Wednesday 24 March 2010

blur..

dari semalam aku rasa macam nak demam.. hidung rasa semacam je.. hari nih dah start achuummm² dah.. mata pun macam nak berair je.. memang sah aku dah nak demam.. hari tu Yeh.. memula selsema je.. then bila demam dah datang, pi hospital check darah langsung denggi.. aduiiii.. takut juga.. alhamdulillah dah sihat pun dia..

setelah berbincang², akhirnya tarikh perkahwinanku akan diadakan pada hujung tahun ini iaitu 3 dan 4 Disember 2010.. mulanya nak dibuat pada tarikh lahirku 9 Oktober.. memandangkan tarikh itu bukan pada cuti sekolah, amatlah susah untuk saudara maraku bertandang.. bakal FIL ku (ecececeh.. ahakss.. ;) ) pun berniaga kantin sekolah, lagilah susah.. sebabnya upacara nikah nak dibuat pada hari Jumaat.. walaupun sekolah 1 sesi, agak payah juga sebab nak mengemas itu dan ini.. leceh.. sudahlah hari bertunang dulu pun my FFIL tak dapat datang kerana hari bertunang tu adalah hari sekolah ganti untuk CNY.. kesian pulak..

hari Krismas pula sepupu ayahku mengahwinkan anaknya.. sekali 2 orang jadi pengantin.. jimat belanja.. hehehe.. so 25 Disember sudah di "book".. family in law pula nak buat tarikh 25 Disember tu.. katanya sebab nak tunggu SIL ku balik dari London.. semata² nak tengok adiknya bersanding.. aku katakan tak dapatlah atau Yeh kena bersanding sorang² laa.. hahaha.. nauzubillahhhh.. haishhh.. so sebelah Yeh belum tahu lagi tarikhnya..

bila tengok kalendar, ada lagi 9 bulan nak sampai ke hari besar tu.. aduuhhh.. pejam celik je 9 bulan tu.. bukan lama lagi pun.. risau memikirkan tarikh tu.. apa pun aku tak buat lagi.. pada hal banyak benda nak kena buat.. kursus kahwin pun tak register lagi.. bila jenguk blog kawan² yang nak naik pelamin nih aku jadi gabra.. orang lain semua dah siap sedia.. aku??

sekarang mau kumpul duit.. tak boleh juga nak harapkan duit hantaran semata.. semua pun guna duit.. tak ada duit, mau tak jalan semua.. huhuhu.. langsir awal² lagi mak dah tempah.. oh ya, tema adalah warna burgundy dan putih.. manakala sebelah Yeh warna maroon.. dah dekat dah tu.. jangan sama, sudah.. hehehe..

cadar.. hmm.. kalau ikutkan aku dah booked.. jalan² di Jakel beberapa minggu lalu dah nampak 1 cadar menarik.. warna burgundy tapi agak light sedikit.. harga? kalau tak diskaun RM1200.. selepas diskaun RM950.. huihhh.. aku dah bayar deposit RM100 tapi sekarang berbelah bagi pulak hati nih.. rasa nak cancel tapi sayang pula RM100 tu.. mesti hangus punya.. kalau ambil, nak kena bayar lagi RM850.. untuk orang yang macam aku, RM850 tu besar juga.. tapi aku macam dah nekad (setakat ni laa..) aku nak cancel laa.. mahal sangat..

sekarang aku sangat² blur.. tak tahu nak mula di mana.. kawan² tolong saya..!!

No comments: