Tuesday, 4 January 2011

acara yang diselangi sakit kepala..

hye..
hari ni nak cerita pasal majlis bertandang & majlis buka hadiah pada 25 Disember lepas.. alhamdulillah, majlis bertandang di Shah Alam berjalan lancar & meriah.. cuaca juga agak baik & tetamu yang datang pun ramai.. majlis bertandang diadakan di Dewan MBSA Seksyen 13, Shah Alam.. dewannya sederhana besar & selesa untuk tetamu.. nak tunjuk gambar tapi buat masa ni, gambar majlis bertandang tak ada dalam simpananku.. nantilah, next entry nanti akan disiarkan.. =)

majlis buka hadiah pun diadakan pada hari yang sama tapi di waktu malamnya di rumah MIL.. rumah my MIL tak jauh dengan dewan yang digunakan untuk majlis bertandang.. so senang nak angkut barang.. ok, sebenarnya waktu majlis berlangsung di siang hari tu aku dah mula rasa sakit kepala.. mungkin sebab faktor cuaca yang agak terik sikit petang tu.. ditambah lagi dengan fake eyelashes yang aku guna tu + perut kosong sebab tak sempat nak makan sebelum bergerak dari Seremban ke dewan bersanding di Shah Alam.. time makan beradab, aku tak berapa nak lalu makan.. maklum laa pengantin.. hehehe.. makan hanya 2, 3 suap saja.. perut kembung dek air saja sebab cuaca panas sangat..

dalam pukul 5.30 petang, lepas dewan siap dikemas, kami bertolak balik ke rumah MIL.. mujur dekat sebab kepala aku makin sakit.. perutku memang lapar tapi dek sakit kepala yang teramat sangat, semua rasa nak makan hilang.. aku berehat dalam bilik, cuci mekap & langsung terlelap.. nasib di rumah MIL ramai saudara mara so mereka tak perasan sangat.. dekat nak maghrib, aku terjaga.. tapi sakit kepala still tak hilang.. badan pun dah lemah semacam.. gagahkan juga badan, mandi & turun ke bawah mencari panadol.. makan panadol & naik semula ke bilik untuk solat maghrib..

lepas isyak baru acara bermula.. time nih aku dah mula rasa nak muntah.. tapi aku bertahan.. minum air banyak sikit then turun ke bawah.. acara dimulakan dengan doa.. wajahku pun dah jadi masam semacam masa baca doa.. kepala terus berdenyut & rasa loya makin kuat.. habis saja doa, aku naik semula ke atas.. terus ke bilik air & muntah.. hahhh.. tak keluar apa pun cuma air saja.. ada rasa lega sikit.. turun semula ke bawah.. tak tahulah ada orang perasan ke tak.. lantak.. huhu..

acara buka hadiah bermula.. masa ni, sakit kepala masih kuat.. loya pun ada lagi tapi aku tahan juga.. senyum pun ala kadar saja..

posing adalah kemestian walaupun kepala macam nak pecah...

acara buka hadiah ni kalau dilihat lebih banyak hubby yang buka hadiah berbanding aku.. sebab aku tengah berperang dengan sakit kepala & rasa loya.. eh, bukan loya yang itu ya.. rasanya loya ni sebab gastrik & sakit kepala sebab cuaca panas sangat..

menahan, bertahan & tak tahan.. pfftttt...

sambil hadiah, sambil ber"skype" dengan kak ida (my SIL) yang duduk di London nun.. kak ida tak dapat balik ke Malaysia so kami berkongsi kegembiraan ini buka hadiah sama² sambil Skype dengannya.. dapat lihat dengan jelas kak ida mengalirkan air mata sebab tak dapat join majlis tu.. btw, thanks ya kak ida atas present yang sangat² sweet itu.. nanti kak ida balik kita buat kek sesama eh.. =)

kak ida & husband tengah tengok kami bukak hadiah.. 

alhamdulillah, banyak juga hadiah yang kami terima hari itu.. sesi buka hadiah bertambah lama ditambah dengan acara teka hadiah untuk kanak².. acara ini sebenarnya bunkan untuk menunjuk² hadiah siapa yang lebih grand atau tidak.. ianya lebih kepada perkenalan orang baru kepada semua saudara mara yang ada.. 

siap pasang projektor lagi untuk semua orang tengok kak ida..

aku taktau berapa kali aku turun naik tangga untuk ke bilik air memuntahkan isi perut.. serius aku tak tahan.. kali terakhir aku kena macam ni adalah zaman study dulu tahun 2001.. sakit hinggakan toleh kiri kanan pun berdenyut kuat.. rasa nak hentakkan kepala ke dinding.. cuba juga buat tapi sakit lain pulak datang.. benjol.. huhu..

acara terakhir adalah ucapan dari pakcik & FIL.. terharu sungguh aku atas penerimaan keluarga hubby terhadapku.. seronok sangat.. malam tu aku memang teringin sangat nak makan laksa my MIL.. favourite tu.. gulai kawah dengan rias pisang pun ada.. tapi sebab sakit kepala yang amat sangat, mematikan keinginan itu.. tapi esoknya bila dah ok sikit, aku bantai makan sepuas hati.. hahaha.. mujur laksa ada lebih.. =)

masa ni baru lepas muntah.. kali ke berapa, tak ingat.. huhu..

lepas FIL bagi ucapan, ramai saudara mara yang beransur pulang.. aku pun apa lagi, MIL buatkan aku milo panas.. aku minum & terus tukar baju & tidur.. serius tak larat.. hubby pun aku tak ingat dah.. rasanya hubby tidur lambat.. basuh periuk kot.. huhu.. itulah serba sedikit tentang acara buka hadiah di rumah MIL.. gambar ni pun diambil dari photographers group Baling.. thanks ya..

=)

Monday, 3 January 2011

pagi yang ceria..

yuhuuu.. selamat pagi Malaysia.. hehe.. baru lepas makan coklat as breakfast.. betul kata orang, makan coklat mendatangkan mood yang baik & gembira.. huhuhu..

lama betul tak update blog.. busy sikit lately ni dengan mengangkut barang ke rumah sewa baru.. hehe.. weekend pulak berulang alik.. kejap di rumah in law di Shah Alam, kejap di Seremban rumah mak.. weekdays je di Puchong.. oh, ok.. alhamdulillah kami sekarang menetap (cewahh..) di Puchong.. memang jam tapi my dear hubby guna jalan short cut (ekceli jalan tu belum dibuka sepenuhnya..) so hanya ambil masa 10 minit je dari Puchong ke Putrajaya.. not bad..

rumah baru pun alhamdulillah.. tak lah besar sangat tapi bagi newly wed macam kami ok laa.. tuan rumah tinggalkan rumah dengan bersih cuma perlu mop sikit saja.. boleh kata kami bertuah sebab family kedua² belah sangat² banyak membantu dari segi fasiliti rumah.. hehe.. mak & ayah belikan dapur & rice cooker yang besar sikit.. hadiah kahwin dapat rice cooker kecil so mak belikan yang besar.. hehe.. kak ina (my SIL) hadiahkan fridge.. sangat² suka.. thanks kak ina.. =)  walaupun kecil hanya 1 pintu, tapi itu sudah memadai.. eh, lepas ni kena rajin masak la sebab dah ada dapur gas & peti ais.. huhu..

barang dalam rumah kena beli sikit².. pinggan mangkuk mak tak kasi beli sebab kat rumah berlambak pinggan mak.. so angkut saja.. hehe.. setakat ni dapur still belum berasap lagi.. tak sabar nak beli barang dapur.. can't wait.. =)

majlis bertandang di Shah Alam pun berjalan lancar.. gambar akan di upload kemudian ye.. majlis buka hadiah pun seronok tapi aku berperang dengan sakit kepala yang amat.. disertai dengan muntah.. opss.. jangan salah sangka.. mak kata mungkin gastrik sebab siang tu perut memang kosong.. makan panadol pun tak jalan.. azab betul.. sampai tak tahan, terus naik atas tukar baju & tidur.. mak mertua yang suruh ye.. hehehehe..

tahun baru pun ok.. tengok bunga api dengan BFF, siti & family di Putrajaya.. tapi dapat tengok dari jauh saja sebab kat PICC tak ada bunga api.. hampa.. lepas tengok bunga api, kami makan² di Kayu Nasi Kandar.. syokkk.. hehe.. tapi kesian Qimie meragam sebab tidurnya terganggu.. paling best sebab itulah pertama kalinya aku keluar lewat malam.. sebelum kahwin, tak pernah okkkk.. best sebab tak ada gangguan.. kalau dulu, keluar malam sekejap pun mak dah call suruh balik.. huhuhu..

kalau nak cerita tentang perubahan² yang berlaku selepas kahwin memang tak habis satu hari.. tak apa..  nanti cerita lagi.. nak sambung kerja.. belum terlambat rasanya nak ucapkan HAPPY NEW YEAR 2011 EVERYBODY..
daaaa...
=)

nota kaki :  hari ini genap sebulan kami bergelar husband & wife.. syukur padaMu Ya Allah.. =)


Tuesday, 21 December 2010

majlis bersanding ~ 4 Disember 2010 ~

agak lama juga saya ambil masa nak update tentang hari persandingan saya, 4 Disember 2010 lalu.. bukan apa, saja ambil feel dulu.. huhu.. rasa macam dah basi pulak.. tapi tak apa, syok sendiri pun ok jugak, kan? hehehe..

tanggal 4 Disember 2010 bersamaan dengan hari Sabtu, merupakan hari bersejarah buat saya.. ramai betul saudara mara yang memeriahkan hari saya.. malam sebelumnya tu, masing² tidur berbantal lengan saja.. maklum la bantal tak cukup.. kawan² yang tidur di rumah saya dah pesan awal² supaya bawak bantal & selimut.. ruang tamu saja berselerak semua tidur.. yang anak bujang, kebanyakan tidur di depan pelamin.. menjaga keselamatan.. huhuhu..

pagi 4 Disember tu hujan turun renyai².. aduhhhh.. saya & mak dah mula risau.. orang kata hujan renyai² lambat berhenti.. macam mana nak buat majlis kalau hari hujan? macam mana nak masak lauk? macam mana pihak lelaki nak bawak hantaran masuk? macam mana nak bersanding? macam mana tetamu nak makan? persoalan² ni berlonggok dalam kepala.. langit mendung saja.. tak ada tanda² hujan nak berhenti & matahari pun tak nampak.. makcik sebelah² rumah ada yang bertanya "kau tak baling baju atas rumah ke semalam?.." aduhhh.. saya berserah saja.. sambil dalam hati terus berdoa agar hujan segera berhenti.. tak apalah kalau hari mendung asalkan tak hujan..

lepas mandi, saya terus bersarapan.. makan pun tak berapa nak lalu bila tengok hujan renyai².. sekadar alas perut saja.. sesudah bersarapan, saya tolong makcik² di dapur lap pinggan mangkuk untuk makan beradab.. at last kena halau.. huhuhu.. pengantin mana boleh tolong kerja di dapur.. tak berseri nanti.. masa nih saya pun taktau nak buat apa.. nak bersiap, hari masih awal lagi.. juruandam pun tak datang lagi.. kejap² saya ke depan tolong cucukkan bunga manggar la, susun telur dalam bakul la.. sambil² tu saya jenguk ke luar, alhamdulillah, hujan dah reda walaupun matahari tak kelihatan..

juruandam datang dalam pukul 10 pagi tak silap.. waktu ni matahari dah nampak sikit².. lega hati saya.. wajah saya terus diconteng.. juruandam membawa 2 orang staffnya bersama.. bilik saya jadi penuh.. dengan 2 orang photographer, 3 orang juruandam bersama assistantnya dan juga saya.. bilik pun bukan besar mana.. aircond pun tak terasa.. redha sajalah..

dalam pukul 12.30 tengahari, wajah saya siap disolek..

 abaikan bilik yang bersepah itu..

saya agak malu² nak keluar.. segan rasanya menjadi perhatian orang.. saya kan pemalu.. ahaksss.. alhamdulillah, kawan² yang hadir memberi semangat buat saya.. ditambah lagi cuaca pun makin ok.. syukur sangat.. waktu ini, pengantin lelaki sedang disiapkan oleh assistant kepada juruandam di rumah makcik saya tak jauh dari rumah saya..

tak sangka pulak Menteri Besar N.Sembilan datang.. =)

keluar saja dari bilik, mak ajak bergambar bersama Menteri Besar N.Sembilan.. sangat tak sangka beliau nak datang.. bawakkan jambangan bunga lagi.. hehe.. terima kasih Tok Mat.. bergambar sakan laa kami.. terlupa sekejap yang diri menjadi pengantin.. hahaha.. Tok Mat pun pening.. "Ntah mano satu kamera eh haa.." loghat Tok Mat.. semua orang ketawa.. 

eh.. lupa pulak.. untuk hari persandingan ni, kami mengenakan persalinan warna grey & pink.. mulanya aku hanya cakap "ehhh.. sweetnya baju kaler ni.." waktu tu saya dan hubby (masa tu masih bergelar tunang) di butik pengantin.. terus juruandam tu kata "pakailah warna ni.. tak semestinya kena ikut warna tema.. biar family pakai warna tema, pengantin pakai warna lain pulak laa.. baru ada beza.." aku masih ingat lagi kata² juruandam butik tu.. terus aku angkat.. hehehe.. 

lepas saja azan zuhur, kompang mula kedengaran..kami bergerak untuk menyambut pengantin lelaki.. mujur hujan dah berhenti.. =)

nebes okkkkk...

masa ni bunyi apa pun tak dengar.. group kompang mainkan lagu apa pun tak pasti.. nervous nya Tuhan saja yang tau.. maklumlah pengantin.. beribu pasang mata memerhati.. kalau ada cacat sikit aksi pengantin mesti orang berkata².. flash kamera terlihat di sana sini.. tak tahu yang mana satu nak beri perhatian.. sesampai di pelamin barulah lega sikit.. teringat kata² makcik sebelah rumah "kak, kau atas pelamin nanti jangan berborak² pulak.. mata jangan melilau sana sini.. tak elok.. biadap namanya.. pengantin kena senyum dan pandang depan je.." uhuhhh.. banyak betul pantang larang.. terus saja tunduk memandang kanak² yang duduk depan pelamin.. punyalah takut nak pandang orang.. hinggakan BFFku bagi isyarat suruh naikkan sikit muka dan senyum.. huhuhu..

mak menepung tawar.. happynya..

sewaktu sesi menepung tawar, semua ketawa.. sebabnya air mawar yang diisi dalam perenjis tak keluar walau setitik pun.. so atas pelamin just buat gaya merenjis sajalah walaupun pada hakikatnya air mawar langsung tak terenjis.. sebenarnya, bila dah beberapa hari majlis selesai, barulah semua perasan yang air mawar langsung tak diisi dalam perenjis!! memang patutlah tak keluar pun masa merenjis.. hahaha.. buktinya, tak ada bau air mawar pun.. sabar sajalah.. 

bergambar bersama sepupu² & maksu Ani yang vogue.. huhu..

selepas acara merenjis selesai, tiba pula waktu makan beradab.. serius saya tak lalu nak makan.. walaupun lauk pengantin yang terhidang semuanya sedap².. mata saya melilau memerhatikan kawan² yang hadir.. bimbang kalau² mereka pulang tanpa goodies.. sekejap² saya lari mengambil goodies untuk kawan² yang saya nampak.. my former boss pun datang bersama suaminya.. tak sangka sebab sebelum cuti, kata boss mungkin tak dapat datang sebab mak mertuanya datang bertandang.. hadiah pun diberi awal.. hehehe.. terima kasih puan.. =)

acara potong kek bermula selepas makan beradab.. terima kasih kepada Cik Siti yang menaja kek untuk majlis kami.. kek fondant adalah dari Sugarflours setinggi 5 tingkat berwarna putih & berbunga peach - pink.. sweet sangat.. sedap jugak.. saya hanya mengimpikan kek setinggi 2 tingkat saja.. nak banyak² tingkat memang tak mampu la.. huhuhu.. terkejut juga bila pertama kali melihat kek setinggi 5 tingkat itu.. surprise sangat.. terima kasih sekali lagi kepada Cik Siti.. :)

percaya tak waktu potong kek ni kakiku digigit semut api? jeles betul semut nih.. huhuhu..


suka.. suka.. :)

dalam pukul 4 petang, majlis selesai.. tetamu masih lagi ramai ketika ini.. cadangnya lepas habis majlis, kami nak buat sesi outdoor di Putrajaya.. sajalah buat kenang kenangan.. tapi ramai kawan² dari Putrajaya mengatakan jalan jam teruk tambahan lagi hujan renyai² di sana.. so kami ambil keputusan buat outdoor sikit² saja di Ulu Bendul.. huhu.. best jugak.. sesi di Putrajaya ditangguhkan minggu hadapannya.. kami sampai di Ulu Bendul dah lewat petang.. hujan pun baru lepas reda.. tapi ok lah.. orang tak berapa ramai memudahkan lagi kerja kami.. baju pengantin tak payah cakaplah.. lencun juga.. nasib juruandam taktau.. kalau tak, naya.. huhu.. bergambar sakan di dalam air.. walaupun tak banyak, tapi ok loooo..

 bersama photographer Chanteeq Pictures..


plastik je memek muka time nih.. :P


lencun dah time nih..

alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada sedikit kekurangan.. sangat gembira dengan hari bersejarah saya ini.. semua saudara mara pun kelihatan happy walaupun penat.. terima kasih yang tidak terhingga kepada semua saudara mara yang dekat & jauh kerana sudi memeriahkan hari persandingan kami.. terima kasih banyak juga kepada Cik Shazwani yang banyak membantu dari A hingga Z untuk majlis ini.. jasamu tak terbalas..

 bersama sepupu hubby..

minggu ni majlis bertandang pula.. 
=)

Thursday, 16 December 2010

tolonggggg.. =(

sedang mencari rumah sewa.. susahnyeeeeeeeee.. huwaaaaa...
kuarters dah mintak tapi belum ada result lagi..

sekarang masih duduk dengan mak lagi di seremban.. tapi tau sajalah kan, seremban - putrajaya - seremban memang tak jauh tapi minyak + tol.. hohoho.. nipis rambut ni tauuuuu.. tu baru aku.. hubby pulak seremban - putrajaya - shah alam - putrajaya - seremban.. hahhhh.. pengsan weh..

sebelum kahwin ada juga survey di Puchong.. rumah flat harga dalam RM300++.. tapi opismate cakap jalan jem.. ok ke? murah sangat ke? bukan apa, takut juga kalau murah sangat orang kata kena check betul².. takut.. huhu.. seri kembangan pun sama.. jalan jem.. bangi pun ok juga cuma sampai sekarang tak jumpa lagi rumah untuk disewa..

sekarang ni duk sibuk nak buat surat rayuan minta dipercepatkan perolehan kuarters.. harap dapatlah hendaknya.. sebelum dapat kuarters kena cari juga rumah sewa.. nak berulang dari rumah mak mertua di shah alam, sama juga macam berulang dari seremban - putrajaya.. aduhhhh..

tolonggggggg...
sesiapa yang berdekatan putrajaya yang tahu ada rumah untuk disewa inform saya eh..
=(

Wednesday, 15 December 2010

malam berinai ~ 3 Disember 2010 ~

susah betul nak update pasal malam berinai nih.. gambar takde lah, internet buat hal lah, broadband lembab lah.. huhhhh.. dugaan betul.. tapi tak apa.. berbekalkan gambar yang sikit nih, saya try cerita sikit² eh..

malam berinai bermula lepas solat Isyak.. sebelum tu sesi bertukar persalinan iaitu baju india (tak ingat apa nama baju tu), cheong sam & gaun putih.. tapi persalinan ni semua memerlukan saya untuk tidak bertudung so saya skip lah part ni eh.. hehehe..

kami memakai baju songket berwarna hijau daun.. baju songket ni tak termasuk dalam pakej yang saya ambil dari butik pengantin.. sebab saya dah tukarkan baju malam berinai kepada baju bertandang.. bukan apa, malas nak fikir² mana nak cari baju untuk majlis bertandang nanti.. nak mintak mak mertua carikan, nanti tak berkenan pulak.. so baju untuk malam berinai ni kami ambil dari uwanku saja.. maklum la sebelum ni uwanku adalah mak andam cuma sekarang dah kurang sikit.. baju songket tu pun masih nampak baru sebab aku adalah orang kedua yang memakainya.. sebelum ni sepupuku yang merasmikan songket hijau tu tahun 2008..

habis bersiap, kami diarak keluar menaiki tandu.. tandu ni dibuat dari buluh.. agak berat juga.. nasib lah kami nih kecil saja.. hahaha.. keliling tandu diletakkan lilin merah & juga bunga telur terpakai.. orang dulu² kalau naik tandu ni selalunya bersanggul lintang di atas kepala.. tapi saya tak mahulah.. hehehe.. takut kepala teleng atas tandu tu nanti.. =P  berat juga sanggul tu.. mula² macam tak mahu naik tandu tu.. tapi sebab tu hajat mak, maka saya ikut saja.. takut juga tapi bila start diarak, best pulak.. hahaha.. tapi macam kesian pulak tengok orang² yang mengusung tandu tu.. yang mengusung pun bukan orang lain.. pakcik² ku dan juga sepupu² ku saja.. time ni lah nak kenakan saudara sendiri.. muehehehe...


best tau naik tandu nih.. rasa taknak turun.. hehehe..

kami diarak tak lah jauh sangat.. sebab kesiankan tukang usung tandu tu.. berat.. hehehe.. gayat juga mulanya lagi² hubby yang tak pernah tengok acara macam nih di tempatnya.. selepas kami "diturunkan" dari tandu, semasa berjalan menuju pelamin, bunga api pula dimainkan.. punya lah lama ayahku menyimpan bunga api tu.. sejak dari bulan puasa lagi.. takut juga kalau² masuk angin ke.. tiba masanya nanti tak keluar pula apinya.. tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. tapi sayang, tak ada pula gambar bunga api.. huhu..

selesai saja bunga api dimainkan, kami terus ke pelamin.. group dikir rebana pula sampai.. dah macam dondang sayang pun ada.. hehe.. serentak itu, tarian piring dimainkan.. tarian piring ni pun syok juga.. dimainkan dengan cincin yang disarungkan di hujung jari diketuk ke piring & menari lah dengan tangan mengikut irama dari dikir rebana tu.. hehehe..


tarian piring di hadapan pengantin..

majlis berinai selesai dalam pukul 11 tak silap.. habis acara malam berinai, masing² nak berkaraoke.. tak ketinggalan bapak mertuaku yang memang sporting habis turut sama menyanyi.. tapi lagu 60an laa.. 2 lagu lagi.. kelassss.. hehehe.. hubby pun menyanyi sama dengan baju pengantin.. boleh kata menyanyi sampai lebam laa.. mana taknya semua jiran² sekeliling rumah lewat tidur.. semuanya pakat duduk bawah khemah borak² sambil minum² & sambil berkaraoke.. padanlah esoknya hujan.. erkkk... haaa.. part hari bersanding saya sambung kemudian eh.. pagi hari bersanding hujan gerimis tau.. kesan karaoke malam sebelumnya la tu.. huhuhu..

tungguuuuuu..


lepas habis majlis.. suke.. =)