Monday 27 August 2012

raya..


salam..

rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca blog Beautiful Days ni.. ecececehhh.. entah ada entah tidak yang membacanya.. syok sendiri aje lebih.. haha.. pedulik hape.. heheh.. maaf zahir & batin.. semoga dimaafkan segala salah & silap yang ada.. kosong kosong eh.. =)

hari ni baru start kerja.. ramai lagi yang bercuti hari ni.. mood pun masih mood raya.. hari ni rasa lain sikit maybe sebab dah 10 hari berkepit dengan Hanna.. hari ni hanna dah ikut uwan balik seremban.. sunyinya rasa.. malam semalam, mata susah nak lelap walaupun mengantuk.. mungkin sebab tidur sorang, hubby kerja malam.. pukul 3 pagi mata masih terkebil² teringatkan hanna.. mengalir air mata ni.. rindu sesangat.. dalam pada mengalir air mata, terlelap juga.. tau², dah subuh..

masa nak naik bas tadi pun, hujan gerimis.. lagi laa aku teringat kat hanna.. sedih.. takpe.. kena kuat semangat..

sampai opis, keluarkan fail² yang tergendala sebelum cuti raya.. buat milo panas dulu bawa masuk bilik.. then sambung buat kerja.. sudahnya, pukul 10 baru sempat minum.. milo pun dah sejuk.. telan jelah.. tak selera nak breakfast pagi ni.. tengahari baru pergi cari makanan untuk lunch.. tu pun lauk ala² je kat cafe.. tapau jela..

dah sudah lunch, baru teragak nak blogwalking.. sana sini kawan² tepek gambar raya bersama family.. bestnyeeee.. aku? nan hado.. walaupun tahun ni first time beraya dengan hanna, tapi bergambar bertiga (aku, hubby & hanna) takda.. gambar reramai ada laa.. itu pun belah hubby di shah alam.. takpe... takpeeee... nanti kami pakai baju raya balik, nanti kami ambil gambar pastu tepek kat sini.. tak kira laa raya ke tak raya kan.. hahaha..

ok laa nanti sambung lagi.. mata pedih pulak tetiba..

selamat hari raya kawan²..

Wednesday 15 August 2012

sunyi dah opis ni..


as salam..

lagi 4 hari kita akan meninggalkan bulan ramadhan.. sekarang ni sure ramai yang masih bekerja.. badan je yang kerja tapi hati dah sampai kampung dah.. haha..

sama laa dengan aku sekarang ni.. bos tak ada.. katanya pergi servis kereta.. kerja makin nak cuti, makin banyak pulak.. tau laa semua nak raya kan.. hati aku ni tinggal separuh je time buat kerja.. hati melayang² nak cuti.. bukan nak raya.. tapi nak cuti.. eh, aku tak tau kenapa aku tak rasa nak raya sangat.. even dengar lagu raya pun macam tak ada perasaan.. kenapa eh? apa yang tak kena dengan aku ni? tapi baju raya tetap beli.. heheh..

hari ni dah ramai opismate yang half day.. esok dah start cuti.. makin sunyi laa opis kan.. yang kampung di sabah - sarawak, awal² lagi dah cuti.. aku? kerja sampai jumaat.. sayang pulak ambil cuti bebanyak.. so, start cuti hari sabtu.. aku ambil cuti dari 22/8 hingga 24/8.. ambil 3 hari tapi dapat 9 hari.. muahahaha.. jadi laa kan.. hubby pulak raya kena kerja.. shift malam pulak tu.. hanya dapat cuti 27/8 hinggalah 31/8.. orang dah naik kerja, dia baru nak cuti.. huhu..

raya pertama of course di Seremban, rumah family aku.. tahun ni sepatutnya raya belah hubby.. tapi memandangkan belah hubby dah ramai (tak laa ramai mana pun.. 2 keluarga je..), belah aku tak ada orang, so raya pertama dengan family aku laa.. kesian mak dengan ayah.. kalau raya pertama aku di belah hubby, menangis laa dorang.. aku ni anak tunggal.. tak ada adik beradik.. so, apa² kena dulukan dorang laa.. hehe..

ada tak orang yang beraya di putrajaya? maksud aku tak balik kampung laa.. macamana laa agaknya eh? mesti tak best, kan?

tahun ni jugak, tahun pertama kami husband & wife beraya dengan anak.. segala persiapan, dulukan anak dulu.. sendiri punya, KIV.. baju² dia, aksesori dia.. yang lagi best, tahun ni dapat laa hanna kutip duit raya.. hehehe.. ni pun belum raya lagi, tapi duit raya dah dapat dah.. alhamdulillah, murah rezeki anakku.. beberapa orang opismate bermurah hati menghulurkan duit raya untuk hanna.. terima kasih ya aunties.. tahun depan hulur laa lagi.. hehehe..

bos pun dah bagi duit raya.. alhamdulillah.. semoga semakin murah rezeki bos hendaknya.. amaunnya? biarlah rahsia.. pegang sampul je dah rasa tebal.. hehehe.. ok.. fullstop.

nak rehat kejap..
tata..


Thursday 9 August 2012

bonus.. bonuss.. lai.. laiiii..


selamat pagi..
puasa tak hari ni? ada yang dah raya ke? hehe.. soalan cepu emas pepagi ni..

aku pasti ramai yang menunggu hari ini.. ada apa dengan hari ini? hari ini, 9 Ogos 2012.. hari bonus untuk penjawat awam.. yeaayyy.. hehehehe.. ramai yang dah prepare nak buat apa dengan duit bonus ni.. nak beli baju anak², nak ganti langsir baru, beg baru untuk raya, beli gelang baru... kan? kan?

aku? taktau lagi nak buat apa.. tapi rasanya simpan kot.. yeke simpan? boleh caya ke? hahaha..(gelak jahat koooo..) yang penting sekarang ni nak selesaikan duit kuih raya dengan duit kain pelikat (order kat opismate) untuk ayah.. hehe.. ingat nak beli tudung untuk mak mertua & kakak² ipar.. (nasib kakak ipar den 2 orang je.. hehe..) tengok laa nanti macam mana..

untuk mak, aku dah belikan kain ela 3 pasang.. dah siap pun jadi baju dengan tudung sehelai.. tudung pun tudung mahal ok.. 3 layer lagi.. siap ada kerongsang.. mesti korang boleh imagine macam mane kannn.. first time tengok, dah jatuh hati.. tapi bukan beli untuk diri sendiri, tapi untuk mak.. bagi mak cantik di hari raya.. hehe.. untuk ayah, dah ada sehelai t-shirt & kain pelikat on the way.. baju melayu pakai tahun lepas punya.. taknak beli baru katanya sebab pakai kejap je..

untuk hanna pun dah ada.. baju kurung sepasang tapi senteng sikit.. takpe laa.. untuk baby kan.. hubby belikan blouse dengan jeans 3 quarters untuk hanna.. siap kasut lagi.. comel.. kakak² ipar pun ada belikan baju raya untuk hanna.. tapi belum ambil lagi.. masih kat rumah tok di Shah Alam.. bergaya laa anak aku raya nanti.. masuk yang aku beli, dah berapa pasang dah.. tok dia beli lagi.. sakan hanna naaa.. alhamdulillah.. murah rezeki anakku..


pose manja untuk hari raya..

aku? dah ada 4 pasang baju kurung.. semua dah siap.. tudung je tak ada lagi.. entah bila nak beli.. kasut pun.. beg.. tu laa.. barang untuk family semua dah ada.. untuk sendiri punya tak lengkap lagi.. tu laa namanya pengorbanan seorang ibu.. ehh.. boleh ke cakap macam ni.. kehkehkeh.. puiii..

ok..ok.. melalut dah ni.. sambung kerja balik..
jangan boros macam saya ye kawan²..

tata..

Monday 6 August 2012

dugaan ramadhan..


salam..

hehe.. hari ni dah masuk hari ke 16 kita berpuasa.. lagu raya pun sana sini dah dimainkan.. kejap je, kan? frust sebab PC aku tak boleh dengar lagu sebab speaker rosak.. nak pasang lagu raya.. huhh..

nak cerita kisah hanna warded bulan Julai lepas.. walaupun dah basi, aku tetap nak cerita jugak.. haha.. syok sendiri.. ada aku kisah? kehkeh..

alkisahnya hanna lepas melawat sepupunya Arman yang demam akibat perubahan cuaca yang mendadak (dari London ke Malaysia).. masa hanna main² dengan Arman, aku perasan yang Arman batuk² depan hanna.. aku macam.. adoiiyaiiii.. berjangkit pulak nanti kang.. tapi nak cakap, serba salah pulak.. so aku terpaksa biarkan.. ikutkan hati aku ni nak aje aku tarik hanna, tapiiii.. hanya tinggal tapi.. huhu..

the next day, bila hanna dah ada kat rumah uwan di Seremban, mak aku call kata hanna dah start demam dengan selsema.. pergi klinik, baik sekejap.. then datang balik demam tu.. kiranya on & off laa.. satu ketika, ayah aku cakap nampak pulak bintik² merah kat kulit hanna.. tapi tak timbul.. hanya nampak dari luar.. ingatkan demam campak.. gigih laa ayah aku mencari kelapa muda bagi minum kat cucunya tu.. tak habis minum, mandikan pulak dengan air kelapa tu.. alhamdulillah, bintik² merah tu hilang..


beberapa hari sebelum demam.. abaikan kain yang berselerak tu yeeee..

beberapa hari lepas tu, hanna demam lagi.. sekali lagi mak aku bawak ke klinik kesihatan.. sebelum tu nurse ada kata, kalau demam lebih 3 hari, bawak cepat² ke klinik.. nak check darah.. takut² denggi ke.. manalah tau, kan.. nurse ambil darah & keputusannya normal.. maknanya tak ada denggi.. tapi pelik, kenapa masih demam? doktor ambil keputusan untuk buat imbasan xray.. lepas xray ni laa doktor terus buat surat untuk refer ke hospital.. katanya macam ada jangkitan kuman di paru² hanna.. masya Allah.. maka bergegas laa mak & ayah aku membawa hanna terus ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban..

mak call aku bagitau sekian, sekian.. hari itu, hari Jumaat.. sehari sebelum kita menyambut ramadhan.. mujur laa hari tu boss cuti.. lepas mak call, aku jadi tak sedap hati.. nak buat kerja pun serba tak kena.. fikiran ni tertumpu ke hanna je.. at last, aku ambil half day sebab tak boleh langsung nak buat kerja.. terus call hubby.. hubby pula mujur ada di rumah, kerja shift petang.. hari tu, hubby ambil EL.. terus kami ke Seremban.. 

sesampai di hospital, hanna dah ada atas katil.. sekali pandang nampak macam tak demam pun.. still aktif macam biasa.. gelak², mulut riuh bercakap dalam bahasa baby.. tapi badan panas ya amat..


abah memang suka wat muka camni.. hoho..

oh, ye.. hanna ditempatkan di katil paling hujung sekali.. kiranya macam dikuarantin laa.. ok je kat hujung pun.. tak sesak & terang.. lagipun tak ramai orang.. so, malam tu aku jaga hanna di hospital.. hubby pun tak balik.. tidur kat kerusi di lobi hospital.. kebetulan malam tu birthday hubby.. kesian sebab celebrate di hospital sajok.. huhu.. apa nak buattt... dalam pukul 9 malam, doktor panggil untuk masukkan antibiotik dalam badan.. doktor kena cucuk dekat urat laa.. doktor suruh masuk dalam 1 bilik.. lepas sediakan peralatan, doktor suruh aku keluar.. tak lama lepas tu, dengar raungan hanna.. maik lama makin kuat.. dalam 20 minit jugak laa aku menunggu di luar.. 20 minit jugak raungan hanna tak berhenti.. kuat.. ada rasa nak tendang je pintu bilik tu.. tak mampu nak dengar lagi.. bila keluar, tengok lengan kanan baju hanna ada kesan ubat.. doktor kata ubat tumpah.. sebab hanna meronta.. bila check, di kiri kanan tangan hanna ada kesan cucuk jarum.. kat kaki kiri pun sama.. at last, kaki kanan hanna jadi tempat cucuk jarum untuk masukkan ubat.. siap balut lagi dengan plaster.. kesian hanna.. hanna nampak macam fobia.. nasib laa bila peluk dia, terus dia berhenti menangis.. 


lena tidur lepas masukkan ubat..

lepas bagi susu, hanna terus tidur.. dekat katil dah tertulis "Ibu tak dibenarkan tidur di atas katil bersama anak".. mulanya aku macam ok laa.. tidur kat kerusi sambil duduk.. ikut peraturan kononnnn.. sekali, bila pandang kiri kanan, tengok ibu² lain semua sama naik atas katil dengan anak, aku pun apa lagi.. melompat laa kan.. haha.. takpe.. hanna kecik je.. so ada banyak ruang untuk aku tidur sekali atas katil tu.. hehe..

pagi tu, dalam pukul 2, hubby bawakkan maggie goreng dengan milo panas untuk aku bersahur.. jadik laa kannn.. lepas makan, aku naik balik atas katil, hubby pulak tidur duduk kat kerusi.. nasib tak kena halau dengan guard.. haha.. alhamdulillah, malam tu hanna tidur lena.. tak bangun langsung.. sambil² tu, aku tuam kepala & badan hanna dengan tuala basah..


abah & hanna..

esoknya, mak aku datang awal.. aku dengan hubby balik untuk tidur kejap.. hari Sabtu (1 Ramadhan) mak pulak ganti jaga hanna.. tengahari hubby masuk kerja balik.. tak dapat nak cuti lama sebab kerja tempat baru.. petang tu aku diserang sakit kepala so mak kata, malam tu biar mak jaga.. petang tu, nurse suruh ambil sample urine hanna untuk test.. bukan main susah laa nak ambil.. dapat pun sikit sangat sebab tak dan nak tadah.. huhu.. kesan dari antibiotik tu, hanna kena cirit birit pulak.. tapi doktor kata, itu simptom biasa.. kalau esoknya masih cirit lagi, doktor akan stop antibiotik tu & ganti dengan antibiotik jenis sirap.. demam hanna dah kebah & badan hanna tak panas lagi.. temperature dah back to normal.. sample urine yang pertama, maybe sebab terkena sikit t*** hanna, so doktor kata urine hanna ada kuman.. cuak gila aku waktu tu.. so doktor suruh tadah untuk 1 lagi sample.. kali ni kena bersih.. kali kedua ni, alhamdulillah urine hanna ok.. tak ada apa² jangkitan.. malam tu, kami iftar di wad saja..


budak kuat makan @ hari ketiga di hospital..

esoknya ahad, hanna masih dipantau.. cirit birit dah kurang.. hanna dipindahkan ke bahagian depan.. tak perlu kuarantin lagi.. bahagian depan ni sesak sikit sebab ramai & banyak katil.. so bising laa.. waktu melawat pun panjang hari Ahad.. since hanna tak demam lagi & cirit pun dah kurang, doktor pelatih kata maybe hari ni boleh balik kot.. kami punyalah excited.. tapi kena tunggu doktor pakar pulak.. nak kena betul² confirm sihat & bebas kuman baru boleh balik.. sampai ke petang jugak laa kami menunggu & akhirnya doktor pakar sampai & mengesahkan yang hanna dah sihat sepenuhnya.. alhamdulillah.. dah boleh balik laa.. hehe.. aku yang seronok tak hingat.. sebelum balik, doktor bagi "kata² hikmat" kat aku.. kalau boleh jangan bawa baby melawat orang sakit di hospital.. senang berjangkit katanya sebab antibodi tak berapa nak kuat.. kena pastikan barangan sentiasa bersih & tak batuk or bersin depan baby.. huhu.. ingat tu..

panjang betul cerita ni.. sekarang alhamdulillah dah ok.. semoga hanna tak kena macam tu lagi.. susah hati mama tauu..

ok bye..


saya dah sihat..!! ^_^


Thursday 2 August 2012

gosip pagi

selamat pagiiii..

wah.. pepagi ni nak gosip laa sikit.. eh, bukan gosip jahat tau.. ini baik punya.. sebenarnya bukan gosip pun tapi it's a real story.. hehe..

tadi tengah blogwalking, tetiba tersinggah kat blog Dr. Halina.. ye.. Dr. Halina, isterinya Dr. Sheikh Muzaffar Shah, angkasawan negara kita.. siapa yang tak kenal, kan.. Dr. Halina & suaminya Dr. SMS akan mendapat baby yang kedua..!! wow.. seronoknya.. alhamdulillah.. murah rezeki mereka.. congratsss.. dan ini bermakna, Isabella bakal menjadi kakak.. lagi pun Bella dah mencapai umur setahun.. ok laa tu.. hehe..

kalau nak lebih lanjut, sila lawat ke blog Dr. Halina di sini ye..

ada ke kawan² blog yang bakal dapat baby kedua? ^_^