Tuesday 21 December 2010

majlis bersanding ~ 4 Disember 2010 ~

agak lama juga saya ambil masa nak update tentang hari persandingan saya, 4 Disember 2010 lalu.. bukan apa, saja ambil feel dulu.. huhu.. rasa macam dah basi pulak.. tapi tak apa, syok sendiri pun ok jugak, kan? hehehe..

tanggal 4 Disember 2010 bersamaan dengan hari Sabtu, merupakan hari bersejarah buat saya.. ramai betul saudara mara yang memeriahkan hari saya.. malam sebelumnya tu, masing² tidur berbantal lengan saja.. maklum la bantal tak cukup.. kawan² yang tidur di rumah saya dah pesan awal² supaya bawak bantal & selimut.. ruang tamu saja berselerak semua tidur.. yang anak bujang, kebanyakan tidur di depan pelamin.. menjaga keselamatan.. huhuhu..

pagi 4 Disember tu hujan turun renyai².. aduhhhh.. saya & mak dah mula risau.. orang kata hujan renyai² lambat berhenti.. macam mana nak buat majlis kalau hari hujan? macam mana nak masak lauk? macam mana pihak lelaki nak bawak hantaran masuk? macam mana nak bersanding? macam mana tetamu nak makan? persoalan² ni berlonggok dalam kepala.. langit mendung saja.. tak ada tanda² hujan nak berhenti & matahari pun tak nampak.. makcik sebelah² rumah ada yang bertanya "kau tak baling baju atas rumah ke semalam?.." aduhhh.. saya berserah saja.. sambil dalam hati terus berdoa agar hujan segera berhenti.. tak apalah kalau hari mendung asalkan tak hujan..

lepas mandi, saya terus bersarapan.. makan pun tak berapa nak lalu bila tengok hujan renyai².. sekadar alas perut saja.. sesudah bersarapan, saya tolong makcik² di dapur lap pinggan mangkuk untuk makan beradab.. at last kena halau.. huhuhu.. pengantin mana boleh tolong kerja di dapur.. tak berseri nanti.. masa nih saya pun taktau nak buat apa.. nak bersiap, hari masih awal lagi.. juruandam pun tak datang lagi.. kejap² saya ke depan tolong cucukkan bunga manggar la, susun telur dalam bakul la.. sambil² tu saya jenguk ke luar, alhamdulillah, hujan dah reda walaupun matahari tak kelihatan..

juruandam datang dalam pukul 10 pagi tak silap.. waktu ni matahari dah nampak sikit².. lega hati saya.. wajah saya terus diconteng.. juruandam membawa 2 orang staffnya bersama.. bilik saya jadi penuh.. dengan 2 orang photographer, 3 orang juruandam bersama assistantnya dan juga saya.. bilik pun bukan besar mana.. aircond pun tak terasa.. redha sajalah..

dalam pukul 12.30 tengahari, wajah saya siap disolek..

 abaikan bilik yang bersepah itu..

saya agak malu² nak keluar.. segan rasanya menjadi perhatian orang.. saya kan pemalu.. ahaksss.. alhamdulillah, kawan² yang hadir memberi semangat buat saya.. ditambah lagi cuaca pun makin ok.. syukur sangat.. waktu ini, pengantin lelaki sedang disiapkan oleh assistant kepada juruandam di rumah makcik saya tak jauh dari rumah saya..

tak sangka pulak Menteri Besar N.Sembilan datang.. =)

keluar saja dari bilik, mak ajak bergambar bersama Menteri Besar N.Sembilan.. sangat tak sangka beliau nak datang.. bawakkan jambangan bunga lagi.. hehe.. terima kasih Tok Mat.. bergambar sakan laa kami.. terlupa sekejap yang diri menjadi pengantin.. hahaha.. Tok Mat pun pening.. "Ntah mano satu kamera eh haa.." loghat Tok Mat.. semua orang ketawa.. 

eh.. lupa pulak.. untuk hari persandingan ni, kami mengenakan persalinan warna grey & pink.. mulanya aku hanya cakap "ehhh.. sweetnya baju kaler ni.." waktu tu saya dan hubby (masa tu masih bergelar tunang) di butik pengantin.. terus juruandam tu kata "pakailah warna ni.. tak semestinya kena ikut warna tema.. biar family pakai warna tema, pengantin pakai warna lain pulak laa.. baru ada beza.." aku masih ingat lagi kata² juruandam butik tu.. terus aku angkat.. hehehe.. 

lepas saja azan zuhur, kompang mula kedengaran..kami bergerak untuk menyambut pengantin lelaki.. mujur hujan dah berhenti.. =)

nebes okkkkk...

masa ni bunyi apa pun tak dengar.. group kompang mainkan lagu apa pun tak pasti.. nervous nya Tuhan saja yang tau.. maklumlah pengantin.. beribu pasang mata memerhati.. kalau ada cacat sikit aksi pengantin mesti orang berkata².. flash kamera terlihat di sana sini.. tak tahu yang mana satu nak beri perhatian.. sesampai di pelamin barulah lega sikit.. teringat kata² makcik sebelah rumah "kak, kau atas pelamin nanti jangan berborak² pulak.. mata jangan melilau sana sini.. tak elok.. biadap namanya.. pengantin kena senyum dan pandang depan je.." uhuhhh.. banyak betul pantang larang.. terus saja tunduk memandang kanak² yang duduk depan pelamin.. punyalah takut nak pandang orang.. hinggakan BFFku bagi isyarat suruh naikkan sikit muka dan senyum.. huhuhu..

mak menepung tawar.. happynya..

sewaktu sesi menepung tawar, semua ketawa.. sebabnya air mawar yang diisi dalam perenjis tak keluar walau setitik pun.. so atas pelamin just buat gaya merenjis sajalah walaupun pada hakikatnya air mawar langsung tak terenjis.. sebenarnya, bila dah beberapa hari majlis selesai, barulah semua perasan yang air mawar langsung tak diisi dalam perenjis!! memang patutlah tak keluar pun masa merenjis.. hahaha.. buktinya, tak ada bau air mawar pun.. sabar sajalah.. 

bergambar bersama sepupu² & maksu Ani yang vogue.. huhu..

selepas acara merenjis selesai, tiba pula waktu makan beradab.. serius saya tak lalu nak makan.. walaupun lauk pengantin yang terhidang semuanya sedap².. mata saya melilau memerhatikan kawan² yang hadir.. bimbang kalau² mereka pulang tanpa goodies.. sekejap² saya lari mengambil goodies untuk kawan² yang saya nampak.. my former boss pun datang bersama suaminya.. tak sangka sebab sebelum cuti, kata boss mungkin tak dapat datang sebab mak mertuanya datang bertandang.. hadiah pun diberi awal.. hehehe.. terima kasih puan.. =)

acara potong kek bermula selepas makan beradab.. terima kasih kepada Cik Siti yang menaja kek untuk majlis kami.. kek fondant adalah dari Sugarflours setinggi 5 tingkat berwarna putih & berbunga peach - pink.. sweet sangat.. sedap jugak.. saya hanya mengimpikan kek setinggi 2 tingkat saja.. nak banyak² tingkat memang tak mampu la.. huhuhu.. terkejut juga bila pertama kali melihat kek setinggi 5 tingkat itu.. surprise sangat.. terima kasih sekali lagi kepada Cik Siti.. :)

percaya tak waktu potong kek ni kakiku digigit semut api? jeles betul semut nih.. huhuhu..


suka.. suka.. :)

dalam pukul 4 petang, majlis selesai.. tetamu masih lagi ramai ketika ini.. cadangnya lepas habis majlis, kami nak buat sesi outdoor di Putrajaya.. sajalah buat kenang kenangan.. tapi ramai kawan² dari Putrajaya mengatakan jalan jam teruk tambahan lagi hujan renyai² di sana.. so kami ambil keputusan buat outdoor sikit² saja di Ulu Bendul.. huhu.. best jugak.. sesi di Putrajaya ditangguhkan minggu hadapannya.. kami sampai di Ulu Bendul dah lewat petang.. hujan pun baru lepas reda.. tapi ok lah.. orang tak berapa ramai memudahkan lagi kerja kami.. baju pengantin tak payah cakaplah.. lencun juga.. nasib juruandam taktau.. kalau tak, naya.. huhu.. bergambar sakan di dalam air.. walaupun tak banyak, tapi ok loooo..

 bersama photographer Chanteeq Pictures..


plastik je memek muka time nih.. :P


lencun dah time nih..

alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada sedikit kekurangan.. sangat gembira dengan hari bersejarah saya ini.. semua saudara mara pun kelihatan happy walaupun penat.. terima kasih yang tidak terhingga kepada semua saudara mara yang dekat & jauh kerana sudi memeriahkan hari persandingan kami.. terima kasih banyak juga kepada Cik Shazwani yang banyak membantu dari A hingga Z untuk majlis ini.. jasamu tak terbalas..

 bersama sepupu hubby..

minggu ni majlis bertandang pula.. 
=)

5 comments:

sk said...

murni.. sy penah terpk nak buat outdoor kat ulu bendul. sbb sekarang kan dh tak jauh sgt kan sejak ada jln baru tu. tp takut nak propose kt tunang n OP. takut diaorg reject. haha

okay ke tak eh kat sana? ramai org kan klu wiken2 nih. huhu

.:Yana:. said...

sangat cantik gambar outdoor murni...
ngt mase kawen dulu, outdoor wat kat stesen ketapi gemas..hehehe..

Anonymous said...

TAHNIAH atas pernikahan kamu.semoga berbahagia sehingga akhir hayat:)

Murni Nasir said...

sk : rekemen je.. mane tau idea tu bagus.. yup tmpat tu dah cantik skang nih & dekat sejak ade jalan baru tu.. try la.. semuanya bergantung kpd OP.. klu OP kreatif, gambar akan jadi lebih cantek.. =)

wiken ramai gak.. try pegi petang2 sket.. time sy pegi tu baru pas ujan.. so tak ramai la.. tak segan sgt.. hehehe..


yana : hehehe.. idea tu dtg dari OP.. kite pun tak terpikir nak wat outdoor kat situ.. huhu..


weida : tungguuuuu.. hehehe..


linda : TQ dear.. =)

dd dudu said...

cantekknyeee silver pink, siriyessss hihihihi