Tuesday 16 March 2010

selamat pengantin baru Aisyah..

cuti sekolah datang lagi.. huhuhu.. so maknanya kenduri kahwin pun banyak laa kan.. baru² nih cousin aku Aisyah selamat melangsungkan perkahwinannya pada 12 & 13 Mac lalu.. majlis nikah pada 12 Mac bersamaan hari Jumaat tapi aku tak dapat datang sebab ada hal yang tak dapat dielakkan..

hari Sabtu, 13 Mac pula hari kenduri besar.. si Aisyah dan abang sulungnya, Abang Iwan bersanding sekali.. tapi gambar tada laa.. tak sempat langsung nak snap.. sayang betul..

hari Ahad pula majlis bertandang diadakan di IPD Chembong, Rembau, N.Sembilan.. nak ke Kelantan jauh sangat so just buat di IPD sajalah memandangkan suami si Aisyah berpangkat Inspektor.. lalu bawah pedang laa.. hehe..


sebelum bertolak.. innocent je cousin aku nih..


sempat... tengok laa aku.. gemuk, kan??

pengantin bertolak dari rumah dalam pukul 12.45 tengahari diiringi deretan konvoi motor² berkuasa tinggi dan kereta Polis.. gambar motor² besar nih pun aku tak sempat nak snap.. huhuhu..

nih masa baru sampai.. bersanding tengah panas.. mata pun jadi kecik.. kalau pengantin pun berpanas, jemputan² semua apa lagi, kan? time nih kami semua sedang melihat persembahan tomoi dari 2 orang kanak-kanak.. boleh tahan laa persembahannya cuma tak ada muzik saja..


kesian betul budak seluar merah tu.. dah laa kurus, dengan panasnya.. huhuhu..


waktu bersanding tu memang tangah panas.. baju habis basah dek peluh.. mekap masing² tak payah cakap laa.. cair semua.. hahaha.. kamera kat tangan pun jadi panas.. gambar budak bertomoi nih aku tak snap banyak sebab tak tahan panas sangat..


pengantin berarak masuk ke dewan utama..


bersiap sedia lalu di bawah pedang..

tema adalah biru dan putih.. mungkin sebab Polis kot.. tapi not bad laa.. cantik juga walaupun dress pengantin tu simple..


semasa naik ke pentas.. labuh betul kain pengantin.. lantai nak ke pelamin tu boleh tahan juga "bersihnya".. kalau biar diheret, memang cantik lah kain tu.. huhuhu..


keadaan dalam dewan adalah gelap.. makanya wajah pengantin pun tak jelas.. ditambah lagi dengan kamera aku yang murah ini.. bertambahlah tak nampak.. hahaha..


sesi memotong kek.. tapi kek tak sempat nak rasa..


bergambar kenangan sebelum balik..


gambar aku haruslah ada.. hehehe.. inilah hasilnya setelah berjemur tengok pengantin bersanding tengah panas.. HITAM..!! huhuhu..


selamat sudah cousinku mendirikan rumahtangga.. lega mungkin.. apa² pun selamat pengantin baru buat Aisyah dan suami.. semoga bahagia hingga ke akhir hayat.. ;)


No comments: