Monday, 10 June 2013

Fellicious Brain Charger Drinks

marii.. mariii..

Memperkenalkan Fellicious Brain Charger Drinks - Jus minda yang berkhasiat untuk tubuh untuk semua lapisan umur tidak kira lelaki atau wanita.. Diadun dari gabungan makanan sunnah nabi iaitu delima, kurma, kismis & madu..




Kandungannya adalah semulajadi, tidak menggunakan ekstrak buah tetapi datang dari buah-buahan segar yang dikupas sendiri di kilang yang bertaraf GMP..

Rahsia penciptaan buah delima di dalam Al-Quran terakam indah firman Allah swt yang bermaksud " di dalam kedua² nya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma & delima, (surah Ar-Rahman ayat 68), Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali dalam ayatnya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu & ia juga disebut buah-buahan syurga

Fellicious BCD ini membantu perkembangan minda anak² dalam proses perkembangan pembelajaran mereka.. Anak² yang bakal menduduki peperiksaan juga digalakkan mengambil Fellicious BCD ini bagi membantu meningkatkan tahap kecerdasan minda supaya lebih mudah mengingati.. Jangan risau.. Rasanya pun sangat² sedap..

Antara khasiat² Fellicious BCD :

  • anak² lebih fokus 
  • lebih mudah mengingati/menghafal
  • memberi tenaga
  • menambah selera makan
  • mengurangkan alahan ibu mengandung
  • mengurangkan Eczema
  • membantu mengurangkan sembelit
  • melembabkan kulit
  • mengurangkan simptom Alzheimer
  • kulit anak licin & cantik - khasiat delima & kurma
  • membantu pasangan yang mahu mendapatkan zuriat
  • memperbaiki period cycle (wanita)

kandungan :

350ML (tahan sebulan)

RM89.90 (WM), RM95 (EM)


saya sendiri sudah merasa keberkesanannya kepada anak saya.. hanna lebih petah bercakap & lebih fokus dalam satu² perkara.. selera makan pun bertambah.. hari² mintak nasi.. hehe.. alhamdulillah..

berminat?
PM or whatsapp saya 017-3452586 murni
rinn_col@yahoo.co.uk



Thursday, 30 May 2013

panggilan umrah..

selamat petang..

lama tak update blog.. tetiap kali update blog, inilah ayat pertama aku.. haha.. oh.. nak buat macamana, kekangan masa mendahului..

alhamdulillah, pada 26 Mei 2013 lalu, ayah & mak aku selamat sampai di Madinah untuk mengerjakan umrah.. mereka bersama dengan uwan & pakcikku berserta seorang lagi kawan pakcikku ke sana.. lama dah ayah & mak berhajat nak ke sana.. baru ni tercapai.. cadangnya nak buat haji terus pada tahun 2011.. tapi memandangkan aku di waktu itu dalam tempoh berpantang, maka hajat tu dipendam sahaja..

alhamdulillah, tahun 2013 ni tercapai hajat mereka nak ke Tanah Suci.. semoga mendapat umrah mabrur..

first time mak dengan ayah nak pergi jauh.. sedih jugak.. hanna especially.. bila atuknya turun je ke balai berlepas, menangis² nak ikut.. apa lagi, dengan aku sekali mengalir air mata.. huhu..




mak & ayah.. 



tak reti duduk diam budak nih.. haishhh..


riuh sekampung dengan gelagat dia.. bila atuk & uwan pergi,
menangis dia.. hehe..

kenangan 26 Mei 2013..


semoga diberi kesihatan yang baik serta selamat pergi & selamat kembali.. Insyaallah..

Dijangka pulang pada 6 Jun 2013.. Insyaallah..

*rindu mak & ayah..

Friday, 3 May 2013

mengundi di mana?

selamat pagi Malaysia!

mesti ramai hari ni cuti nak balik mengundi kan? ada yang apply cuti awal² lagi.. hmmmm..

saya mengundi dekat saja.. di Seremban sajok.. first time gitu.. nervous pun ada nih.. macam manalah perasaan jari kena calit, kan? adakah sama macam jari kena inai time kawin dulu? hahaha..

pangkah sehabis baik, ok..

SELAMAT MENGUNDI..


marilah mari... pergi mengundi.. LALALA..
*lagu lama jugak yang best.. hikhikhik..

Thursday, 18 April 2013

suka pulak tengok....

selamat tengahari Malaysia!

suka pulak aku tengok video clip Be Mine - Tasha Manshahar & Syed Shamim ni.. paling suka part yang dorang menari ramai² sambil buat bentuk love dengan jari.. comel je..


lawa baju dik.. akak berkenan tauu.. 



budak sekolah pun ado..

selama ni aku tak pernah tahu pun sama penyanyinya.. cuma suara penyanyi tu macam suara penyanyi lama² kat telinga aku ni.. dan aku cuba imagine penyanyinya mesti macam ni, macam tu.. HAHA.. biasalah.. imaginasi tinggi kan.. hikss..

start perasan video clip ni weekend lepas dekat Nasi Lemak Kopi O dekat TV9 tu.. baru tahu yang segala imaginasi aku tu meleset sama sekali.. ooo.. penyanyinya bertudung.. ooo.. budak² lagi rupanya.. HEHE.. aku tengok separuh je masa tu & terus terlupa lepas tu..

sampai la semalam, bila semua kerja dah siap.. tengah menung² tu tetiba teringat pulak.. terus google.. baru dapat gambaran sebenar penyanyinya macam mana.. sebelum ni dengar kat radio saja.. nama penyanyi tak tahu.. tajuk lagu tak tahu.. tak pernah ambil pusing pun..

penyanyinya bernama Tasha Manshahar & Syed Shamim.. bakal guru u'ollss.. bagus.. bagus.. tajuk lagu BE MINE.. lagu ni mix melayu & english.. haa.. bukan orang je ada mix.. lagu pun ada tau.. HEHE.. setakat ni ok la.. boleh masuk lagu tu dekat kepala ni dengan susunan muziknya.. nice..

bila aku google, ramai rupanya blogger² remaja khususnya buat entri pasal mereka ni.. especially tang penyanyi lelaki Syed Shamim tu.. HEHE.. comel katanya.. rupanya mereka ni banyak buat cover version lagu² & upload kat You Tube.. memang popular la.. aku ni kureng sikit You Tube ni.. tak berapa minat tengok video.. tak tahu kenapa.. that's why aku tak ada akaun Keek yang meletop² sekarang ni tu.. so aku tak pernah tahu kewujudan mereka ni.. kuno kan aku? HAHA..

semoga adik² ini berjaya dalam bidang baru ini & teruskan mencipta lagu² best & berkualiti.. ecehh.. macamkan aku ni artis menasihatkan penyanyi² baru.. verangan sangatttt..

ok.. off dulu.. ada kerja sikit.. layan lah video clip dorang kat You Tube.. katanya baru 4 hari dah 40,000 viewers.. kellass kan?

bye..

*gambar kredit to Official Clora Studio Blog

Wednesday, 17 April 2013

korang rasa tak?


sejukkkkkk..

hehhh.. dekat opis sekarang ni tak tahulah suhu berapa.. sejuk yakmat.. pakai blazer pun still sejuk lagi.. kulit jadi kering sekering² nya.. dah la aku ni pemalas amat nak pakai lotion bagai.. berkerut² kulit tangan jadinya..    ke toilet tak usah kiralah berapa kali.. sampai tertahan² kencing semata² malas nak ke toilet galak kali.. dasar pemalas!! kalau lah pundi kencing ni boleh berjalan sendiri ke toilet.. haha.. bersepah bebudak opis ni lari.. kehkeh..

bila balik rumah, lain pulak.. panas sesangat.. macam bahang.. lagi² kalau bukak tingkap dengan langsir luas² di siang hari.. memang malam tu berpeluh² la jawabnya.. selimut pun letak tepi je sekarang.. kadang² tak berusik pun.. panas punya pasal.. kipas atas bawah terpasang.. dah macam helikopter atas kepala.. hujung bulan menganga tengok bil.. hehe..

eh.. korang ada rasa macam ni tak?

ke aku sorang je yang rasa macam ni?