Thursday, 30 May 2013

panggilan umrah..

selamat petang..

lama tak update blog.. tetiap kali update blog, inilah ayat pertama aku.. haha.. oh.. nak buat macamana, kekangan masa mendahului..

alhamdulillah, pada 26 Mei 2013 lalu, ayah & mak aku selamat sampai di Madinah untuk mengerjakan umrah.. mereka bersama dengan uwan & pakcikku berserta seorang lagi kawan pakcikku ke sana.. lama dah ayah & mak berhajat nak ke sana.. baru ni tercapai.. cadangnya nak buat haji terus pada tahun 2011.. tapi memandangkan aku di waktu itu dalam tempoh berpantang, maka hajat tu dipendam sahaja..

alhamdulillah, tahun 2013 ni tercapai hajat mereka nak ke Tanah Suci.. semoga mendapat umrah mabrur..

first time mak dengan ayah nak pergi jauh.. sedih jugak.. hanna especially.. bila atuknya turun je ke balai berlepas, menangis² nak ikut.. apa lagi, dengan aku sekali mengalir air mata.. huhu..




mak & ayah.. 



tak reti duduk diam budak nih.. haishhh..


riuh sekampung dengan gelagat dia.. bila atuk & uwan pergi,
menangis dia.. hehe..

kenangan 26 Mei 2013..


semoga diberi kesihatan yang baik serta selamat pergi & selamat kembali.. Insyaallah..

Dijangka pulang pada 6 Jun 2013.. Insyaallah..

*rindu mak & ayah..

No comments: