Wednesday, 24 February 2010

Hantaran kami...

gambar sebahagian hantaran kami.. dimulai dengan hantaran dari aku untuk Yeh.. tema adalah pink dan putih.. sebenarnya pink bukanlah favourite color aku.. cuma time beli barang untuk buat hantaran, aku tengok pink tu agak cantik pulak.. tambahan dalam magazine pun kata pink sesuai untuk majlis pertunangan sebab bersifat soft & sweet.. so hantam sajalah... huhuhu..


sireh junjung last minute.. memula kawan uwan yang nak buatkan.. tapi disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan, maka uwan dan maktih jadi bidan terjun buatkan sireh junjung nih.. huhuhu.. pagi² tu jugak aku dan uwan keluar untuk beli fresh flowers..


puding yang disponsor oleh kawan mak aku.. comey gak.. thanks makcik ramlah.. insyaallah I sponsor cupcake for your daughter's wed eh..


berkilat² buah² ni disapu minyak jagung.. buah² pulak disponsor oleh maktih dan Pak Mahat & isteri.. sampai tak muat bakul nak letak buah² ni semua.. macam² jenis.. geram tengok.. kalau ditimbang, mahu sampai 5kg.. huhuhu..


kek Chocolate Indulgence dari Secret Recipe.. aku pun tak reti nak pilih mana satu.. bukannya reti pun kek apa yang sedap, apa yang tak sedap.. hahaha..


coklat berterabur dalam kotak tu.. kunun² nak buat macam harta karun laa.. Ferrero Roche adalah tidak nampak sebab tersorok di dalam.. yang nampak hanyalah coklat syiling dan coklat kaler² tu.. ni pun last minute punya kerja..


cupcake yang ditempah dari Homemade Sweet Treats.. sangat comel cupcake ni sangat puas hati.. nanti I tempah lagi untuk my wed ye kak Zaiton.. thanks..


haaaa.. bahulu ni pun bidan terjun.. pukul 12.30 tengahari baru pack.. idea dari maktih dan kak long..


bunga rampai yang sangaaaaatttt harum.. sebab guna minyak Patchouli.. sampai 3 minggu pun still bau lagi dalam bilik.. hiasan kelopak mawar merah dan putih idea dari uwan sendiri.. bekas bunga rampai kena mintak balik.. sayang wooo.. huhuhu.. buruk siku kan??


last but not least adalah kemeja.. sempoi je hiasannya..



yang ini pula hantaran dari pihak Yeh untuk aku.. temanya gold dan creme.. semuanya 7 berbalas 9.. semua gambar diambil dari atas so tak berapa nak nampak hiasannya..


buah² dari pihak lelaki pun banyak juga.. semua digubah oleh kak Ida & husband.. tak sangka kak ida pun kreatif orangnya.. agak cantik especially bakul warna coklat gelap tu sangat matching dengan manik berangkai warna gold.. gambar diambil dari atas so tak berapa nampak hiasannya..


ini pula kain untuk akad nikah nanti.. diletak dalam transparent box untuk mengelakkan manik² nya gugur.. huhuhu..



coklat yang disusun bertingkat.. coklat yang berbalut kertas coklat gelap itu adalah sangat laku berbanding ferrero roche.. sangat sedap!! ferrero roche?? tak berapa nak laku.. hehehe..


telekung dan sejadah.. juga diletak dalam transparent box.. mahal betul nak buat sulam nih.. sepatutnya diberi sebagai hantaran kahwin nanti.. dah orang nak bagi, kan.. ambil jelah.. lalalala...


kek chocolate fudge untuk aku.. yummyyy..


sireh junjung..


cincin pertunangan..



2 comments:

::fadxieza:: said...

kawen cepat2 ye..semoge bahagia..

kucincomey said...

insyaallah.. terima kasih fadxieza.. ;)