido adalah acara yang paling baik & menarik.. hehe.. ok.. aku rase mata aku dah start nak pedih² bile bas dah lalu kat persimpangan dari Putrajaya nak ke Serdang tu.. time tuh aku dah selamat lelap.. dan hanya akan terjage bila....

KEPALA AKU TERHANTUK KAT TINGKAP BAS!!..
tragis tak??
huahuahua..

aku taktau laa orang belakang aku tu perasan ke tak.. rase macam tak perasan je.. makne laa tau kot² orang belakang aku pun tido gak.. hehehe.. tapi aku rase macam perasan sebab bunyi terhantuk tu bleh tahan gak kuatnye.. hahaha..

bile dah terhantuk tu, buat² la gosok kepala.. tak sakit lah kununnye.. (
memang sakit wehhhh..) terus terjage.. tak tidur dah sampai Seremban.. actually masa terhantuk tu memang dah nak sampai pun.. tau² dah nampak Tol Seremban.. hehe..
tu belum lagi yang berkeruh bagai.. ahaa.. yang ni bukan aku, hoccay.. aku tak berkeruh.. (
ye ke??) ye.. aku tak pasti.. aku tak berkeruh.. hehehe..

kengkadang tu berkali² gak laa terhantuk.. yang anehnye (
ehh.. lain plak ayat aku harini..) time pagi pi keje pun aku tido gak.. tapi tak pulak terhantuk.. elok je terletak kepala aku.. agaknye penat kot... biase laa.. aku kan bekerja keras.. hehe..

hmmm.. petang ni hujan.. time nak balik kang gerenti sejuk.. lagi syok laa aku tido.. hehe..
ok laa.. mau sambung keje sambey makan cekelet..
daaa...

Wednesday 21 October 2009

craving....


aku sedang kehabisan stok makanan..
milo, cookies, buah.. uhhhh..
dalam drawer sume dah abis.. kosong!! tinggal bekas je.. isskkk...

wondering why..
nape skang aku kuat makan eh?


sape bleh tolong jawab?

nota kaki : dalam kepale terbayang BURGER KING.. huahuahua..

Monday 19 October 2009

marah..


hari ni aku puasa.. opis kat atas ade buat jamuan raya.. boss dah pegi.. dia ajak sekali..
aku dah bagitau aku puase.. boss gelak je..
tadi pun dah 2 orang staff kat tingkat 4 call suruh turun (
aku selalu konpius kalau tingkat 4 ni nak turun ke nak naik.. huhuhu) actually suruh naik join the jamuan laa.. but cannot laa kengkawan.. I puase laa arinih.. huhuhu..

tadi pagi boss ade tanye..


boss : nape u tak datang rumah I last saturday, murni? (open house umah boss)

me : errkk.. makcik daya datang aritu, puan. so cam tak sedap lak nak tinggalkan rumah..

boss : (gelak)


boleh diterima ke jawapan aku nih??
hmmm..

walaupun aku sedang berpuase harini, tapi aku jugak sedang marah.. (
puase pun boleh marah, kan? tak batalkan? ) .. huhu.. hope so..

ye.. aku memang marah!!
sebab yang aku malas nak cerite kat sini..

takde mood nak update..
nanti laa eh..

nota kaki : kesian.. T_T

Monday 12 October 2009

suara hati..


hari ini 12 Oktober 2009.. macam biasa masuk opis.. boss keluar awal sebab tender board kat KLCC.. perut lapar.. call kak Oya then turun cafe tapau bekpes..hehe..

semalam, 11 Oktober 2009.. ramai betul saudara mara kat umah aku.. semuanya berkumpul.. sangat seronok semalam.. especially aku.. ^_^ alhamdulillah..

hmm.. aku nak buat keje.. fail pun dah banyak ni.. sambil² wat keje, makan.. muahahaha..
teringat plak jus diet tu.. Jusmate 5 ke ape namenye.. nak try gak..

ade sape² penah gune?
bleh bagitau saye...


nota kaki : pas raye nih, badan naik macam dipam²..

Saturday 10 October 2009

hepi...hepi...


huhuhu..
mulai semalam, aku dah pun berusia 26 tahun..
26 TAHUN hoccay!! bukan 17..
itu kenyataan yang aku takboleh kene terima..

murni, u are 26 now.. so, act like a 26..!!
(
baru 26.. hohoho..)

semalam aku amik half day.. (
thanks wani sbb gantikan aku utk berpoya²..) lagipun boss takde.. keje pun aku dah settlekan sume.. dalam kul 12, aku pun blah dari opis.. hehe..
tak ke mane² pun.. ingat mau jalan² KL.. sekali dengar kat radio, highway ke Sg. Besi jem gile.. taktau nape.. nasib baik tak masuk highway lagi.. huhu..
so ikut jalan alternatif & at last sampai gak KL.. jemput CT kat Dayabumi & pi makan² kat Kg. Baru.. ramai gak orang.. maybe sebab orang baru pas kuar solat Jumaat..

sembang² lebih kurang, makan² sume then hantar CT balik kat opis die.. ingat nak pi MidValley, sekali parking full daa.. dengan jalan jem lagi.. potong stim tul.. pikir² balik, jam dah kul bape.. balik jela.. lastly pi Alamanda je.. dah tu je tempat yg tak sesak..

sampai kat Alamanda, kami (
kami?? ;) ) jalan² jelah.. then masuk kat kiosk Famous Amos.. dah masuk Famous Amos, takkan kuar tangan kosong je kan? mane bleh.. takbleh..takbleh..
majuk² then aku dapat nih... taraaaa.....


pandangan dari atas..


dari sisi..


taraaa.... ^_^


huhu..


^_^

heart..


love it.. ;)


disebabkan aku suke sangat mende nih & asik pegang je, akhirnye aku dapat gak.. thanks.. suke sangat².. love it very much.. ;)

dan setelah menghabiskan duit, kami pun keluar dari Alamanda.. aku keluar haruslah dengan hati yang berbunga riang.. muahaha.. tapi kelakar kan? besday yang ke 26, tapi dapat bear lagi.. hahaha.. dan cam biasa tepat je kul 5, aku pun balik laa umah.. huhuhu..



lastly, harus laa ade gambar birthday gurl kan.. muahahaha..


nota kaki : thanks.. i really appreciate that.. i mean it..

Friday 9 October 2009

today is the day.. ^_^


hoyyehhhhh...
hehehe.. tak malu nak cakap.. (
senyum kambing)
harini...

MY BIRTHDAY..!!
hikhikhik...

hmm.. sebenarnye same je cam ari lain.. tapi mungkin ade sket istimewa laa..
walaupun tak laa istimewa sangat.. tapi istimewa gak laa.. (
lempang diri sendiri)
ade rase sedih, ade rase gembira.. sumenye bercampur.. tak tau nak cakap camne..walaupun takyah cakap sebab tulis je kat sini kan.. muahahaha...

entah laa.. taktau laa kegembiraan aku ni akan berterusan atau sebaliknya.. tapi nampak macam gembira ni sekejap je.. aku akan berusaha.. selebihnya hanya tawakal..
semoga Allah mendengar doaku..
amin..

erkk.. mungkin rezeki aku arini, kat opis pagi ni dapat makan free..
makan nasi lemak lagi.. kelas gitu.. huhuhu...
sempena kedatangan "orang baru" oleh rakan setugas kat opis aku ni..
syok.. syok..

ok laa.. nak sambung keje.. japgi nak ngular.. ;)
bubbye...


nota kaki : besdayku yang ke sebentin.. ahakss..

Wednesday 7 October 2009

hati panas...


dua tiga ari nih, aku asik nak marah je..
yang paling aku marah (tak penah aku marah sampai camnih sekali) adalah malam tadi..
ni pun time tengah taip entry ni pun tengah marah nih.. rase cam nak baling je henpon nih.. tapi sayang lak..huhuhu.. (sian.. henpon jadik mangse..)

sebab ape aku marah? hmm.. malas nak cite kat sini.. wat sakit ati je..
cume aku rase cam nak luah kat sini plak.. lega sket bile dah luah..
takpe.. tuhan tu maha adil.. mesti ada balasan nanti kan..
biarkan..!!

ari jumaat ni aku nak cuti.. boss memang cuti.. elok je aku antar borang cuti, relaks je boss tanye..

" u nak cuti ke jumaat ni, murni?.. "

" errkk.. haa..ah puan..tapi saya dah dapat pengganti.. "

" ade urusan penting ke? bukan ape.. takut nanti pengganti tu tak boleh handle keje u.. u pinda tarikh lain jelah ye..? "

" errrkk.. ok puan.. "


arggghhh..!!! kan aku dah cakap.. hampes tul... aku baru je nak plan cuti yang besh..boss plak potong line.. mulut aku ni pun ringan je cakap ok.. bukan reti nak menipu.. (
aku kan baik.. sila jelirkan lidah ye kawan².. huhuhu..)

dan sebagai pelepas dendam, aku dah makan kuih raye boss aku yang die letak atas meja tu.. hahaha.. rase cam puas lak..takpe.. aritu puan gak yang suruh saya makan, kan? muehehehe..

eh.. tadi aku tengah marah, kan?
ya.. aku sedang marah.. aku nak sambung kemarahan aku nih..
aku marah!! aku marah!!
challooo..


nota kaki : memang tengah marah pun..tapi ade je yang datang kat bilik nih..terpaksa laa buat muke biase..

Tuesday 6 October 2009

huhuhu ~~~

aduhhh...
pas cuti raya ni makin bertimbun keje..
tak sempat nk update blog..
takpe..
ari jumaat ni aku cuti..
yezzaaaa.... ;)

Thursday 1 October 2009

ada apa dengan Oktober??

entri harini..

YAHOO..!! dah masuk bulan Oktober..
ada apa dengan bulan Oktober??


nota kaki : menunggu hutang dibayar..

Friday 25 September 2009

raye story...


hari ni dah raya ke - 6.. kejap je kan? aku masih lagi bercuti.. hehe..
raya pertama kami 1 family beraya kat 3 negeri yang berbeza..dasat tak? (
syukurrr...atoz ku tak wat hal..hehe) pagi raya pas balik dari masjid, terus bersiap² balik kampung kat Rantau, N.Sembilan (kampung mak aku).. dah siap makan², borak², bermaafan & bersalam terus masuk kete menuju ke Klang plak..

sampai Klang dalam kul 12.30.. masuk² je terus dijemput makan..muehehehe.. (ni acara peberet kalau pi Klang) opss..lupe plak.. Klang ni umah abang angkat ayah aku.. tiap² raye mesti pi sini..ok, sambung blik pasal makan..hehe.. kat Klang ni, sume makanan die memang sedap².. raye ni, kami dihidang nasi tomato.. perghhh..sedap gile.. aku memang tak bertambah nasi laa.. tak payah tunggu orang suruh tambah, aku dah capai senduk dulu.. hahaha.. buruk tak perangai aku? (
gelak jahat..) tapi gambar makanan takde laa.. sebabnye tak sempat nak snap.. sibuk mengunyah je..huhuhu..

ok, dalam kul 3 camtu, kitorang pun beransur laa.. perut pun kenyang dah kan.. ape lagi nak tunggu.. hehe.. kitorang bergerak ke Kuala Lipis, Pahang lak.. kat Lipis ni umah abang mak aku.. lame tul tak balik Lipis ni.. rasenye kali terakhir dalam 2 tahun lepas kot..tu pun sebab sepupu aku kawin.. time raye gak laa..kali ni aku balik, sepupu aku tu dah mengendong anak dah..huhu..

sampai kat Gombak, berenti isi minyak.. bukan takat isi minyak je, isi perut sekali.. muahahaha.. sebenarnye kenyang lagi, tapi aku gatal bile nampak Dunkin Donut tu..singgah jap beli 3 keping donat.. mak plak nak beli kopi yg gune machine tu.. tapi tak dapat sebab time tu blackout.. potong stim tul..last² beli teh crysanthemum tu je..hmmm.. dalam kul 6 lebih kot sampai Lipis.. rehat² jap.. borak² n makan² (makan lagi..) biase laa time raye nih memang program diet takkan menjadi nye.. huhu..

kat umah paklong aku nih memang ramai.. bayangkan buat lemang je sampai 17 kilo..huhu..macam nak kenduri.. disebabkan boring asik makan lemang, nasi impit, rendang, malam tu kitorang wat kelainan sket.. pakat wat nasi goreng kampung 1 kawah.. haha.. tambah lak wat lauk ikan bilis goreng cili padi tambah tempoyak & petai.. perghhhh.. tak pandang kiri kanan dah..1 kawah tu habis dan² tu gak..huhuhu..aku baru perasan yang kat Pahang skang nih time durian berbuah.. kat tempat aku takde lak..

pas abis makan, kul 9.30 malam, kitorang gerak balik Seremban.. paklong aku beriya suruh kitorang tido situ.. nak wat camne, sok nye mak aku keje..terpaksa laa balik..seblom balik ade sesi bergambar..sesi bergambar sempena raye laa tapi sume pakai baju tido.. hilang sume baju raye.. hahaha..tapi gambar kat kamera sepupu aku plak.. lupe nk amik..

erkk.. aiseh.. mak aku dah panggil plak suh masak.. okeh geng..challooo..

nota kaki : last day keje aritu aku balik kul 10.45 pagi..derhaka kan aku? huhu..

Thursday 17 September 2009

entry untuk raja sehari..


hari isnin lepas, aku terima kad kawin dari kawan yang sama² chatting kat blog dulu.. huhu..
errkk.. ya.. saya tak chatting di opis (
dulu hoccay.. skang dah tobat..muahahaha..) sangat buruk perangai aku kan kawan²?.. dah nak kawin dah kawan aku sorang nih.. dengan muke berseri², dia hulurkan kad tu pada aku.. hmm.. cantik gak kad die.. hehe.. then saje je ( buat² tanye senarnye..huahuahua..) kat aku..

"bila mau kawin?..."
aku jawab "esok.. hahaha..."

hoihhh... kenape semua orang tanye aku soklan ni eh? aku kan sweet sebentin.. (
sambil lompat bintang)


hitam pink gitu..


nama pengantinnye...


ya.. aku masih lagi bertitle "cik".. ahaks..


majlisnye berlangsung time raye nanti.. orang sibuk nak raye, die sibuk nak kawin time tu.. hahaha.. (
ampun yaa.. hehe..) ok laa kan.. dah ade hubby laa raye nih.. seronok gitu..

tapi maaf laa eh.. aku memang tak dapat pergi.. jauh benar majlisnye.. nun kelantan sinun.. adalah sangat mustahil untuk aku pergi kenduri yang jauh pada hari raya begini..hehe.. kalau dekat² sini, harus aku pergi.. (
untuk mengulang nasi kenduri.. hehe..)

btw.. selamat hari raya & selamat pengantin baru utk sahabatku Norhafizay a.k.a aweks bersama pasangan.. goodies kawin jangan lupe untuk aku okeh.. batik sutera 1.. huahuahua ;)

nota kaki : tak pernah sampai kelantan.. huhu..

Tuesday 15 September 2009

alkisah...


sabtu lepasnye cite baru aku nak cite arini.. hehehe..
hari sabtu lepas, aku ngan family pi laa jalan ke putrajaya.. (
name je kerja kat putrajaya.. kalau tanya aku pasal putrajaya pun aku taktau..huhu) Disebabkan last week ada shopping fare kat situ, maka tergeraklah kitorang 1 family ke putrajaya..

sesampai je kat situ dah pukul 5 petang.. aktiviti pertama pi cari makanan untuk berbuka dulu.. dah abih 1 kawasan tu kitorang tawaf, makanan dah beli, air pun dah beli, baju pun dah bau asap ayam percik, kitorang pun pi simpan makanan dalam kete.. dah simpan makanan baru laa bergerak ke khemah shopping tu..

sebelum masuk dalam khemah tu, ayah aku dah nampak 1 bende yang menarik perhatian die.. aku ngan mak dah nak lintas jalan, die asyik laa duk pandang² mende tu.. langsung aku ngan mak pun lekat jap kat situ.. nak tau mende ape? haa.. layan gamba nih..


comey tak? dah berkenan dah tu..


taknak lepas dah...

bile tanye harga.. RM6 RIBU whoaaaa.. tapi kire ok laa kan.. 1st in Malaysia maa.. basikal gune bateri.. tak larat kayuh, gune bateri.. abih bateri, bertolak laa jawabnye.. huhu..
aku rase akak yang promote tu mesti hangin.. berjela bagi penerangan, last² kitorang blah.. ayah aku rilek je ckp kat akak tu..

"
saje je nak try.." huahuahua..

dah sampai kat khemah, masuk laa kitorang berasak².. orang punye laa ramai walaupun dah petang.. barang² jualan ok laa kot.. banyak jual kuih raye, baju² lelaki ngan makanan² harian.. harga pun ok laa.. murah sket laa dari biase.. tapi aku heran, apsal baju pompuan takde.. selalunye shopping fare camni mesti banyak baju² pompuan.. takpe laa.. selamat duit aku..

rupenye duit aku tetap tak selamat.. disebabkan aku ngan mak yang beriya ajak ayah pi situ, ayah minta aku ngan mak beli baju raye untuk die.. cissss.... huhuhu.. tapi takpe laa.. bukan selalu pun aku belikan baju untuk ayah.. 4 helai sekali die borong.. boleh plak tu cakap..

"
patut laa tangan ayah asik gatal je.."..

huh!! last² baju aku sendiri tak dapat.. huwaaa...

jam dah pukul 7, baru laa kitorang 3 beranak keluar dari khemah.. simpan hasil belian dalam kete then lepak jap kat tengah jalan (depan Bhgn Pinjaman Perumahan).. kebetulan kat situ ade khemah siap kipas, lampu, kerusi & meja.. yeaaahhh.. tempat terbaik untuk berbuka.. ni laa gamba mereka² yang kelaparan berbuka puasa di putrajaya.. huhuhu..


mak ngan nasi kerabunye.. bersungguh² makan..


tak pandang kiri kanan dah!!


aku? diet.. (bluwekkk..)

tepat kul 7.45 malam, kemas² makanan terus balik.. itulah kisah kami.. sekian terima kasih..

Monday 7 September 2009

lagu raya..


wahhh... masuk hari nih sudah 17 hari kita berpuasa.. ada lagi 13 hari lagi baki berpuasa..
then tibalah hari yang dinanti² kan..

HARI RAYA AIDILFITRI!! yahoo!!..
(
aku plak yang terlebih padahal puasa tak cukup..hehe..)

tadi masa dalam kereta on the way nak pergi kerja, stesen radio Panas dah start putarkan lagu raya.. kalau tahun lepas lagu raya start keluar seminggu sebelum raya.. tapi tahun ni keluar awal pulak.. aku kerja pun makin semangat.. semangat nak cuti raya.. hahaha...

sebenarnya boleh je nak pasang mp3 lagu raya kat pc.. tapi tak sama macam yang keluar kat radio.. sebab kat radio keluar time kita tak duga.. time ni laa nak feeling² berlari² balik kampung.. hehe.. (
feeling tu penting hoccay.. ;P ) kalau kat pc, time kita rasa nak dengar tu, on je WMP.. tak syok sangat..

raya ni, aku cuti seminggu.. huhu.. saje je cuti lame sket.. selalu tu memang payah nak cuti.. asyik kerja je.. ni laa masanya aku balas dendam.. biar takde orang kat opis.. biar phone kat opis semua tak berangkat.. muehehehe..

btw, dah ready ke korang nak masuk ke malam 7 likur?


nota kaki : dah lama tak main bunga api..

Friday 4 September 2009

~~~~


hmmm...
bos takde.. keje pun dah banyak buat tadi (
masa boss ade je buat keje..baik punye PA)
so, ini lah masanya aku berpoya-poya..huahuahua...

beruntunglah sangat aku nak berpoya-poya..
berpoya-poya pun tak reti.. hahaha..
so, duduk laa aku dalam bilik ni sorang²..
sambil baca blog orang..
(
eh.. cam pantun plaks.. hehe)

jap lagi mau balik..
yahoo!!

Thursday 27 August 2009

kesian..


perbualan ini mengambil tempat di dapur rumah sewaktu berbuka puasa semalam.. kebetulan mak aku kerja shift petang & aku berbuka berdua dengan ayah saja..

aku : wah.. meriahnye.. banyak betul lauk..
ayah : hmm.. lauk ni ayah beli kat bazaar tadi (sambil tunjuk lauk asam pedas ikan parang, sayur kangkung goreng & cendol merah)
aku : laa.. kan mak dah masak sup daging seblum pi keje tadi..
ade sayur taugeh, sambal gesek ngan telur asin lagi.. banyak ni.. mane bleh abis..
a
yah : ayah kesian kat pakcik tu.. pakcik tu kawan ayah.. tak
sedap laa kalau tak beli.. lagipun die yang tegur ayah dulu..
tu yang beli tu..
aku : kesian?? gulp..

ok tak ayah aku beli lauk sebab kesian kat peniaga tu?
huhuhu..

nota kaki : membazir amalan syaitoooonnnn.. hehehe..

Friday 21 August 2009

Selamat datang Ramadhan..



terasa sekejap je setahun..
kini Ramadhan datang lagi..
baru lagi rasanya raya tahun lalu.. masa makin pantas berlalu..

semalam pengumuman telahpun dibuat di TV..
mengumumkan 1 Ramadhan jatuh pada 22 Ogos 2009 bersamaan dengan hari Sabtu..
deretan khemah untuk bazaar Ramadhan pun dah kelihatan di sana sini..
meriah pulak rasanya..

so, kepada semua kawan²..
selamat berpuasa ya..
semoga Ramadhan kali ini akan membawa seribu kerahmatan untuk kita semua..
jangan ponteng² puasa tau.. huhuhu..

nota kaki : jangan lupa solat Tarawih.. huhu..

Thursday 20 August 2009

hadapi dengan senyuman..

oh, ya..
entri ni aku tujukan khas buat sahabatku yang baru saja kehilangan suami tersayang..
sabarlah, ini dugaan yang sedikit pahit buatmu di dunia ini..
semua yang berlaku sudah pun ditakdirkan..
sejujurnya, aku masih terbayang saat persandingan dirimu dengan arwah..
baru saja rasanya..namun Tuhan lebih menyayangi dirinya..
biarpun tak lama untuk kau bersama dengan arwah, setiap kenangan yang tercipta sebelum ini pasti tersimpan kukuh dalam ingatan..

aku pasti, setiap insan di dunia ini pasti ada dugaan mereka sendiri..
sesungguhnya setiap manusia yang diuji itu sangat disayangi oleh Allah..
sabarlah sahabatku..
sama² lah kita doakan moga rohnya dicucuri rahmat..
yang penting dirimu harus kuat..
life must go on!!

al-fatihah..

makan free.. ^_^


hehehe..
arinih makan free lagi.. kat opis pagi nih ada bacaan Yassin sempena bulan Ramadhan yg akan tiba 2 hari lagi, insyaAllah.. lepas bacaan selesai, tibalah acara yang dinanti-nantikan - MAKAN!! huhuhu..

semua pun berasak² beratur menanti giliran.. hidangan pagi nih nasi lemak ayam goreng, murtabak special, kuih - muih, dragon fruit & air teh serta nescafe panas..
sambal nasi lemaknye hmmm...nyum².. hehehe..
tapi tu laa.. pinggannya kecil amat.. budget barangkali.. huhuhu..
makan pun kat bilik Kak Ana ramai² sambil duduk bersila & bergosip (
sket je.. sbb pasnih takleh gosip lagi.. pose maa..huhu..) syok wooo.. ^_^

lepas makan kene cepat² balik bilik.. kerja sedia menanti..
tetiba..

eh..nasi lemak?? erkkk...
program diet?? 14 days without rice??

maafkan aku ye badan..
aku tak dapat menahan diri tengok nasi lemak tu..
huhuhu..

nota kaki : korang rasa berjaya tak aku mengembalikan berat badanku yang dulu?


Monday 17 August 2009

semoga....


sedih sungguh aku..
tapi aku tau, ini ujian buatku.. aku kene tabah, aku kene kuat..

ya Allah, permudahkanlah perancangan kami..
restuilah kami ya Allah..
sesungguhnya kami memohon bantuanmu ya Allah..
berikanlah kami kekuatan untuk kami menghadapi ujian ini ya Allah..
sesungguhnya kami hanya mampu merancang..
Kau yang menentukan segalanya ya Allah..
perkenankanlah hajat kami ya Allah..
perkenankanlah hajat kami ya Allah..
perkenankanlah hajat kami ya Allah..
amin...

kawan².. doakan kami ya..

Friday 14 August 2009

beautiful liar!!



hmm..
korang pernah kene tipu?
harini, aku dah ditipu oleh seseorang yang aku sangat² percaya padanya..
hidup² aku ditipu..
sedih juga..
benar kata orang.. doa orang teraniaya ni dimakbulkan Tuhan..
tup² kebenaran datang & terbukti dia menipu..
KANTOIII...
tergagap² dia menjawab..
rasakan!!

nota kaki : jangan biasakan diri menipu.. lebih² lagi di hari jumaat.. huhu..

Wednesday 12 August 2009

Ketakutan itu...


masih terbayang² lagi kat kepala aku nih ketakutanku semalam.. siyesli aku memang tak boleh terima ketakutanku yang satu nih.. nampak je "mende alah" tu, secara automatic suara aku jadik tinggi a.k.a menjerit da.. huhuhu.. bukan dibuat² hoccay..!!

semalam time aku tengah syok² mandi, tetibe aku ternampak bebayang "mende" tu kat cermin.. ape lagi dengan basah kuyup & badan bersabun, aku terus keluar bilik air.. huh! nasib laa aku sempat capai tuala.. huhuhu.. nasib baik jugak time tu aku tinggal sorang kat rumah.. kalau tidak.. phewww ~~~ (korang sendiri imagine laa eh...)

at last, bila ayah ngan mak aku dah ade kat rumah, aku paksa ayah aku serang "mende" tu.. memang laa tak baik, tapi aku terpaksa.. selalunya kalau "mende" tu ada kat bilik air nombor 1, aku pi mandi kat bilik air nombor 2.. habis kalau dua² bilik air ada "mende" tu, mana lagi aku nak mandi? kat sinki?? aku dah cukup berat hoccay!! tak muat!!

erkk.. korang nak tau ape "mende" tu?
dia ialah
LABAH-LABAH..
labah-labah besar hoccay.. yang kaler hitam tu.. ayah aku kate labah-labah rumah..
whatever it is, aku tetap tak suka.. memang meremang bulu roma aku satu badan tengok dia..
so, hencik labah-labah, silalah kemaskan barang² anda & keluar dari rumah saya..
saya tak sudi melihat anda..
sekian, terima kasih..

nota kaki : operasi membersih rumah this weekend.. T_T

Monday 10 August 2009

Oh! Salahkah aku?


huhuhu.. masuk hari ni dah seminggu aku tak menjamah nasi.. semuanya gara² badan aku dah berisi.. huhuhu..berisi sebab makan tau, bukan sebab lain muehehehe.. takat ni alhamdulillah, aku masih boleh bertahan cumanya kalau tengok orang makan nasi tu, terliur la jugak.. masa ni laa aku rasa macam ada semangat jahat merasuk fikiran aku supaya beli nasi..haishhh...

kalau korang nak tahu, aku tak pernah seberat sekarang ni.. aku baru je timbang (sebelum start tak jamah nasi) berat aku 54kg!! aduhhh...
sebelum nih paling² pun 50kg je.. baju² aku tak payah cakap laa hampir semuanya (
semuanya actually, hahaha..) dah sendat.. rase tak besh je pakai & langsung tak selesa..
hmm.. ini laa yang mendorong aku untuk berdiet (
bluwekkk!!) nak kata aku terlalu bahagia, biasa² je.. (maybe laa kot.. huahuahua..) ni semua salah nasi! (salahkan nasi plak..awak tu yang tak pandai control selera.. piiirahhh..huhuhu..)
tapi aku sedar, aku banyak makan nasi.. mak masak lauk sayur goreng je (without lauk tambahan e.g ayam & sebagainya) aku still boleh bertambah nasi sampai 2 kali!! kronik bukan??

hmm.. walaupun aku skip nasi, aku tetap rasa bersalah kat diri aku.. nape eh? aku pun ada gak timbang² kan diri kat rumah.. saja laa nak tengok banyak ke turunnya.. hehehe.. guess what, jarum timbang tu just tunjukkan 53kg je!! hampes tul.. rosak ke bathroom scale nih?? dan² ni laa nak rosak.. penat wei aku diet.. ke diet aku yang salah? hmm.. oh! baru aku teringat, weekend haritu aku ada makan kuey tiow goreng, maggie goreng, laksa & bihun goreng.. sedap tul.. nyumnyum..

erkkk.. salah ke wei??
gulp!!

nota kaki : tetibe terbayang Big Apple Donut.. aiseh!!

Sunday 9 August 2009

Taraaa.... ~~


Hmmm...dah lame sebenarnya nak menulis di blog sendiri.. Tapi disebabkan masa yang tak mengizinkan (
malas actually ^_^ ) maka hasrat tu terendam macam tu je.. hehehe..

And finally, setelah sekian lama merendamkan hasrat tersebut, maka hari ini, Ahad 9 Ogos 2009 termakbul lah sudah hajat untuk ber"blog" nih.. hehehe..

So, kawan² semua, marilah sama² memberikan saya sokongan (
bluwekkk..) untuk saya merajin² kan diri menulis di sini.. hehehe..
^_^