Tuesday, 19 February 2013

warded..


nampaknya sekarang update blog dah jadi sebulan sekali.. betapa teruknya kan? aduhhhh.. macam tu laa kalau penyakit M menguasai diri..

ehh.. assalamualaikum.. selamat pagi.. kesian dengan blog yang dah terabai selama beberapa minggu ni.. banyak sebenarnya yang nak diceritakan tapi banyak lagi rasa malas yang datang dalam diri ni.. iskkkk..

ok.. beberapa minggu lepas, hanna warded.. elok je balik dari Cameron Highland, hanna dapat demam panas.. sebenarnya dari sana lagi hanna dah demam.. badannya panas.. batuk makin teruk sampai muntah².. hanna tak ke taska sebab uwannya kata biar hanna sihat dulu baru masuk balik.. so, hanna tinggal dengan uwan & atuk seminggu lepas tu..

kata uwan, hanna demam makin teruk sampai lembik badan.. taknak makan hanya nak susu je.. bila dipanggil pun tak ada tindakbalas.. ke klinik dah berkali².. ambil darah, resultnya platlet rendah.. finally, uwan bawak hanna ke hospital pukul 3 pagi due to keadaan hanna yang lembik teramat..

berkampung la aku di hospital selama 4 hari.. memang penat sebab tak lena tidur.. hanna sangat² kesian dengan tiub oksigen, drip air & nebulizer.. ya Allah, kali ni memang keadaan hanna teruk sangat.. masuk air sebab hanna taknak makan.. kurus kering jadinya.. oksigen dimasukkan sebab paru-paru hanna terhalang dengan kahak.. doktor tak sedut kahak sebab katanya boleh luka tekak..


 
puas dah aku godek, tapi gambar ni tetap nak senget jugak.. teleng² kan kepala anda ye.. hehe..













last day baru doktor bagi ubat Ventolin.. rasanya ramai ibu² yang tau yg Ventolin ni memang untuk anak² asthma.. doktor bagi dengan chamber sekali.. chamber ni bertujuan untuk memudahkan gas Ventolin tu disedut masuk ke dalam salur pernafasan baby/kanak-kanak.. dekat luar harganya mahal jugak..


inilah rupanya chamber tu.. tak seronok ye guna alat ni kawan²..


bila doktor bagi chamber & ventolin tu, aku dah start cuak.. lepas ni memang kena guna bende ni ke? adoiii.. aku tanya doktor pakar tu, perlu ke aku beli chamber tu lepas ni? mujur la doktor tu kata "no need puan.. anak puan bukan pesakit asthma.. kita bagi just untuk clear kan paru² baby saja.. supaya dia lebih senang bernafas tanpa bantuan oksigen.. lepas keluar wad, tak perlu guna chamber ini lagi.."

phewwww... lega sesangat.. risau tau kalau anak² ada asthma ni.. alhamdulillah, dalam keluarga aku tak ada sejarah asthma lagi kecuali mak mertua aku yang agak teruk asthma nya time muda² dulu..

sepanjang 4 hari di wad, hanna diberikan ubat antibiotik cecair yang disalurkan terus ke dalam salur darah.. mula² di tangan.. tapi sebab anakku ni tak reti duduk diam walaupun sakit, so jarum tu tertanggal dari salur darah.. mulanya tak perasan sebab jarum tu dibalut kemas dengan tuala tebal.. aku tergerak hati nak tengok balutan tu.. bila diselak, hambikkkkk... darah banyak gile dekat tuala tu.. memang cuak la kan.. cecepat panggil nurse.. nurse datang check katanya dah tertanggal terus.. hanna tak nangis langsung.. aku pulak yang nak menangis.. haha.. over kooooo..

then, keadaan hanna masih belum pulih sepenuhnya.. makan masih kurang tapi susu banyak.. cuma susu tu diminum separuh².. so doktor kata memang kena cucuk balik jarum tu.. aku pun gigih la bawak hanna ke bilik prosedur tapi tak boleh masuk.. ibu kene tunggu di luar.. dah siap baru boleh ambil anak.. memang meraung la kan kalau kena cucuk.. habis berkesan kat kedua² tangan & kaki untuk cucuk jarum.. kesian hanna.. at last, kali ni kat kaki pulak kena cucuk jarum tu.. so hanna tak boleh banyak bergerak.. dekat wad jugak hanna dapat sakit mata.. macam² dugaan..

maybe sebab dah 4 hari duduk & terbaring je, hanna jadi penat.. nak berdiri tak boleh, nak berdukung tak boleh.. last day kat wad, dalam pukul 4 pagi nurse datang ambil contoh kahak.. hanna punya meronta Ya Allah.. risau aku.. risau takut jarum tu tertanggal lagi.. dan memang betul jarum tu tertanggal terus.. nurse kata memang tak boleh diselamatkan lagi.. adoiiii.. so nurse terus stop masuk air & tanggalkan drip oksigen.. since hanna dah ada selera makan, so doktor kata tak payah masuk air lagi.. antibiotik pun bagi yang makan je.. alhamdulillah, hanna sangat senang makan ubat.. just cakap "vitagen hanna.. vitagen.." terus dia nak.. haha..

oh, ya.. selama 3 hari tu hanna tak berak.. last day tu pagi² lepas jarum tertanggal tu, terus hanna berak.. since hanna dah aktif sikit, aku terus bawak hanna mandi.. baru wangi & fresh tengok dia.. lepas mandi, makan roti sikit & sarungkan kasut terus bawak dia berjalan.. haha.. balas dendam.. doktor tengok pun senyum je.. ada chance la keluar wad kan.. hahahaha..

bila doktor round & check, sangat² puas hati dengan condition hanna.. kata doktor lagi kalau hanna demam lagi, cepat² bawak hanna datang semula.. setakat ni, alhamdulillah hanna sangat² sihat & aktif.. serasi kot duduk dengan atuk & uwan..


bila dah sihat..

semoga anakku dijauhi dari sebarang penyakit & keadaan yang berbahaya..
amin..

*gambar dari google..

Wednesday, 16 January 2013

New year.. ohhh...


happy new year..!!!
*PANGGG... tampar diri sendiri..

dah nak habis sebulan dah januari 2013 baru nak wish happy new year kan.. cehhh..
bukan apa.. bz kemain la sekarang ni.. kata misi tahun baru nak jadi pekerja berwawasan.. haha..

start 2 januari aritu, hanna dah mula masuk taska.. meraung² la dia.. hadoiii.. risau aku dibuatnya.. yelah, selama ni duduk dengan uwan (mak aku), everytime uwan depan mata.. ni kat taska hanya kawan² dengan cikgu je.. meraung sakan la dia.. tapi, bila aku call penyelia taska, katanya ok je.. main dengan kawan²..

masuk taska baru 4 hari.. lagi seminggu cuti.. hehe.. hari kedua di taska, hanna dah dapat selsema.. biasa la kan dah nama duduk di taska ramai², cepat la berjangkit penyakit.. selama ni duduk dengan uwan, jarang demam.. tonsil bengkak siap dapat sakit mata lagi.. penyudahnya, uwannya bawak balik seremban.. harini dah ok sikit baru hantar taska balik..

selera makan masa demam memang drop la sebab tonsil bengkak.. asyik nak susu je.. makan taknak.. turun sikit berat.. semalam dah ok sikit bagi bubur baru habis semangkuk.. baru datang selera makan tu.. lega aku.. doktor suruh bagi makanan yang kita makan hari².. nugget pun ok bagi tambah lemak untuk naikkan berat badan.. haiiii la hanna.. kalau la dapat mama bagi sikit lemak² degil ni kat hanna.. hehehe..


yuhuuuu..

Monday, 3 December 2012

to us..

HAPPY 2ND WEDDING ANNIVERSARY..!!

hehe..
alhamdulillah.. genap 2 tahun usia perkahwinan kami..
sepanjang 2 tahun ini, banyak susah payah yang kami lalui bersama.. semoga Allah swt memberkati serta merahmati rumahtangga kami..

syukur dengan kehadiran cahaya mata, Nurhanna Arissa melengkapkan kehidupan kami suami isteri walaupun masih ada "lubang2" di sana sini.. insyaallah, perlahan² akan kami perelokkan nanti.. sesungguhnya banyak perkara yang mematangkan kami berdua dalam melayari bahtera rumahtangga ini..

Ya Allah, sesungguhnya kupanjatkan syukur ke hadratMu..
kerana telah mengurniakan aku insan² ini ke dalam hidupku..
walaupun banyak cabaran² mendatangi kehidupan kami..
namun aku tetap mensyukuri nikmatMu ya Allah..
kerana mereka inilah yang menjadikan aku kuat dalam menempuh segalanya..

Alhamdulillah..
syukran Ya Allah..





tata..


Thursday, 22 November 2012

tonsilku.... oh.. oh..

hello *buat muncung itik

harini dah hari khamis.. bos tak ada seminggu outstation keluar negara.. so dapat rileks sikit.. hehe.. tapi yang tak bestnya aku dah 4 hari dah kena sakit tekak.. ingatkan sakit tekak nak demam or batuk.. tapi takde pun.. bila tengok kat cermin ambil buka mulut besar², dapat la tengok tonsil ni membengkak.. macam ada bintik putih kat tonsil tu.. doktor pun kata "bengkak sangat ni puan.." taktau laa kenapa.. memula pergi klinik private, tak jalan jugak ubatnya.. mahal lak tu.. sabar jelah..

so harini dah tak tahan sangat, hubby ajak pergi klinik kesihatan di Presint 3, Putrajaya.. tak tunggu lama pun sebab orang tak ramai.. doktor pun best.. kata doktor, tonsilku bengkak sangat².. hairannya, aku tak demam, batuk atau selsema.. cuma nak makan, minum & telan liur sangatlah menyeksakan.. macam telan blade ok.. tak pernah kena macam ni.. bukan sakit tekak macam biasa kena tu.. macam ada pasir kat tekak.. noooo.. ini memang sakit real punya.. huhu..

kata doktor tu lagi, dia suruh makan antibiotik sampai habis selama 5 hari dulu.. kalau tak ok jugak, dia suruh datang balik & refer ke ENT, Hospital Putrajaya.. and the best thing isssss.. possibilities untuk operation buang the tonsil sangat laaaaaa tinggi.. uhuhuhuhu.. aku tanya doktor, ada effect tak kalau kita buang tonsil tu? katanya takde.. adoiiii.. dilema hokeeee.. bab² operate ni sangat laaa buat aku kecut perut..

doktor hanya bagi ubat susut berat bengkak, antibiotik & pain killer atau bahasa mudahnya paracetamol atau nak lagi senang PANADOL.. kat plastik paracetamol tu tertulis ubat demam.. huhu.. mana la tau kot² demam.. tapi alhamdulillah, aku tak demam.. so sekarang ni kena makan antibiotik & ubat surut bengkak dulu.. tengok camner.. kalau tak elok jugakkkkkk.. huhuhuhu.. kena laa kannnn.. nauzubillah..

doakan saya yee.. *nangis

Monday, 5 November 2012

penapis oh penapis air..

helloo..

salam isnin kawan²..

lama betul tak update cerita baru.. diam tak diam sebulan dah.. hehe.. bukan apa, hujung² tahun ni kerja makin melambak.. kadang² tak sempat nak surf internet pun.. apa lagi nak update blog.. balik kerja pun selalu lambat.. dah sampai rumah, uruskan rumah pulak.. memasak, mengemas, membasuh.. hujung minggu dah berkejar ke Seremban tengok anak.. haiiii la badan.. cepat laa kurus hendaknya.. haha..

sekarang ni tengah mencari penapis air.. buat masa ni memang tak gunakan penapis air lagi.. dulu di rumah sewa, memang beli saja air di kiosk air kat kedai².. bila tengok air masak yang disalin ke dalam botol, Ya Allah... kuningnya..!! bayangkan macam mana kekotoran yang dah bertempek dalam badan ni.. iskkk.. tak boleh jadi.. memang kena beli 1..

so sekarang tengah cari penapis air yang murah + berkualiti + tahan lama.. buat masa ni dah survey beberapa penapis air.. ada yang dah siap air panas & sejuk (anda tahu brand apa, kan? hehe..) berkenan sangat.. tapi bila mintak pendapatan  kawan², ada yang kata mahal.. memang la bayar secara bulanan & murah, tapi macam beli motor pulak.. haha..

ada tak brand lain yang lebih baik & murah? boleh tolong saya survey?


Miss her so much..