Tuesday 4 January 2011

acara yang diselangi sakit kepala..

hye..
hari ni nak cerita pasal majlis bertandang & majlis buka hadiah pada 25 Disember lepas.. alhamdulillah, majlis bertandang di Shah Alam berjalan lancar & meriah.. cuaca juga agak baik & tetamu yang datang pun ramai.. majlis bertandang diadakan di Dewan MBSA Seksyen 13, Shah Alam.. dewannya sederhana besar & selesa untuk tetamu.. nak tunjuk gambar tapi buat masa ni, gambar majlis bertandang tak ada dalam simpananku.. nantilah, next entry nanti akan disiarkan.. =)

majlis buka hadiah pun diadakan pada hari yang sama tapi di waktu malamnya di rumah MIL.. rumah my MIL tak jauh dengan dewan yang digunakan untuk majlis bertandang.. so senang nak angkut barang.. ok, sebenarnya waktu majlis berlangsung di siang hari tu aku dah mula rasa sakit kepala.. mungkin sebab faktor cuaca yang agak terik sikit petang tu.. ditambah lagi dengan fake eyelashes yang aku guna tu + perut kosong sebab tak sempat nak makan sebelum bergerak dari Seremban ke dewan bersanding di Shah Alam.. time makan beradab, aku tak berapa nak lalu makan.. maklum laa pengantin.. hehehe.. makan hanya 2, 3 suap saja.. perut kembung dek air saja sebab cuaca panas sangat..

dalam pukul 5.30 petang, lepas dewan siap dikemas, kami bertolak balik ke rumah MIL.. mujur dekat sebab kepala aku makin sakit.. perutku memang lapar tapi dek sakit kepala yang teramat sangat, semua rasa nak makan hilang.. aku berehat dalam bilik, cuci mekap & langsung terlelap.. nasib di rumah MIL ramai saudara mara so mereka tak perasan sangat.. dekat nak maghrib, aku terjaga.. tapi sakit kepala still tak hilang.. badan pun dah lemah semacam.. gagahkan juga badan, mandi & turun ke bawah mencari panadol.. makan panadol & naik semula ke bilik untuk solat maghrib..

lepas isyak baru acara bermula.. time nih aku dah mula rasa nak muntah.. tapi aku bertahan.. minum air banyak sikit then turun ke bawah.. acara dimulakan dengan doa.. wajahku pun dah jadi masam semacam masa baca doa.. kepala terus berdenyut & rasa loya makin kuat.. habis saja doa, aku naik semula ke atas.. terus ke bilik air & muntah.. hahhh.. tak keluar apa pun cuma air saja.. ada rasa lega sikit.. turun semula ke bawah.. tak tahulah ada orang perasan ke tak.. lantak.. huhu..

acara buka hadiah bermula.. masa ni, sakit kepala masih kuat.. loya pun ada lagi tapi aku tahan juga.. senyum pun ala kadar saja..

posing adalah kemestian walaupun kepala macam nak pecah...

acara buka hadiah ni kalau dilihat lebih banyak hubby yang buka hadiah berbanding aku.. sebab aku tengah berperang dengan sakit kepala & rasa loya.. eh, bukan loya yang itu ya.. rasanya loya ni sebab gastrik & sakit kepala sebab cuaca panas sangat..

menahan, bertahan & tak tahan.. pfftttt...

sambil hadiah, sambil ber"skype" dengan kak ida (my SIL) yang duduk di London nun.. kak ida tak dapat balik ke Malaysia so kami berkongsi kegembiraan ini buka hadiah sama² sambil Skype dengannya.. dapat lihat dengan jelas kak ida mengalirkan air mata sebab tak dapat join majlis tu.. btw, thanks ya kak ida atas present yang sangat² sweet itu.. nanti kak ida balik kita buat kek sesama eh.. =)

kak ida & husband tengah tengok kami bukak hadiah.. 

alhamdulillah, banyak juga hadiah yang kami terima hari itu.. sesi buka hadiah bertambah lama ditambah dengan acara teka hadiah untuk kanak².. acara ini sebenarnya bunkan untuk menunjuk² hadiah siapa yang lebih grand atau tidak.. ianya lebih kepada perkenalan orang baru kepada semua saudara mara yang ada.. 

siap pasang projektor lagi untuk semua orang tengok kak ida..

aku taktau berapa kali aku turun naik tangga untuk ke bilik air memuntahkan isi perut.. serius aku tak tahan.. kali terakhir aku kena macam ni adalah zaman study dulu tahun 2001.. sakit hinggakan toleh kiri kanan pun berdenyut kuat.. rasa nak hentakkan kepala ke dinding.. cuba juga buat tapi sakit lain pulak datang.. benjol.. huhu..

acara terakhir adalah ucapan dari pakcik & FIL.. terharu sungguh aku atas penerimaan keluarga hubby terhadapku.. seronok sangat.. malam tu aku memang teringin sangat nak makan laksa my MIL.. favourite tu.. gulai kawah dengan rias pisang pun ada.. tapi sebab sakit kepala yang amat sangat, mematikan keinginan itu.. tapi esoknya bila dah ok sikit, aku bantai makan sepuas hati.. hahaha.. mujur laksa ada lebih.. =)

masa ni baru lepas muntah.. kali ke berapa, tak ingat.. huhu..

lepas FIL bagi ucapan, ramai saudara mara yang beransur pulang.. aku pun apa lagi, MIL buatkan aku milo panas.. aku minum & terus tukar baju & tidur.. serius tak larat.. hubby pun aku tak ingat dah.. rasanya hubby tidur lambat.. basuh periuk kot.. huhu.. itulah serba sedikit tentang acara buka hadiah di rumah MIL.. gambar ni pun diambil dari photographers group Baling.. thanks ya..

=)

4 comments:

Unknown said...

wwwah meriahnyaaaaaaa !!

Murni Nasir said...

huhu.. tu laa.. sangat tak sangka..

cytiey said...

weh..sdih tgk akk dia yg kt london tu x join same..dpt ak rsekn..

Murni Nasir said...

cytiey : wahhh.. bagus².. =)