Monday 25 April 2011

air gula oh air gula..

hellooo..

hehe.. mood nak menulis dah datang balik.. hari ni, nak cerita pasal check up di klinik rabu lepas.. seperti yang disuruh, kami husband & wife datang awal ke klinik.. disuruh datang pukul 7.30 pagi untuk ambil nombor, tapi kami punya semangat, pukul 7.10 pagi dah sampai klinik.. haha.. tu pun dah beratur walaupun pintu klinik tak buka lagi.. nasib baik beratur tak panjang.. parkir pun senang..

dalam pukul 7.40 pagi, pintu dah dibuka.. lepas ambil nombor, letak buku merah kat kaunter, terus duduk depan bilik darah.. tak sampai sepuluh minit duduk, nurse panggil nama.. bila pergi kat nurse, nurse tu kata alamat aku jauh dari klinik tu.. kiranya klinik tu tak cover kawasan tempat tinggal kami.. disuruh ambil darah dan lepas tu boleh pergi ke klinik yang dekat dengan tempat tinggal iaitu Klink Desa Pulau Meranti.. manalah aku tau ada klinik yang dekat dengan tempat kami tu.. lagi pulak klinik desa.. agak tersorok sikit..

tepat pukul 8.00 pagi, nombor giliranku dipanggil.. orang pertama tuuuu.. hehe.. memula ambil darah.. kata nurse pukul 10.10 nanti datang balik ye.. sebelum tu, ahaaaaa.. disuruhnya aku minum air gula.. adehhh.. punyalah manis amat.. kembang tekak ni minum.. nasib la panas.. tu pun tak habis aku minum.. kebetulan masa aku minum tu, ada patient lain tengan ambil darah.. so, aku ambil kesempatan tu, buang sikit air tu dalam sinki.. pelan² okkkk... kang nurse tu dengar pulak.. hehehe.. baik punye mengelat..

lepas keluar dari bilik darah, hubby temankan aku duduk di luar.. tengok orang lalu lalang.. sambil menantikan pukul 10 pagi.. serba tak kena time ni.. kepala dah mula pusing².. dada pun rasa penuh.. ni semua air gula tu punya pasal.. aku cuba bertahan.. adalah sejam kot.. pukul 9 pagi, aku ajak hubby duduk dalam kereta.. alasannya aku tak larat, rasa nak bersandar.. elok je aku letak beg dalam kereta, terus keluar balik air gula tu.. muntah laaa.. nasib sempat pergi belakang kereta.. hahaha.. serius memang tak tahan.. sikit pun tak tinggal.. lain macam rasa air gula tu.. sebenarnya air gula tu aku kena minum hanya sebab ayahku ada diabetes.. itupun sebab pemakanan.. bukan sebab keturunan.. aku yang tak minat benda² manis ni pun dipaksa minum air gula.. hehhhh.. tak suka betul..

lepas muntah, baru rasa lega.. sakit kepala hilang.. dada pun lapang.. memang air gula tu laa penyebab aku sakit kepala.. tak "in" langsung dengan aku.. patutnya aku kena masuk balik bilik darah tu untuk gantikan air gula yang aku dah muntahkan tadi.. tapiiiiii.. aku malas.. hahaha..  lepas tu temankan hubby breakfast.. sedap je tengok dia makan nasi lemak daun pisang.. adehhh... aku pulak kena puasa lagi.. tak boleh makan atau minum selain air putih.. sadis betul.. tapi aku suruh hubby tapau siap² 2 bungkus untuk aku.. hehehehe..

seperti yang disuruh, pukul 10 pagi kami masuk semula dalam klinik.. dah letak buku depan bilik darah, kami duduk semula tunggu nombor dipanggil.. kejap je duduk.. terus nombor dipanggil.. hehe.. lepas ambil darah lagi sekali, dah boleh balik.. sebenarnya bukan terus balik, tapi terus ke Klinik Desa Pulau Meranti untuk buat check up yang lain pulak.. ingatkan klinik desa tak ramai, tapi ramai jugak.. kami sampai dalam pukul 10.45 pagi.. tunggu nombor kena panggil pun lambat.. perut dah lebih pada berbunyi.. last² aku bedal nasi lemak daun pisang yang hubby tapaukan tadi.. dah kata perut lapar, sampai menjilat jari aku makan.. makan dalam kereta je pun.. hubby gelak je tengok aku makan.. lepas makan tunggu lagi.. aku orang yang last sekali kena panggil.. malang betul.. sudahnya pukul 12.30 tengahari baru aku kena panggil.. nasib laa nurse nya ok.. sejuk sikit hati..

dalam pukul 1 petang, baru habis.. terus balik rumah.. mulanya ingat nak balik office lepas lunch hour, tapi dan² tu jugak kepala ni berdenyut².. panas agaknya.. sudahnya, pukul 2 petang, hubby sorang je pergi kerja.. aku? sambung tidur kat rumah.. hahaha..

Tuesday 12 April 2011

asyik malaaasssss je..

ya ampunnnn.. lama sungguh aku tak update blog ni.. taktau kenapa tapi sekarang rasa macam malas nak menulis.. huhuhu..

semalam, mak & ayah datang ke rumah.. sajalah berjalan².. boring katanya.. sambil² tu bawak bekalan makanan.. haha.. tu yang best tu.. mak bawak lauk cendawan busut (yang kaler putih panjang² tu..) masak tumis air dengan ayam goreng cili padi.. tu je pun lauknya.. eh, ada lagi 1, ikan masin jeruk goreng.. perghhhh.. masing² makan bertambah² walaupun lauk tak seberapa.. hehe..

makan ramai² lagi best sebenarnya.. selalu makan berdua saja.. tak berapa nak lalu (alasan jeeee..) tapi malam semalam memang seronok.. lauk biasa² je tapi selera sungguh.. lepas makan terus tidur.. see.. mana tak gemuk.. badan macam di pam² sekarang ni..

cerita pasal badan, kawan² opis ramai yang kata perut dah nampak.. muka pun dah penuh.. huhuhu.. eh, tapi bukan aku sorang je tauuuu.. hubby pun sama.. perut sama naik.. katanya nak lawan dengan perutku.. hahaha.. takpe.. kita tengok.. hehe..

ok lah.. mau sambung kerja..
daaaa...