Friday 15 January 2010

rasa macam nak lempang je..

semalam aku kena tinggal dek bas!! memang malang.. elok saja aku keluar dari pintu utama office, aku dengar bunyi bas yang macam biasa aku dengar dan tinggg.... serentak itu juga aku nampak bas menderu pergi! hampess...!!

aku tak mampu berbuat apa² selain melihat saja bas itu pergi.. selalu kalau aku lambat turun, kakak yang selalu naik dan turun bas sama² tu ada.. tapi semalam maybe dia bercuti memandangkan due date untuk bersalin tak lama saja lagi.. aku terus call yeh tapi hampa juga sebab yeh tak jawab call.. lagipun tengahari tu katanya die ke Kuala Selangor menguruskan beberapa hal.. mahu tak mahu aku terus menyeberang jalan untuk naik bas henti² ke KTM Serdang..

alhamdulillah aku tak perlu tunggu lama sebab bas sampai awal dan aku juga dapat tempat duduk.. itu yang penting.. hehehe.. walaupun sedikit tidak selesa sebab ramai sangat warga asing dalam bas tu..

dalam pukul 6, aku sampai di Stesen KTM Serdang.. lepas beli tiket aku duduk di 1 bangku kosong.. dalam masa 5 minit aku duduk di situ, komuter ke Bangi sampai.. ramai jugalah memandangkan waktu tu peak hours.. ada sepasang couple (aku rasa couple sebab tak nampak macam adik & abang pun) umur lebih kurang 20 ke 21 tahun.. berhenti dan duduk sebelah aku.. mulanya aku lihat ok saja.. so aku buat tak tahu sajalah..

yang si lelaki mundar mandir sekitar situ.. yang si perempuan nampak macam membelakangi aku (duduk menyerong seolah² tak mahu aku nampak mukanya) dan sedang SMSing.. aku tak fikir apa² waktu tu selain memikirkan nasib malang aku yang kena tinggal bas.. huhuhu.. tiba² si lelaki tadi meluru ke arah perempuan tersebut dan merampas handphone budak itu.. serentak itu, aku dengar si lelaki itu marah² sambil check hanphone si budak perempuan tu.. antara perbualan mereka yang aku dengar (dorang ni duduk sebelah aku of course lah aku dengar, kan...huhuhu..)

lelaki : message siapa nih? hah?? jawablah? nape diam? (sambil tepis muka perempuan tu berkali²)

budak perempuan tu aku budget menangis tapi suara tak kedengaran.. dia diam saja.. mungkin malu sebab aku dengar kot.. si lelaki tu terus marah² tapi kali ni tak jelas sangat.. yang pastinya sambil marah² di tempelak muka budak perempuan itu dan ada sekali si lelaki tu memijak kaki budak perempuan itu! anehnya budak perempuan tu diam saja tanpa menepis sikit pun! what the heck??

aku mula tak sedap hati.. nak marah pun ada.. kalau nak bergaduh pun beragak lah.. depan orang ramai.. yang paling tak best budak perempuan tu menjadi mangsa tampar budak lelaki tu.. kalaulah budak perempuan tu adik aku, dah lama si lelaki tu "merasa" wedges aku nih.. nampak extremely sangat kurang ajar.. menampar orang sesuka hati.. aku tak rasa lelaki itu abang kepada si perempuan tu.. malang betul budak itu.. boyfriend yang cepat naik tangan ni tinggalkan saja.. rupa pun tak adalah sangat.. (cewahhh..) banyak lagi lelaki lain menanti..

tak lama lepas tu, train pun sampai.. budak perempuan tu terus berjalan laju ke gerabak lain.. mungkin malu denganku..

seriuosly peristiwa tu still terngiang² lagi di kepala ni.. rasa macam nak tumbuk si lelaki tu pun ada juga.. semoga dijauhkan peristiwa ini daripada terjadi ke atasku dan seluruh keluargaku..


nota kaki : berhati² memilih teman..

No comments: