Monday 30 August 2010

tips penataan bilik tidur..

hehehe.. disebabkan set bilik tidur sudah booked, maka secara tiba² nak cari tentang deco bilik tidur pulak.. ok lah.. mau kongsi dengan anda semua cerita penataan bilik tidur pengantin.. info nih diambil dari Blog MajlisImpian.com Untuk lebih informasi silalah ke blog Majlis Impian ni ye.. :)
  • Pilih katil yang simple (tiada tiang² & penghadang di bahagian kaki) - saya pun tak minat tiang² nih..
  • Pilih cadar & duvet berwarna putih atau krim (sebaik² nya 100% cotton). Utamakan keselesaan semasa membuat pilihan kerana anda tidak mahu malam pertama yang menyeksakan!.. (jeng jeng jeng..)
  • Anda perlukan 4 biji bantal. (2 bantal warna yang sama dengan cadar, manakala 2 lagi bantal dengan sarun gberwarna kontras) *Peringatan : selepas kahwin, anda tidak perlu lagi bantal guling.. (wakakaka)
  • Cat dinding mengikut warna kesukaan anda, tetapi pastikan ia sesuai dengan warna duvet yang anda beli & mempunyai unsur lembut (tidak terlalu terang atau gelap) - bilik saya warna krim.. :)
  • Gantungkan 1 frame gambar di dinding atas kepala katil. Untuk design ini, kita tidak letakkan gambar potret, tetapi gambar yang mempunyai unsur ketenangan & romantis (contoh seperti bunga atau corak abstrak berbentuk love dan lain²) - yang ni akan diusahakan..
  • Letakkan 2 meja kecil di kedua² belah sisi katil. Hiaskan meja tersebut dengan bunga segar yang diletakkan dalam pasu kaca. (anda juga boleh letakkan bunga palsu yang seakan² bunga segar & diletakkan dalam pasu kaca yang lutsinar supaya ia nampak lebih real). Selain bunga, anda juga boleh letakkan potpouri, lilin wangi atau teddy bear.
  • Pencahayaan juga penting. Gunakan lampu meja atau lampu katil yang bercahaya kuning & boleh dimalapkan untuk memberi efek ekslusif & romantis.
  • Sebagai tambahan, pstikan bilik anda sentiasa wangi. Gunakan aromaterapi untuk menghasilkan mood yang tenang & romantis.. - semestinya.. ahaksss..

2 comments:

ZARA said...

nak Egyptian cotton...tapi mahai!

Murni Nasir said...

hehehe.. biaselahh.. yang cantik & berkualiti mesti mahal.. :)