Monday 6 August 2012

dugaan ramadhan..


salam..

hehe.. hari ni dah masuk hari ke 16 kita berpuasa.. lagu raya pun sana sini dah dimainkan.. kejap je, kan? frust sebab PC aku tak boleh dengar lagu sebab speaker rosak.. nak pasang lagu raya.. huhh..

nak cerita kisah hanna warded bulan Julai lepas.. walaupun dah basi, aku tetap nak cerita jugak.. haha.. syok sendiri.. ada aku kisah? kehkeh..

alkisahnya hanna lepas melawat sepupunya Arman yang demam akibat perubahan cuaca yang mendadak (dari London ke Malaysia).. masa hanna main² dengan Arman, aku perasan yang Arman batuk² depan hanna.. aku macam.. adoiiyaiiii.. berjangkit pulak nanti kang.. tapi nak cakap, serba salah pulak.. so aku terpaksa biarkan.. ikutkan hati aku ni nak aje aku tarik hanna, tapiiii.. hanya tinggal tapi.. huhu..

the next day, bila hanna dah ada kat rumah uwan di Seremban, mak aku call kata hanna dah start demam dengan selsema.. pergi klinik, baik sekejap.. then datang balik demam tu.. kiranya on & off laa.. satu ketika, ayah aku cakap nampak pulak bintik² merah kat kulit hanna.. tapi tak timbul.. hanya nampak dari luar.. ingatkan demam campak.. gigih laa ayah aku mencari kelapa muda bagi minum kat cucunya tu.. tak habis minum, mandikan pulak dengan air kelapa tu.. alhamdulillah, bintik² merah tu hilang..


beberapa hari sebelum demam.. abaikan kain yang berselerak tu yeeee..

beberapa hari lepas tu, hanna demam lagi.. sekali lagi mak aku bawak ke klinik kesihatan.. sebelum tu nurse ada kata, kalau demam lebih 3 hari, bawak cepat² ke klinik.. nak check darah.. takut² denggi ke.. manalah tau, kan.. nurse ambil darah & keputusannya normal.. maknanya tak ada denggi.. tapi pelik, kenapa masih demam? doktor ambil keputusan untuk buat imbasan xray.. lepas xray ni laa doktor terus buat surat untuk refer ke hospital.. katanya macam ada jangkitan kuman di paru² hanna.. masya Allah.. maka bergegas laa mak & ayah aku membawa hanna terus ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban..

mak call aku bagitau sekian, sekian.. hari itu, hari Jumaat.. sehari sebelum kita menyambut ramadhan.. mujur laa hari tu boss cuti.. lepas mak call, aku jadi tak sedap hati.. nak buat kerja pun serba tak kena.. fikiran ni tertumpu ke hanna je.. at last, aku ambil half day sebab tak boleh langsung nak buat kerja.. terus call hubby.. hubby pula mujur ada di rumah, kerja shift petang.. hari tu, hubby ambil EL.. terus kami ke Seremban.. 

sesampai di hospital, hanna dah ada atas katil.. sekali pandang nampak macam tak demam pun.. still aktif macam biasa.. gelak², mulut riuh bercakap dalam bahasa baby.. tapi badan panas ya amat..


abah memang suka wat muka camni.. hoho..

oh, ye.. hanna ditempatkan di katil paling hujung sekali.. kiranya macam dikuarantin laa.. ok je kat hujung pun.. tak sesak & terang.. lagipun tak ramai orang.. so, malam tu aku jaga hanna di hospital.. hubby pun tak balik.. tidur kat kerusi di lobi hospital.. kebetulan malam tu birthday hubby.. kesian sebab celebrate di hospital sajok.. huhu.. apa nak buattt... dalam pukul 9 malam, doktor panggil untuk masukkan antibiotik dalam badan.. doktor kena cucuk dekat urat laa.. doktor suruh masuk dalam 1 bilik.. lepas sediakan peralatan, doktor suruh aku keluar.. tak lama lepas tu, dengar raungan hanna.. maik lama makin kuat.. dalam 20 minit jugak laa aku menunggu di luar.. 20 minit jugak raungan hanna tak berhenti.. kuat.. ada rasa nak tendang je pintu bilik tu.. tak mampu nak dengar lagi.. bila keluar, tengok lengan kanan baju hanna ada kesan ubat.. doktor kata ubat tumpah.. sebab hanna meronta.. bila check, di kiri kanan tangan hanna ada kesan cucuk jarum.. kat kaki kiri pun sama.. at last, kaki kanan hanna jadi tempat cucuk jarum untuk masukkan ubat.. siap balut lagi dengan plaster.. kesian hanna.. hanna nampak macam fobia.. nasib laa bila peluk dia, terus dia berhenti menangis.. 


lena tidur lepas masukkan ubat..

lepas bagi susu, hanna terus tidur.. dekat katil dah tertulis "Ibu tak dibenarkan tidur di atas katil bersama anak".. mulanya aku macam ok laa.. tidur kat kerusi sambil duduk.. ikut peraturan kononnnn.. sekali, bila pandang kiri kanan, tengok ibu² lain semua sama naik atas katil dengan anak, aku pun apa lagi.. melompat laa kan.. haha.. takpe.. hanna kecik je.. so ada banyak ruang untuk aku tidur sekali atas katil tu.. hehe..

pagi tu, dalam pukul 2, hubby bawakkan maggie goreng dengan milo panas untuk aku bersahur.. jadik laa kannn.. lepas makan, aku naik balik atas katil, hubby pulak tidur duduk kat kerusi.. nasib tak kena halau dengan guard.. haha.. alhamdulillah, malam tu hanna tidur lena.. tak bangun langsung.. sambil² tu, aku tuam kepala & badan hanna dengan tuala basah..


abah & hanna..

esoknya, mak aku datang awal.. aku dengan hubby balik untuk tidur kejap.. hari Sabtu (1 Ramadhan) mak pulak ganti jaga hanna.. tengahari hubby masuk kerja balik.. tak dapat nak cuti lama sebab kerja tempat baru.. petang tu aku diserang sakit kepala so mak kata, malam tu biar mak jaga.. petang tu, nurse suruh ambil sample urine hanna untuk test.. bukan main susah laa nak ambil.. dapat pun sikit sangat sebab tak dan nak tadah.. huhu.. kesan dari antibiotik tu, hanna kena cirit birit pulak.. tapi doktor kata, itu simptom biasa.. kalau esoknya masih cirit lagi, doktor akan stop antibiotik tu & ganti dengan antibiotik jenis sirap.. demam hanna dah kebah & badan hanna tak panas lagi.. temperature dah back to normal.. sample urine yang pertama, maybe sebab terkena sikit t*** hanna, so doktor kata urine hanna ada kuman.. cuak gila aku waktu tu.. so doktor suruh tadah untuk 1 lagi sample.. kali ni kena bersih.. kali kedua ni, alhamdulillah urine hanna ok.. tak ada apa² jangkitan.. malam tu, kami iftar di wad saja..


budak kuat makan @ hari ketiga di hospital..

esoknya ahad, hanna masih dipantau.. cirit birit dah kurang.. hanna dipindahkan ke bahagian depan.. tak perlu kuarantin lagi.. bahagian depan ni sesak sikit sebab ramai & banyak katil.. so bising laa.. waktu melawat pun panjang hari Ahad.. since hanna tak demam lagi & cirit pun dah kurang, doktor pelatih kata maybe hari ni boleh balik kot.. kami punyalah excited.. tapi kena tunggu doktor pakar pulak.. nak kena betul² confirm sihat & bebas kuman baru boleh balik.. sampai ke petang jugak laa kami menunggu & akhirnya doktor pakar sampai & mengesahkan yang hanna dah sihat sepenuhnya.. alhamdulillah.. dah boleh balik laa.. hehe.. aku yang seronok tak hingat.. sebelum balik, doktor bagi "kata² hikmat" kat aku.. kalau boleh jangan bawa baby melawat orang sakit di hospital.. senang berjangkit katanya sebab antibodi tak berapa nak kuat.. kena pastikan barangan sentiasa bersih & tak batuk or bersin depan baby.. huhu.. ingat tu..

panjang betul cerita ni.. sekarang alhamdulillah dah ok.. semoga hanna tak kena macam tu lagi.. susah hati mama tauu..

ok bye..


saya dah sihat..!! ^_^


4 comments:

  1. sehat dah ye Hanna.. syukur Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  2. mmg panjang entry ni..hehehehe.. ade pengalaman jugak tido kat spital..4 malam sebab dhia kene rotavirus..
    itulah pengalaman membesarkan anak..alhamdulillah, hanna dah sihat sepenuhnyer..

    ReplyDelete
  3. mama dhia : tu laa.. kalau tak kena, tak tau kan.. =)

    ReplyDelete

berkata²..