Monday 18 July 2011

cerita yang panjang..

huhu.. penat sungguh laa hari ni.. tadi baru je balik dari 2 tempat - KKIA Dengkil & Hospital Putrajaya.. sangat letih walaupun takde laa lama mana pun..

mula² ke Klinik Kesihatan Ibu & Anak Dengkil.. bukan untuk check up tapi jumpa doktor just untuk ambil surat doktor untuk booking Hospital Putrajaya sebagai tempat bersalin nanti.. hari Khamis lepas check up macam biasa & guess what? kadar gulaku tinggi lepas minum air gula.. hadehhh.. so minggu lepas buat BSP sebanyak 4 kali dalam 1 hari - pukul 8 pagi, 11 pagi, 2 petang & 8 malam.. pukul 8 pagi tu lepas cucuk jarum kat jari, nurse tu suruh aku pergi breakfast then puasa & jangan makan apa² lepas pukul 9 pagi.. aku pun dengan senang hati makan 2 keping roti wholemeal.. then makan nasi pulak + milo suam.. sudahnya, bila nurse cucuk lagi sekali & check, gula tinggi.. nurse tanye aku makan apa? aku jawablah roti, nasi dengan milo.. nurse tu gelak okkk.. aku pun pelik.. then dia terangkan, untuk hari ni cuba jangan makan benda yang manis².. minum air kosong je.. kalau makan nasi, make sure nasi je.. jangan tambah roti.. baru laa aku faham.. nasib laa nurse tu tak marah.. thats why aku suka check up kat Klinik Desa Pulau Meranti nih.. hehehe.. nursenya ok² & baik hati.. keputusan BSP aku untuk pukul 11 pagi, 2 petang & 8 malam adalah sangat memuaskan.. hehehe..

memandangkan kandunganku dah 7 bulan, so nurse tu tanyalah aku nak bersalin di mana.. so aku confident jelah jawab, paling dekat Hospital Putrajayalah.. kot tak pun Hospital Serdang.. so nurse tu tulis siap² dalam buku merah supaya pergi ke KKIA Dengkil untuk jumpa doktor & ambil surat booking Hospital Putrajaya.. supaya nanti tak adalah staff hospital nak tolak sesuka hati ke hospital itu & ini.. lagi pulak, dengan kadar gulaku yang tinggi ni memang kena refer ke Hospital Putrajaya lah.. sebelum tu aku dah tanya kat nurse Pulau Meranti, nanti kat Dengkil tu doktor ada nak check apa² ker? nurse tu jawab tak ada.. just mintak surat je untuk booking hospital tu.. so semalam aku balik rumah mak di Seremban, bantai makan durian macam orang gila.. dan pagi ni, bila dah jumpa doktor, doktor terus scan & suruh nurse ambil darah.. haduhhhh.. sebelum ke klinik pulak, aku dah minum susu tapi mujurlah susu tu aku buat tawar sikit.. so taktau laa keputusan darahku macam mana..

bila dah selesai, aku & hubby ke Hospital Putrajaya pulak.. macam biasa Hospital Putrajaya penuh.. kami saja masuk ke Dewan Bersalin.. masuk² je dah ada notis tertulis wad penuh & pesakit akan dihantar ke Hospital Kajang pulak.. esok time aku pulak taktau laa macam mana.. dah selesai daftar, terus ke Unit Obstetrik & Gynaecology.. tak buat apa pun cuma nurse tu bagi tarikh temujanji.. so lepas ni, aku kena buat BSP kat Hospital Putrajaya.. kat hospital, nurse tu kata tak cucuk kat jari, tapi kena ambil darah kat urat tangan.. ni semua buat aku takut.. orang kata sakit, kan? tawakal jelah.. =(

tarikh temujanji seterusnya adalah 25 Julai 2011 ..

3 comments:

~YUN~ said...

hi dear..1st time singgah,dont worry k,amik darah xsakit sgt,lg satu depends ngn nurse,kdng2 yg xreti buat smpai lebam tgn kite dikerjakan,huhuhu~insyaAllah,jgn risau sgt k..

anyway,yun follow and link ur blog k!nk cri geng mommy!take care dear.. =)

dd dudu said...

dd doakan semoga sumenye berjalan lancar ye :)

Murni Nasir said...

yun : thanks yun.. betul².. nurse yg expert klu cucuk tak sakit.. tp yg baru² tu adehhhh..

dd : thanks dd.. hope dd pun sentiasa sihat & ceria.. =)