Thursday 18 April 2013

suka pulak tengok....

selamat tengahari Malaysia!

suka pulak aku tengok video clip Be Mine - Tasha Manshahar & Syed Shamim ni.. paling suka part yang dorang menari ramai² sambil buat bentuk love dengan jari.. comel je..


lawa baju dik.. akak berkenan tauu.. 



budak sekolah pun ado..

selama ni aku tak pernah tahu pun sama penyanyinya.. cuma suara penyanyi tu macam suara penyanyi lama² kat telinga aku ni.. dan aku cuba imagine penyanyinya mesti macam ni, macam tu.. HAHA.. biasalah.. imaginasi tinggi kan.. hikss..

start perasan video clip ni weekend lepas dekat Nasi Lemak Kopi O dekat TV9 tu.. baru tahu yang segala imaginasi aku tu meleset sama sekali.. ooo.. penyanyinya bertudung.. ooo.. budak² lagi rupanya.. HEHE.. aku tengok separuh je masa tu & terus terlupa lepas tu..

sampai la semalam, bila semua kerja dah siap.. tengah menung² tu tetiba teringat pulak.. terus google.. baru dapat gambaran sebenar penyanyinya macam mana.. sebelum ni dengar kat radio saja.. nama penyanyi tak tahu.. tajuk lagu tak tahu.. tak pernah ambil pusing pun..

penyanyinya bernama Tasha Manshahar & Syed Shamim.. bakal guru u'ollss.. bagus.. bagus.. tajuk lagu BE MINE.. lagu ni mix melayu & english.. haa.. bukan orang je ada mix.. lagu pun ada tau.. HEHE.. setakat ni ok la.. boleh masuk lagu tu dekat kepala ni dengan susunan muziknya.. nice..

bila aku google, ramai rupanya blogger² remaja khususnya buat entri pasal mereka ni.. especially tang penyanyi lelaki Syed Shamim tu.. HEHE.. comel katanya.. rupanya mereka ni banyak buat cover version lagu² & upload kat You Tube.. memang popular la.. aku ni kureng sikit You Tube ni.. tak berapa minat tengok video.. tak tahu kenapa.. that's why aku tak ada akaun Keek yang meletop² sekarang ni tu.. so aku tak pernah tahu kewujudan mereka ni.. kuno kan aku? HAHA..

semoga adik² ini berjaya dalam bidang baru ini & teruskan mencipta lagu² best & berkualiti.. ecehh.. macamkan aku ni artis menasihatkan penyanyi² baru.. verangan sangatttt..

ok.. off dulu.. ada kerja sikit.. layan lah video clip dorang kat You Tube.. katanya baru 4 hari dah 40,000 viewers.. kellass kan?

bye..

*gambar kredit to Official Clora Studio Blog

No comments: