Friday 25 July 2014

maafkan salah & silap ye...

hari ni hari last bekerja sebelum menyambut syawal isnin nanti.. memandangkan hari ni hari jumaat, so our higher level kat ministry bagi pelepasan balik awal.. alhamdulillah..

tapi macam tak best sebab balik awal pun takde siapa kat rumah.. hanna dah balik seremban ikut uwannya.. hubby kerja petang hari ni.. memula kata cuti, pagi ni kata kerja pulak.. raya pertama & kedua kerja.. raya ketiga baru dapat cuti.. geram punya pasal, cakap je kat hubby.. baik kerja je takyah cuti sebab raya ketiga tu in law dah balik ke Baling, Kedah while kami (me, hanna, uwan & atuk) akan ke kelantan untuk majlis perkahwinan anak sepupu mak.. so takde siapa kat rumah.. takpe, nanti raya minta maaf balik.. huhu.. in shaa allah..

hari ni terlepas sahur.. alarm bunyi pukul 6.30 pagi.. alarm memang dah set pukul 4 pagi untuk sahur & then tidur balik.. pukul 6.30 pagi bangun balik, mandi, subuh & terus siap² pergi opis.. tapi hari ni taktau kenapa, samada alarm bunyi pukul 4 pagi aku yang "tertidur mati" atau memang tak bunyi langsung.. check balik memang dah set everyday bunyi pukul 4 pagi.. hadoiii.. takpe.. moga² perut tak meragam sampai la waktu berbuka nanti.. wajib aku berbuka sorang diri hari ni.. huwaaaa...

di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.. hati² balik kampung ye.. moga selamat sampai ke destinasi yang dituju.. maaf zahir & batin..

Wednesday 16 July 2014

selamat berpuasa

assalamualaikum..

haha.. gile lama aku tak menulis kat blog ni.. bukan takat bersawang lagi, dah reput dek anai² agaknya.. tak tahu la kenapa lately ni rasa malas menguasai diri.. blog memang buka hari² tapi takat tengok newsfeed jela.. then blogwalking..

hari ni dah masuk 18 hari kita berpuasa.. kejap je kan? lagi 12 hari dah boleh raya.. haha.. persiapan raya takat ni baju anak alhamdulillah dah settle.. tinggal mak pak nye ni laa belum selesai lagi.. takpe.. apa² anak didahulukan.. bila keperluan anak dah selesai, lega sikit..

eh, selamat berpuasa semua..
:)