Wednesday, 18 November 2009

ladies night.... hehehe..

hari sabtu yang lalu, kami (aku, siti, mek (linda) & zila) keluar makan² malam tu.. saja laa kan keluar sebab lama sangat dah tak jumpa.. masing² sibuk dengan kerja.. siti dah tentu lah dengan familynya.. dengan si kimi yang dah makin petah bercakap tu.. tinggallah aku, mek & zila saja yang belum ada family sendiri.. zila pulak duduk di Bangi nun.. agak susah jugak nak plan..

mulanya macam tak jadi sebab mak ajak aku ke Nilai untuk survey barang petang tu.. disebabkan petang tu hujan turun lebat, so kami cancel nak ke Nilai.. aku cepat² confirm dengan Siti malam tu boleh keluar.. syukurlah malam tu tak hujan..

kebetulan malam tu di Seremban ada sambutan keraian bagi kemenangan pasukan N.Sembilan menentang pasukan Kelantan dalam Piala Malaysia beberapa hari lalu.. pasukan N.Sembilan akhirnya berjaya memenangi Piala tersebut setelah menunggu selama 61 tahun.. sangat lama, kan? jalan memang agak sesak menuju ke bandar Seremban.. kami bergerak dalam pukul 8.30 malam dengan menaiki kereta comel mek.. hehehe.. nampak je comel tapi laju weh... hehehe.. tambah pulak keretanya menggunakan enjin turbo.. bunyinya memang tak ingat.. huhu..

kami sampai di Restoran Siang Malam 2 lebih kurang pukul 9.15 malam.. orang tak ramai sangat mungkin sebab hujan renyai² dan mungkin juga ramai yang menyaksikan sambutan kemenangan pasukan N.Sembilan di Padang MPS.. dengarnya ada bunga api lagi.. dari dalam kereta siti dah cakap nak makan tauhu bakar.. sedap katanya.. so aku pun terpengaruh laa.. dalam hati siap nak tapau untuk mak lagi balik nanti..

bila dah dapat tempat duduk yang sesuai, aku dan siti terus ke gerai tauhu bakar tu.. dalam menu ada sotong kangkong.. macam best je.. tapi mengingatkan siti kata tauhu bakarnya best, so aku just pesan tauhu bakar saja.. 1 untuk makan, 1 lagi tapau untuk mak.. mek pulak pesan sotong kangkong dan kerang rebus.. 2 mangkuk lagi tu.. (bakul kecil je.. hehe) kerangnya besar² cicah dengan kicap lada.. zila pulak order roti milo.. not bad laa rasanya..

sementara menunggu hidangan siap, kami start laa berborak.. memang tak ingat.. masing² ketawa sampai nak pecah perut.. apa lagi cerita pasal zaman sekolah dulu².. semuanya innocent je.. dulu si polan tu macam ni macam ni.. sekarang dah macam tu macam tu.. senang kata lebih kurang mengumpat laa.. hehe.. orang tu dah kahwin.. orang ni dah kahwin.. macam² laa.. borak² sampai tak sedar dah pukul berapa.. di meja lain, orang dah silih berganti.. kami pula dari start hujan renyai² sampai hujan berhenti masih di situ.. cadangnya nak tengok wayang.. cerita 2012 tu.. tapi tiket pun tak beli lagi.. harus laa sold out kan.. lagi pulak malam minggu.. so melepak sajalah di situ..



tengoklah meja kami.. penuh kan? plastik merah tu, siti punya tauhu bakar tapau.. kerang pulak 2 mangkuk diorang licinkan.. aku je tak makan kerang.. hehe..


ni pulak rupanya roti milo zila.. tak habis.. sebab nak rasa kerang rebus dengan tauhu bakar.. dan juga ais krim sebagai dessert.. hehe..


wajah riang 2 orang yang telah kenyang.. mek & zila..


setelah handphone masing² berbunyi, barulah teringat nak balik.. barulah masing² nak tengok jam.. huhu.. dalam pukul 12 tengah malam, kami bergerak pulang.. seronok rasanya berjumpa sekali sekala.. teringat balik zaman sekolah² dulu.. tapi sekarang masing² dah ada komitmen.. agak susah nak jumpa.. plan pun belum tentu jadi.. whatever it is, korang tetap my BFF.. semoga persahabatan kita takkan terputus walau apa pun yang terjadi.. sayang korang..


2 comments:

suezensuzanna said...

hehehe...kerang bakar..my favvy tuh... restoran siang mlm kat ne?mcm best je tuh...

kucincomey said...

kat seremban 2 laa sue.. name je siang malam, tapi malam je bukak.. siang x.. huhu..