Friday 5 October 2012

down..


semua orang pernah rasa down, kan? mustahil takda orang yang tak pernah rasa macam tu.. sama macam aku yang ada ketikanya rasa terlalu down.. bukan semua hari kita akan rasa happy.. biasalah, tak seronok kalau tak ada part sedih dalam hidup ni..

selalunya bila rasa sedih, memang tak lalu nak makan. even favourite food di depan mata pun still tak lalu.. dalam dada ni macam ada satu ruang kosong yang besar sangat bila rasa down.. bila tengok orang sekeliling sentiasa happy setiap masa, mula laa rasa diri ni kecil amat.. kecil & tak boleh nak bersaing dengan orang lain.. rasa diri sangat² tak bertuah hanya kerana tengok orang lain ceria padahal belum tentu orang tu betul² happy & takada problem.. huhu..

bila rasa down tu datang, selalu jugak cakap dengan diri sendiri bila la problem tu nak berakhir.. lambat lagi ke? lepas tu akan lepas satu nafas panjang.. orang kata keluhan.. bagi aku, bukan mengeluh tapi hanya menghela nafas.. bila dah lepaskan nafas berat tu, nafas baru masuk & macam bagi motivasi kat diri sendiri supaya bersabar.. tak boleh lari dari masalah, tapi mesti kena hadapi.. sebenarnya itulah yang menjadikan diri kita matang & dewasa..  kata orang, pengalaman hidup tu mendewasakan diri kita, kan?

ok laa.. memang rasa down pun sekarang ni.. nak balik laa..

apa laa yang akan datang esok hari..
hmm..









*source : google


Tuesday 2 October 2012

birthday kek..


hello..

nak update cerita pasal kek birthday hanna.. sempena umur hanna setahun, maka aku teringin la sangat nak belikan kek untuk hanna.. saja la, kan.. tak celebrate pun.. hanya makan dengan uwan & atuk je.. abah nya pun kerja hari tu..

pergi Giant Senawang, singgah ke Kings Confectionary.. tengok kek tinggal yang tak best je.. kek Angry Bird sold out.. tanya kat staff tu, katanya kalau nak order kena 3 hari dari tarikh pengambilan.. nak tunggu esoknya, malas pulak nak ke situ.. kek Boboiboy ada laa.. tapi besar sangat pulak.. at last, ambil cheese kek.. simple je kek tu.. jadi laa kan.


 
Happy 1st birthday hanna..


sampai je rumah, terus nyalakan lilin.. hanna sangat excited.. mama dia lagi laa, kan.. hehe.. mujur laa kek tu takada cream kat atasnya.. kaki tangan hanna sama naik ke kek tu.. suruh tiup lilin, tak reti pulak dia.. kelakar bila dia asyik la tenung lilin tu lama².. haha.. last², mama dengan uwan dia yang tiup lilin.. kehkeh..


geram hanna tengok kek tu..


gelap pulak kek tu.. hehe.. 

masa nak potong kek, bukan main susah.. kena pegang tangan dengan kaki.. hanna tersangat excited pegang pisau pemotong kek tu.. lepas potong, pandai pulak dia tepuk tangan.. seronok dia..

insyaallah, ada rezeki nanti kita celebrate ya..

mama sayang hanna sangat²..
^_^