selamat pagi..
jom jamu mata dengan gambar² ni.. semua ni aku sempat snap dalam kereta time nak pergi kerja pagi tadi.. nampak macam meriah..
jom..!!
belon terbang atas rumah laa.. hehe.. |
gambar ni adalah gambar pertama yang aku snap.. memula memang tak perasan.. masa ni baru nak keluar ke jalan besar dari kejiranan kami.. tetiba hubby cakap "yang.. tuuu...." sambil tunjuk tangan ke atas.. respons pertama aku adalah "wow...." terus ambil handphone & snap.. haha.. tak sangka belon ni terbang sejauh ini.. yang lain semua terbang dekat² presint 2 je.. yang ni sampai Presint 9..
kabus.. tak nampak sangat.. |
bila kereta berhenti sebab traffic light merah, sempat la tengok.. tapi sebab kabus (tak tau laa kabus or jerebu) so tak jelas sangat.. masa ni kalau tengok kereta sebelah², semua tengah snap gambar pakai handphone.. haha..
sampai kat jambatan ni banyak kereta yang berhenti untuk ambil gambar.. kereta, motor.. penuh kat jambatan tu.. semua pakat ambil gambar..cuaca sangat ok tapi dalam gambar ni nampak macam mendung pulak..
excited..!! |
semua belon bertumpu kat Presint 2 ni.. setakat mana yang aku tahu, belon ni terbang pada waktu pagi seawal 7 pagi & petang.. petang pun dalam pukul 6 gitu.. maybe ikut cuaca jugak..
aktiviti harian terus berjalan sebab hari bekerja, kan.. |
No comments:
Post a Comment
berkata²..