Thursday 24 March 2011

buku merah..

hye..

semalam dah pergi buat "buku merah".. haha.. seharian kat klinik tu.. ramai betul orang.. kami (aku & hubby) sampai di klinik dalam pukul 8.30 pagi.. orang dah ramai gile.. ingatkan Klinik Kesihatan Puchong ni tak ramai orang.. sungguh ke laut tekaanku.. huhu..

walaupun ramai orang, tapi nurse kat situ semuanya ok².. kalau nak dibandingkan dengan nurse² kat Klinik Kesihatan Putrajaya, memang macam langit dengan bumi bezanya.. bukan apa, nampak macam "act" sikit.. dorang fikir macam kita ni selalu datang klinik.. hai nurse oii, kalau tak sakit, takde maknanya aku nak datang klinik tu.. hehhhh..

ok.. cerita pasal baby, nurse kat situ kata, mereka akan ikut tarikh last period aku.. so, due date untuk aku melahirkan berbalik kepada asal iaitu 22 September 2011.. Insyaallah.. bukan lagi pada bulan Oktober.. bermakna hari ini genap 14 minggu usia kandunganku.. alhamdulillah.. kata nurse tu lagi, adalah normal kalau baby membesar tak ikut tarikh period kita.. tapi beza setakat 1 atau 2 minggu jelah.. kalau lebih dari tu, taktau laa.. hmm.. so far, semuanya ok, tapi bila nurse suruh baring untuk check perut & breast, aku agak segan sikit.. hehe.. perut ok la.. tapi tang breast tu, dia tekan untuk tengok ada ketulan yang abnormal atau tidak.. maluuuuu.. walaupun nurse perempuan.. hehehe.. takpe.. untuk keselamatan kita jugak, khennnnn.. =)

ok.. disuruh datang balik pada 20 April 2011..

Tuesday 15 March 2011

checkup lagi..

hye..

semalam checkup di klinik.. ramai pulak tiba².. selalu pergi tak ramai.. maybe sebab hari isnin kot.. ramai betul ibu² mengandung buat checkup.. bila tengok sorang² dengan perut besar, sekali nampak comel.. tak sabar pulak nak tengok baby bump nih.. hikssss.. ^_^

ok.. doktor scan lagi semalam.. nak tengok tumbesaran baby.. wahhh.. seronok tengok baby dah 3.27cm.. dah besar sikit dari sebelum nih.. dan yang paling buat kami excited, baby gerak² kan tangan kecilnya..!! cuuuuuute sangat².. papa dia laa yang paling suka.. syukur alhamdulillah.. dapat dengar degupan jantung baby lagi.. sebelum nih tak kuat sangat.. masa scan, alat tu tulis yang kandungan baru 10 minggu 1 hari.. tapi doktor calculate, katanya dah 11 minggu.. taktau yang mana satu betul.. doktor bagi due date pada 6 Oktober 2011.. insyaallah.. tapi dekat monitor tu tulis 9 Oktober 2011.. kalau betul, 9 Oktober, maka baby Insyaallah akan sambut birthday sama dengan mummy laa.. hehehe.. tak kisah lah.. yang penting baby membesar dengan baik, sihat & dapat lahir dengan selamat dah cukup baik, kan?..

so lepas ni, kena buat buku merah pulak kat klinik kerajaan.. tengok lah, maybe next week kot..

nota kaki : tak lalu makan laa pulak.. =(

Friday 4 March 2011

rezeki....

hello..

hati riang sebab perut kenyang.. hehe.. pagi nih breakfast nasi goreng then tengah² makan kat pantry, datang opismate bawak bekalan makanan sempena hari jadinya.. wahhh.. rezeki nih.. hehe.. bihun goreng dengan bubur durian.. barang free mestilah sedap, kan? ngeh ngeh ngeh..

aku yang mulanya tak ada selera ni pun paksa jugalah makan.. habisssss jugak.. hehe.. lepas breakfast sambung kunyah kismis pulak.. hmmm.. ok sikit kot.. kalau tak rasa loya jugak.. mungkin sebab kismis tu ada rasa masam² sikit..

btw, thanks kak ti atas makanan² tersebut.. plus happy birthday..!!