Tuesday 21 September 2010

kad kahwin : booked..!! : )

selamat kembali..!!

bekerja seperti sediakala.. persediaan untuk wedding pun berjalan lancar.. terbaru, Selasa lepas dah pergi book kad kahwin.. mulanya ke Plaza Alam Sentral, Shah Alam.. sekadar mengikut tunangku yang katanya ada kawan di sana.. untuk book kad kahwin.. malangnya tutup pula maklum la minggu raya kan.. ada juga kedai kad kahwin yang lain tapi bila masuk tengok rekaannya biasa saja.. kualiti kertas pun tak menarik.. tunangku ok saja tapi aku tak mau.. nasib lah tunangku pandai menyusun ayat.. so kami "lepas" dari situ.. hehehe..

dalam kereta aku start memujuk.. meminta ke kajang.. dari shah alam ke kajang.. hahaha.. lantak la.. sebelum ni aku ada surf website kadkahwinku.com menarik juga.. so aku minta ke sana.. tunang pun ikut saja.. hehehe..

sampai di sana dalam pukul 3 petang.. mak aii ramai gile.. kami masuk tapi pintu berkunci.. pulak.. tak pernah pula mana² kedai yang berkunci time office hours.. pelik.. nampak di dalam ada beberapa couples yang sedang menunggu giliran.. staff kedai hanya ada seorang.. melihatkan kami terkial² depan pintu, staff tu cepat² membuka pintu mempersilakan kami masuk.. bertanya samada kami ada appointment atau tidak? appointment?? erkkk.. tak ada.. dia hanya tersenyum.. kena ada appointment ke? huhuhu.. rupanya hari itu sepatutnya kedai tutup tapi bila tengok ramai yang datang, terpaksalah dibuka.. huhuhu..

oleh sebab tunangku ini sangatlah terlebih ramahnya, sementara menunggu giliran, habis disoal siasat couple yang ada di situ.. bila tarikh majlis? di mana? haishhh.. aku senyum saja.. tak kuasa masuk campur.. huhuhu.. ingatkan kami dah terlambat book kad kahwin, rupanya ada yang lagi lambat.. couples² di situ semuanya majlis mereka lagi cepat dari kami.. bulan 10, bulan 11.. kami saja majlis di bulan 12.. macam² perangai boleh tengok.. yang macam tu.. yang macam ni.. semua ada.. hehehe..

giliran kami sampai dalam pukul 4.15 petang.. huhuhu.. lambat sungguh.. tapi tak apa.. mood nak kahwin kan.. raya lagi.. hehehe.. bila dah isi borang baru tau nama aku dengan nama staff tu sama!! hahaha.. best².. kad yang kami pilih simple.. tunangku tak mahu yang banyak warna.. katanya macam kad raya.. hahaha.. so kami sepakat memilih kad berwarna gold dengan sedikit riben di luar.. ok laa.. dapatlah RM0.60 sekeping sebab book melebihi 1000 keping..

selesai sudah 1 perkara.. lega sikit.. sebelum keluar, staff bernama sama denganku tu memelukku.. hehehe.. terharu sekejap.. apa² pun service pun ok.. kedai pun cantik.. kad pun menarik.. harga pun boleh tahan laa.. sekarang nak uruskan yang lain pula.. hadehhh..

No comments: