Monday 23 November 2009

new wedges...weeeeee...... ;)

jumaat lepas aku masuk opis lewat sikit.. maklum laa boss takde.. memang berpesta laa aku jawabnya.. hehe.. jalan² di The Mines, Serdang sambil makan².. pukul 2 lebih, bergerak balik ke Putrajaya..

sesampai di Putrajaya, tetiba rasa nak ke Alamanda pulak.. kate Yeh nak ke pejabat pos untuk settlekan bil api.. sementara menunggu giliran, aku pun jalan² laa di Alamanda tu.. ada 1 booth yang sangat menarik perhatian aku.. sebab ramai sangat orang di booth tu.. mulanya aku memang dah nampak, booth tu menjual kasut.. so aku just cakap dalam hati..

"gaji belum masuk lagi.. so jangan mengada nak shopping.."

aku berjalan melintasi booth tu.. oh, aku terhenti seketika.. wedges maa!.. hehe..

terus mendekati booth tersebut dan menyarung salah satu dari wedges yang terpamer.. wahh.. sangat sesuai.. (cantik laa kunun..) no wonder laa ramai yang mengerumuni booth tu.. cuba punya cuba baru teringat duit dalam beg tak cukup.. uhhh...

letak semula wedges di rak pameran.. mujur ATM berdepan booth tersebut.. apa lagi, terus withdraw duit.. tak ingat dah gaji belum masuk.. hahaha...

selesai withdraw duit, terus ke booth tu semula.. tunjuk pada salesgirl tu..

"miss.. I nak saiz 6.."
"no problem..." tersenyum² amoi tu..

amoi tersebut menyerahkan wedges bersaiz 6 kepadaku untuk dicuba.. wahhh.. kembang² jugak laa hidung bila tengok kaki sendiri.. hehehe..


ni laa yang menjadi pojaan hatiku.. ;)


cap ni.. glamer ke? aku pun taktau..


keluarkan duit dan terus suruh amoi tu bungkus.. kemudian jalan.. :)

dalam kereta, dah siap² tukar.. sandle lama letak dalam kotak.. wedges baru sarung terus ke kaki.. hehe.. tak sabar nak pakai maa..

akhirnya dalam pukul 3.50 petang baru sampai opis.. sambil memakai wedges baru.. berjalan dengan penuh keyakinan (walaupun masuk opis lambat) cehhh... part yang ni jangan tiru saya ya kawan².. saya hanya berani buat begini hanya pada ketika boss saya tiada di opis.. muehehehe..


momotku sayang.. (gambar yang tiada kaitan dengan entry) hehe..


No comments: