Friday 5 October 2012

down..


semua orang pernah rasa down, kan? mustahil takda orang yang tak pernah rasa macam tu.. sama macam aku yang ada ketikanya rasa terlalu down.. bukan semua hari kita akan rasa happy.. biasalah, tak seronok kalau tak ada part sedih dalam hidup ni..

selalunya bila rasa sedih, memang tak lalu nak makan. even favourite food di depan mata pun still tak lalu.. dalam dada ni macam ada satu ruang kosong yang besar sangat bila rasa down.. bila tengok orang sekeliling sentiasa happy setiap masa, mula laa rasa diri ni kecil amat.. kecil & tak boleh nak bersaing dengan orang lain.. rasa diri sangat² tak bertuah hanya kerana tengok orang lain ceria padahal belum tentu orang tu betul² happy & takada problem.. huhu..

bila rasa down tu datang, selalu jugak cakap dengan diri sendiri bila la problem tu nak berakhir.. lambat lagi ke? lepas tu akan lepas satu nafas panjang.. orang kata keluhan.. bagi aku, bukan mengeluh tapi hanya menghela nafas.. bila dah lepaskan nafas berat tu, nafas baru masuk & macam bagi motivasi kat diri sendiri supaya bersabar.. tak boleh lari dari masalah, tapi mesti kena hadapi.. sebenarnya itulah yang menjadikan diri kita matang & dewasa..  kata orang, pengalaman hidup tu mendewasakan diri kita, kan?

ok laa.. memang rasa down pun sekarang ni.. nak balik laa..

apa laa yang akan datang esok hari..
hmm..









*source : google


No comments: