Wednesday, 21 April 2010

ditinggalkan..


ya ampunnnn.. lame betul aku tak update blog.. cerita ada.. tapi malas tu berganda².. hehehe.. hari ini aku kembali sebab rindu sangat pada blog.. hmm..

cerita tentang office.. aku bakal dapat bos baru.. bos aku sekarang (masih belum datang lagi bos baru nih) Puan S telah pun dinaikkan pangkat.. berkuatkuasa 19 April 2010.. alhamdulillah aku tumpang gembira mendengarnya.. rezeki kan.. telah pun rasmi mendapat jawatan kedua tertinggi di department kami, Puan S meminta membawa aku bersama namun apakan daya, tak dapek dik oiii.. hehehe..

sebenarnya aku dah lama tahu, aku tak mungkin dapat sama² mengikut bosku.. cuma aku tak sampai hati nak luahkan padanya memandangkan gred aku tak melayakkan aku mengikutnya.. aku hanyalah di gred 17 sedangkan bosku sepatutnya mendapat pembantu dengan gred 27.. kata bos besar, aku perlu kekal di sini supaya dapat memberi tunjuk ajar pada bosku yang baru.. wahhh.. aku memberi tunjuk ajar pada bos? (sungguh berkuasa rupanya aku.. bluwekkk...) kalau aku mengikut Puan S, nanti tak ada pula yang nak memberi tunjuk ajar pada bos baru.. hehehe.. semalam dia memberitahuku supaya cepat² sambung belajar lagi sementara umur masih muda.. betul juga.. tapi aku akan memikirkannya.. tunggulah.. hehehe..

berdebar² juga menunggu bos baru.. siapalah agaknya.. ada juga terdengar rumours di sana sini.. pegawai itulah, pegawai inilah yang naik pangkat dan jadi bosku.. entahlah.. terima sajalah.. mungkin bos lelaki.. aduiii.. takutnya.. tak apa.. tawakal saja..

kalau nak ikut sejarah, Puan S adalah bos pertamaku.. dari April 2008 aku mula menjadi PA nya.. mulanya ada yang mengatakan Puan S cerewetlah, itulah, inilah.. takut juga.. tapi lama kelamaan aku lihat ok saja.. aku hanya menguruskan fail² serta surat² dan juga menjaga meeting² nya.. yang lain semuanya diuruskan sendiri oleh bos.. aku balik lambat sikit, bos dah tanya "aikk.. tak balik lagi? kene tinggal bas nanti.." see.. bukan senang nak dapat bos begini, kan?

sehingga saat ini, bosku masih tak berkemas lagi.. tak mahu naik, kot?
hehehe..

nota kaki : Good luck Puan S..

2 comments:

suezensuzanna said...

hehehhee....dia syg kat k.murni tuh..tuh yg dia x kemas2 lagi:)

kucincomey said...

hahaha.. best².. hopefully.. XD