Thursday, 24 March 2011

buku merah..

hye..

semalam dah pergi buat "buku merah".. haha.. seharian kat klinik tu.. ramai betul orang.. kami (aku & hubby) sampai di klinik dalam pukul 8.30 pagi.. orang dah ramai gile.. ingatkan Klinik Kesihatan Puchong ni tak ramai orang.. sungguh ke laut tekaanku.. huhu..

walaupun ramai orang, tapi nurse kat situ semuanya ok².. kalau nak dibandingkan dengan nurse² kat Klinik Kesihatan Putrajaya, memang macam langit dengan bumi bezanya.. bukan apa, nampak macam "act" sikit.. dorang fikir macam kita ni selalu datang klinik.. hai nurse oii, kalau tak sakit, takde maknanya aku nak datang klinik tu.. hehhhh..

ok.. cerita pasal baby, nurse kat situ kata, mereka akan ikut tarikh last period aku.. so, due date untuk aku melahirkan berbalik kepada asal iaitu 22 September 2011.. Insyaallah.. bukan lagi pada bulan Oktober.. bermakna hari ini genap 14 minggu usia kandunganku.. alhamdulillah.. kata nurse tu lagi, adalah normal kalau baby membesar tak ikut tarikh period kita.. tapi beza setakat 1 atau 2 minggu jelah.. kalau lebih dari tu, taktau laa.. hmm.. so far, semuanya ok, tapi bila nurse suruh baring untuk check perut & breast, aku agak segan sikit.. hehe.. perut ok la.. tapi tang breast tu, dia tekan untuk tengok ada ketulan yang abnormal atau tidak.. maluuuuu.. walaupun nurse perempuan.. hehehe.. takpe.. untuk keselamatan kita jugak, khennnnn.. =)

ok.. disuruh datang balik pada 20 April 2011..

5 comments:

Unknown said...

lawak la pulak

Murni Nasir said...

lawak? tang mane plak tu.. huhu..

zazahashim said...

first checkup mmg kene check sumer tue..nanti xde dah check breast..lek ar nk bersalin nanti lagi la kene bukak semua..hehe

Unknown said...

tomei nya blog ni..
take care urself smoga semuanya berjalan lancar dan selamat semuanya ye..

Adsfc said...

bestnyer pregnant..tahniah...kalau tak kita samer due bulan 9....salam perkenalan