Tuesday, 15 June 2010

kisah kasut..

hye...

bila buka blog ni dan tengok pada sticker kat tepi tu, ada lagi 5 bulan untuk sampai ke tarikh yang aku nanti² kan.. hehehe.. insyaallah.. guess what? aku masih tak buat apa² persediaan lagi.. hahaha.. tapi aku sangat tak sabar untuk pergi membeli belah barang hantaran seperti perfume, kasut, beg dan macam² lagi.. nak tunggu Mega Sale nanti baru boleh beli.. sangat terkejut bile my tunang dah beli barang² untuk hantaran seperti bunga telur dan beg untuk isi goodies.. gila tak sabar..!! hahaha..

insyaallah, aku akan melangsungkan pernikahan di rumah saja.. biar ada kenangan sikit.. hehehe.. waktunya selepas Asar (Jumaat) seperti yang disarankan emak.. walaupun aku teringin nak nikah lepas Isyak supaya kawan² rapat dapat hadir sama.. kerana kawan² ku semuanya merantau ke K.Lumpur dan hanya akan balik ke Seremban pada malam harinya.. :(

tertanya², adakah perlu untuk aku memakai kasut pada majlis pernikahan petang tersebut? kerana majlis pernikahan hanya berlangsung di rumah saja.. means aku tak keluar ke mana² pun.. cuma mungkin pada sesi fotografi barulah memerlukan aku untuk memakai kasut..

teruja pulak bila tengok kasut² nih..

cantik, kan? sweet je..


yang ni pun cantik.. kalau pakai waktu bersanding pun cun juga.. ;)



yang ni dah biasa sangat.. tapi cantik..



yang ni memang my favourite.. sebab aku akan nampak lebih seksi bila tersarung di kakiku.. (statement perasan habis..)


kalau perlu, adakah aku patut sewa dari mak andam atau beli sendiri eh? aku tak berapa gemar memakai kasut bertutup penuh.. kaki rasa macam kecil sebelah saja.. huhuhu.. especially sebelah kanan.. bila berjalan, kaki sebelah kanan akan "terkeluar" dari kasut.. hahaha.. sebelah kiri tak pula begitu.. teringat pulak time kursus asas masa mula² masuk kerja dulu.. sanggup berhabis beli kasut bertutup penuh bermuncung tajam.. taknak kalah ok.. hehe.. bila cuba di rumah ok saja.. bila sampai di tempat kursus, tiba² jadi longgar dan terpaksa sumbat dengan beberapa helai tisu di "muncung"nya supaya fit di kaki.. hahaha..

so macam mana eh?

* kredit to google..

No comments: