Thursday 15 August 2013

salam aidilfitri..

haiiii..

harini 8 syawal.. kejap je kan? ada yang masih cuti lagi.. aku baru masuk kerja hari ni.. semalam MC sebab cabut gigi.. gusi bengkak sebab gigi bongsu tumbuh tak betul arah.. haha.. kecik lagi ni sebab tu gigi tumbuh lagi.. puiiii..

raya pertama di rumah mak aku di Seremban.. jom tengok gambar!! chekidout..hehe..


1) Betulkan kedudukan Hanna.. Masa ni elok je pandang kamera..


2) Touch up muka Hanna.. start buat "aksi".. 


3) Abah ajar buat "peace".. try buat tapi yang keluar ialah "1 Malaysia".. sigh..


4) Abah & mama dah posing baekkk punya.. Hanna pulak ter"excited" lebih.. iskkk..


5) Mama dah mula keluarkan gigi arnab.. abah pulak sorok gigi.. Hanna pandang tempat lain.. adoiii..


Raya ketiga di kampung hubby di Baling, Kedah.. bersama family in law.. green theme.. si kembar 2 orang tu dah boring.. haha..


Hanna menyengih sajok.. kemain seksi lagi..


comeynyeeee.. (puji anak sendiri.. puiiiii..) macam pakai kimono pulak, kan?


kamiiiiii.. see.. tengok abah kau, Hanna.. selipar jopun?? merah lak tu.. spoillll!!

raya kedua, jemput kak Ida (kakak ipar no.2) di KLIA.. raya di Sabah kekdahnya.. singgah di Shah Alam kejap jemput mak & abah mertua then gerak ke Baling, Kedah.. kami konvoi 3 kereta.. start perjalanan pukul 12 tengahari sampai di Baling pukul 9 malam.. mujur tak jem.. lambat sampai sebab apa eh? tak ingat.. hehe.. balik ke Baling sebab nak ambil gambar reramai..

gambar keluarga aku tak ada.. tak sempat ambil.. takpe.. Insyaallah, ada kesempatan nanti kita ambil ye..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
^_^

Monday 5 August 2013

Selamat Hari Raya & luahanku?? erkk..

as salam..

Ya Allah.. mana perginya semangat aku nih.. tak ada langsung mood nak kerja.. tadi hantar Hanna kat rumah pengasuh pun sorang² je Hanna.. yang lain dah cuti raya.. kereta kat kawasan rumah pun banyak lagi berderet.. mungkin rakyat² kuarters tak balik kampung lagi tapi dah start cuti raya.. adoiii.. badan je kat opis ni.. otak dah sampai kampung dah..

oh ye.. hari ni last aku kerja.. esok dah cuti.. yeeeayyy.. tak sabar nak packing baju masuk dalam beg.. bawak kuih raya, bawak marukku, angkut semua beg anak beranak.. ecehhh. macam kampung jauh sangat.. fefeeling sangat tauuu.. insyaallah, esok atau lusa balik rumah mak aku di seremban.. petang raya kedua baru gerak balik ke Baling kampung hubby.. konvoi 3 kereta balik sana.. 

semalam hati ni teringin sangat nak ke Sogo.. hajat nak cari handbag dengan kasut raya.. ok.. handbag bukan handbag raya yee.. handbag aku dah bersetai dah.. asal tunggu bas kat bus stop then masuk perut bas mesti semua pandang tang beg aku.. bersetai sana sini.. aku selamba pakai.. ah, lantak.. 

 so semalam hubby ajak ke Setia City Mall.. kengkonon nak cari baju raya kat sana.. 1 mall pusing, 1 pun dia tak berkenan.. aduhhhh.. sudahnya aku yang dapat sandal dengan handbag kerja.. selamat dah duit raya ex bos bagi aku labur beli sandal raya dengan handbag.. hahaha..

jumaat lepas ex bos bermurah hati bagi duit raya kat anak buahnya ni.. terharu sangat sebab sanggup naik level 5 semata² nak bagi duit raya kat aku.. then turun balik.. ingat jugak dia kat aku.. alhamdulillah.. jumlah pun sama jugak macam zaman jadi PA dia dulu.. sebak sangat.. terima kasih bos.. sobsob..


duit raya pemberian ex bos.. terima kasih bos.. jasamu tetap kukenang.. :(


baru ni jugak dapat duit raya dari bos yang sekarang ni.. opsss.. duit raya untuk anak ye.. untuk aku nan hado.. hehe.. apa² pun alhamdulillah.. dari takde, kan? walaupun nilainya tak sebesar mana.. hukhuk..

hmm.. cerita sekarang, sejak naik ke level 5 ni prestasi aku semakin menurun.. merosot sangat.. selalu datang lambat.. mood nak datang kerja tu memang out.. taktau kenapa.. sebelum ni di level 3 walaupun kerja menimbun tapi aku enjoy.. rasa macam itulah dunia aku.. walaupun penat tapi best.. but not now.. walaupun di sini ada juga dianjurkan majlis² berbentuk kekeluargaan, tapi tetap tak rasa macam keluarga.. tetap rasa macam orang lain.. aku bagi peluang pada diri aku, pujuk diri aku dengan selalu kata "maybe sebab aku baru lagi.. nanti lama² nanti ok laa..." but sekarang dah berlangsung selama 4 bulan tapi perasaan kekeluargaan tu tetap tak hadir.. bukan tak pernah berada di level 5 ni malah sebelum aku ke level 3, aku ditempatkan di level 5 juga dengan position yang sama cuma bos je lain.. bos sekarang memang ok cuma.. entah lah.. lain rasanya.. tetap tak sama macam level 3.. walaupun aku tak ada kawan karib di situ tapi aku selesa.. rasa macam family sangat.. sungguh..

eh.. dah macam luahan hati pulak, kan? tak pasal² je korang kena baca kisah hati ni.. hahaha.. jangan risau, aku masih ok walaupun prestasi aku merudum.. 

hati² di jalan raya.. selamat balik kampung kawan².. 

selamat hari raya aidilfitri..