Monday 31 January 2011

sudah sampai......

selamat pagi.. =)

saya sudah selamat sampai di Baling, Kedah malam tadi.. sangat syok.. sejuk je sini.. err.. ok... Baling adalah tempat hubby dibesarkan.. sebab kami adalah newly wed (kerrr??.. huhu.. ) sempena cuti CNY seminggu ni, kami balik ke Baling untuk melawat saudara mara di sini.. first time maaa.. =)

tapiiiii..

lupa mau bawak kamera..
=(

Sunday 23 January 2011

setahun sudah..

selamat petang..

bersiaran dari dalam kereta nak balik ke rumah mak di Seremban.. hehehe.. saja mengada nak guna lappy dalam kereta.. gila poyo, kan? huhu..

ok.. pagi tadi bangun tidur macam biasa tengok jam di henpon.. nampak di muka depan telefon (muka depan??) orang panggil apa? home eh? haha.. nampak sangat zero pasal henpon.. huhu.. tertera perkataan "My E-Day".. oh.. rupanya dah setahun kami "bertunang".. haha.. still simpan event tu di kalendar telefon.. terus bibir ni mengukir senyum..

nak ucap pada diri sendiri..
happy first engagement anniversary..
=)

Monday 17 January 2011

macam mana??

petang ni masak² lagi kat pantry.. goreng keropok keping.. hehe.. minggu lepas goreng jugak.. sebungkus besar tu.. kena pulak hari tengah hujan.. opismate buat teh o panas.. siap bakar roti tepek mentega & kaya.. ada yang beli sukun goreng kat cafe sebelah.. wahhhh.. tak terkata wehhhh... perut kenyang pun jadi lapar balik.. hehe..

oleh sebab goreng dalam pantry dengan air cond, baunya adalah semerbak.. so sekarang adalah aktiviti men"spray" perfume kat baju dalam bilik sendiri.. hahaha.. bau minyak weiii..

macam mana nak kurus camnih????

Wednesday 12 January 2011

let's picture do the talking..

hello..

dalam entry lepas, me dah janji nak upload gambar majlis bertandang di tempat hubby di Shah Alam.. so, tengahari ni me tunaikan janji itu.. hehe.. majlis bertandang di Dewan Serbaguna MBSA Seksyen 13, Shah Alam, 25 Disember 2010..

let the pictures do the talking ya.. =)

pics kredit to Mr. Rafie Ramli.. thanks ya.. cilok dari your FB album.. =)

 terkocoh² pengantin turun dari kereta.. huhu..
 
 
 masa ni pandang ape eh? tak ingat pulak..

hubby senyum nampak gigi..

 macam mengantuk je..

boleh tak atas pelamin hubby kenalkan sanak saudaranya yg menepung tawar kat me? huhu..

 ibu mertuaku.. =)

bersama kedua² belah ibubapa.. 

tudung ni "membulatkan" lagi mukaku.. 

errr.. saya tak minum air bandung.. heheh..

yang tuuuuu.. panjang betul muncung.. hahaha..

antara gambar yang me paling sukeee sangat.. =)

kami dah kawennnn.. hehe..

bersama anak & mak dara.. ehh.. ade sorang tersepit di situ.. haha..

kadangkala candid itu cantik aksinya.. with hubby's BFF..

our big families.. =)

and last but not least...............

v

v

v

v

v

v

v

v

it's me... =)


Monday 10 January 2011

sebelum & selepas..

lepas kahwin ni, asal weekend je kami husband & wife mesti ligat kepala berfikir nak pergi mana.. jumaat petang je dah siap² pack kain baju.. ke mana lagi, kalau bukan ke rumah mak.. hahaha.. orang sebelah menyebelah pun mesti perasan, weekend rumah kami mesti gelap.. lesap.. huhu..

bukan apa, rumah kami pun tak ada barang sangat.. TV pun tuan rumah punya.. kecil saja.. astro?? tarak.. huhu.. mesin basuh pun belum ada lagi.. so, mengangkut la kami berdua dengan beg besar eksport kain baju kotor ke rumah mak.. bukan tak boleh basuh manual, cuma tak boleh basuh banyak la.. (alasannnnn.. huhu..) selalunya kami akan balik ke dua² rumah.. mak mertua di Shah Alam & rumah my mum kat Seremban.. bila balik rumah mak mertua, bila dah siap² basuh kain  sidai semua, mulalah masing² "jom kuar.." hehehe..

sekarang ni kami kemaruk tengok wayang..maklumlah masa bujang dulu, jarang sangat tengok wayang.. seingat me, adalah sekali saja tengok wayang.. itu pun masa birthday hubby (dulu boyfriend) tengok Harry Potter.. masa tu belum bertunang lagi pun.. itulah sekali.. haha.. dasat tak? so lepas kahwin ni la nak balas dendam.. hehe.. pernah sekali seminggu lepas kahwin, kami tengok midnite di The Curve.. sajalah nak merasa tengok midnite macam mana.. guess what, dua² tidur.. hahahaha.. serius memang kenangan habis..

sekarang ni barulah merasa berjalan ke sana ke mari.. hubby bawak ke mana je me nak pergi.. cuma tempat yang jauh² tu belum sempat pergi lagi.. sebab buat masa ni, kami kena balik ke Seremban tiap² minggu.. bukan apa, my mum baru lepas operate mata (Katarak).. so lepas operate memang tak boleh nak buat apa².. even membongkok pun tak boleh.. so anak yang solehah lagi mithali ni kenalah menjalankan tanggungjawab membasuh & mengemas rumah.. (cehhh..) huhu..

now bila dah kahwin, baru terasa macam mana penatnya buat kerja² rumah.. membasuh, memasak, mengemas.. aduhhhh.. dulu semua mak buat.. me hanya tolong sikit² saja.. nah.. sekarang rasalah.. tapi setakat ni ok laa.. mujur hubby pun membantu sama.. TQ dear.. =)

oh, ada kerja nak buat.. sambung nanti..

Thursday 6 January 2011

kek kahwin kami..

hello..

tetiba semangat pulak nak cerita tentang kek perkahwinan kami bila belek² balik gambar kahwin.. kek ni sponsored by cik Siti.. tak sangka cik Siti nak sponsor kek.. alhamdulillah, jimat di situ.. hehe.. kek coklat fondant setinggi 5 tingkat & berwarna putih berbunga peach pink.. sedap & tak manis macam kek² yang lain..

kata cik Siti, kek ni adalah hasil dari dapur Sugarflours.. layan pic ni..

keknya simple je.. tapi sedap sangat.. betul.. tak tipu.. =)

bila cik Siti tanya me nak berapa tingkat kek tu, me just cakap 2 tingkat should be ok.. yelah, dah orang nak sponsor, takkan nak demand pulak, kan? tapi memang impian dari kecik dulu memang nak kek 2 tingkat je.. kang banyak² tingkat dah feeling² artis pulak.. hahaha.. sangat tak sangka bila tiba hari majlis, terhidang depan mata kek 5 tingkat.. hehe.. thanks ya cik Siti.. sukeeeee sangat².. teringat pulak masa acara potong kek, kakiku digigit semut api.. nahhh, semut pun nak jugak.. hehehe..

ok, untuk hantaran pulak, me guna kek coklat fondant.. tapi bukan dari Sugarflours tapi Homemade Sweet Treats..masa bertunang dulu pun order cupcake dari sini.. pemilik Homemade Sweet Treats ni me panggil kak Zaiton.. beroperasi di Seremban.. so kalau ada B2B dari Seremban yang nak order kek/cupcake/tartlets/agar² boleh laa order kat sini.. hehe.. sedap juga & harga pun berpatutan.. gerenti puas hati.. haha.. kak Zaiton, saya promote lagi business kak Zaiton tauuu.. hehe..

inilah rupanya kek hantaran untuk hubby.. tempah dari Homemade Sweet Treats..


=)

ok.. masa hari bersanding di rumah saya, memang tak sempat langsung nak ambil gambar hantaran.. so gambar kek hantaran ni saya ambil dari blog Homemade Sweet Treats..

satu lagi hantaran untuk hubby yang saya tempah dari Homemade Sweet Treats ni ialah Blueberry Cheese Tart.. aduhhhh.. sumpah sedap.. saya tempah 50 pieces & dibahagi dua kotak.. sekotak ada 25 pieces.. so sekotak saya buat hantaran, sekotak lagi untuk makan².. memang tak terkata sedapnya.. sampai tak cukup.. rangup, lemak & tak manis sangat.. Ya Allah, sampaikan sepupu² saya yang kecik² tu mintak lagi kalau boleh tak payah buat untuk hantaran.. hahaha.. takpe, nanti kita order lagi eh.. kek & tartlets ni dihantar sendiri oleh kak Zaiton ke rumah saya.. so sweet of you kak.. thanks ya.. =)

tartlets yang sedap gilerr..!! sungguh..

ok.. dah habis segmen review kek kahwin & hantaran..goodies pulak rasanya dah review sebelum kahwin.. oh ya.. goodies kami hanyalah berbentuk kek marble mawar & telur.. tak ada kerepek² atau souvenir lain.. untuk kanak², kami berikan jelly & gula² dalam bunjut.. tapi terlupa nak snap gambar goodies² ni semua.. *cehh..  kek marble mawar tu boleh tengok di post di sini.. goodies ni dari Restu Rezeki Enterprise.. siap dengan kotak comel lagi.. murah pun murah.. sangat puas hati.. 

ok..  dah masa sambung kerja.. next entry, review lain pulak.. GTG.. bye..

p/s : kek 5 tingkat tu actually hanya 2 tingkat saja yang boleh makan.. 3 tingkat di atasnya adalah PELSU semata².. hahaha.. I think semua pun tau.. hehehe.. 

Tuesday 4 January 2011

acara yang diselangi sakit kepala..

hye..
hari ni nak cerita pasal majlis bertandang & majlis buka hadiah pada 25 Disember lepas.. alhamdulillah, majlis bertandang di Shah Alam berjalan lancar & meriah.. cuaca juga agak baik & tetamu yang datang pun ramai.. majlis bertandang diadakan di Dewan MBSA Seksyen 13, Shah Alam.. dewannya sederhana besar & selesa untuk tetamu.. nak tunjuk gambar tapi buat masa ni, gambar majlis bertandang tak ada dalam simpananku.. nantilah, next entry nanti akan disiarkan.. =)

majlis buka hadiah pun diadakan pada hari yang sama tapi di waktu malamnya di rumah MIL.. rumah my MIL tak jauh dengan dewan yang digunakan untuk majlis bertandang.. so senang nak angkut barang.. ok, sebenarnya waktu majlis berlangsung di siang hari tu aku dah mula rasa sakit kepala.. mungkin sebab faktor cuaca yang agak terik sikit petang tu.. ditambah lagi dengan fake eyelashes yang aku guna tu + perut kosong sebab tak sempat nak makan sebelum bergerak dari Seremban ke dewan bersanding di Shah Alam.. time makan beradab, aku tak berapa nak lalu makan.. maklum laa pengantin.. hehehe.. makan hanya 2, 3 suap saja.. perut kembung dek air saja sebab cuaca panas sangat..

dalam pukul 5.30 petang, lepas dewan siap dikemas, kami bertolak balik ke rumah MIL.. mujur dekat sebab kepala aku makin sakit.. perutku memang lapar tapi dek sakit kepala yang teramat sangat, semua rasa nak makan hilang.. aku berehat dalam bilik, cuci mekap & langsung terlelap.. nasib di rumah MIL ramai saudara mara so mereka tak perasan sangat.. dekat nak maghrib, aku terjaga.. tapi sakit kepala still tak hilang.. badan pun dah lemah semacam.. gagahkan juga badan, mandi & turun ke bawah mencari panadol.. makan panadol & naik semula ke bilik untuk solat maghrib..

lepas isyak baru acara bermula.. time nih aku dah mula rasa nak muntah.. tapi aku bertahan.. minum air banyak sikit then turun ke bawah.. acara dimulakan dengan doa.. wajahku pun dah jadi masam semacam masa baca doa.. kepala terus berdenyut & rasa loya makin kuat.. habis saja doa, aku naik semula ke atas.. terus ke bilik air & muntah.. hahhh.. tak keluar apa pun cuma air saja.. ada rasa lega sikit.. turun semula ke bawah.. tak tahulah ada orang perasan ke tak.. lantak.. huhu..

acara buka hadiah bermula.. masa ni, sakit kepala masih kuat.. loya pun ada lagi tapi aku tahan juga.. senyum pun ala kadar saja..

posing adalah kemestian walaupun kepala macam nak pecah...

acara buka hadiah ni kalau dilihat lebih banyak hubby yang buka hadiah berbanding aku.. sebab aku tengah berperang dengan sakit kepala & rasa loya.. eh, bukan loya yang itu ya.. rasanya loya ni sebab gastrik & sakit kepala sebab cuaca panas sangat..

menahan, bertahan & tak tahan.. pfftttt...

sambil hadiah, sambil ber"skype" dengan kak ida (my SIL) yang duduk di London nun.. kak ida tak dapat balik ke Malaysia so kami berkongsi kegembiraan ini buka hadiah sama² sambil Skype dengannya.. dapat lihat dengan jelas kak ida mengalirkan air mata sebab tak dapat join majlis tu.. btw, thanks ya kak ida atas present yang sangat² sweet itu.. nanti kak ida balik kita buat kek sesama eh.. =)

kak ida & husband tengah tengok kami bukak hadiah.. 

alhamdulillah, banyak juga hadiah yang kami terima hari itu.. sesi buka hadiah bertambah lama ditambah dengan acara teka hadiah untuk kanak².. acara ini sebenarnya bunkan untuk menunjuk² hadiah siapa yang lebih grand atau tidak.. ianya lebih kepada perkenalan orang baru kepada semua saudara mara yang ada.. 

siap pasang projektor lagi untuk semua orang tengok kak ida..

aku taktau berapa kali aku turun naik tangga untuk ke bilik air memuntahkan isi perut.. serius aku tak tahan.. kali terakhir aku kena macam ni adalah zaman study dulu tahun 2001.. sakit hinggakan toleh kiri kanan pun berdenyut kuat.. rasa nak hentakkan kepala ke dinding.. cuba juga buat tapi sakit lain pulak datang.. benjol.. huhu..

acara terakhir adalah ucapan dari pakcik & FIL.. terharu sungguh aku atas penerimaan keluarga hubby terhadapku.. seronok sangat.. malam tu aku memang teringin sangat nak makan laksa my MIL.. favourite tu.. gulai kawah dengan rias pisang pun ada.. tapi sebab sakit kepala yang amat sangat, mematikan keinginan itu.. tapi esoknya bila dah ok sikit, aku bantai makan sepuas hati.. hahaha.. mujur laksa ada lebih.. =)

masa ni baru lepas muntah.. kali ke berapa, tak ingat.. huhu..

lepas FIL bagi ucapan, ramai saudara mara yang beransur pulang.. aku pun apa lagi, MIL buatkan aku milo panas.. aku minum & terus tukar baju & tidur.. serius tak larat.. hubby pun aku tak ingat dah.. rasanya hubby tidur lambat.. basuh periuk kot.. huhu.. itulah serba sedikit tentang acara buka hadiah di rumah MIL.. gambar ni pun diambil dari photographers group Baling.. thanks ya..

=)

Monday 3 January 2011

pagi yang ceria..

yuhuuu.. selamat pagi Malaysia.. hehe.. baru lepas makan coklat as breakfast.. betul kata orang, makan coklat mendatangkan mood yang baik & gembira.. huhuhu..

lama betul tak update blog.. busy sikit lately ni dengan mengangkut barang ke rumah sewa baru.. hehe.. weekend pulak berulang alik.. kejap di rumah in law di Shah Alam, kejap di Seremban rumah mak.. weekdays je di Puchong.. oh, ok.. alhamdulillah kami sekarang menetap (cewahh..) di Puchong.. memang jam tapi my dear hubby guna jalan short cut (ekceli jalan tu belum dibuka sepenuhnya..) so hanya ambil masa 10 minit je dari Puchong ke Putrajaya.. not bad..

rumah baru pun alhamdulillah.. tak lah besar sangat tapi bagi newly wed macam kami ok laa.. tuan rumah tinggalkan rumah dengan bersih cuma perlu mop sikit saja.. boleh kata kami bertuah sebab family kedua² belah sangat² banyak membantu dari segi fasiliti rumah.. hehe.. mak & ayah belikan dapur & rice cooker yang besar sikit.. hadiah kahwin dapat rice cooker kecil so mak belikan yang besar.. hehe.. kak ina (my SIL) hadiahkan fridge.. sangat² suka.. thanks kak ina.. =)  walaupun kecil hanya 1 pintu, tapi itu sudah memadai.. eh, lepas ni kena rajin masak la sebab dah ada dapur gas & peti ais.. huhu..

barang dalam rumah kena beli sikit².. pinggan mangkuk mak tak kasi beli sebab kat rumah berlambak pinggan mak.. so angkut saja.. hehe.. setakat ni dapur still belum berasap lagi.. tak sabar nak beli barang dapur.. can't wait.. =)

majlis bertandang di Shah Alam pun berjalan lancar.. gambar akan di upload kemudian ye.. majlis buka hadiah pun seronok tapi aku berperang dengan sakit kepala yang amat.. disertai dengan muntah.. opss.. jangan salah sangka.. mak kata mungkin gastrik sebab siang tu perut memang kosong.. makan panadol pun tak jalan.. azab betul.. sampai tak tahan, terus naik atas tukar baju & tidur.. mak mertua yang suruh ye.. hehehehe..

tahun baru pun ok.. tengok bunga api dengan BFF, siti & family di Putrajaya.. tapi dapat tengok dari jauh saja sebab kat PICC tak ada bunga api.. hampa.. lepas tengok bunga api, kami makan² di Kayu Nasi Kandar.. syokkk.. hehe.. tapi kesian Qimie meragam sebab tidurnya terganggu.. paling best sebab itulah pertama kalinya aku keluar lewat malam.. sebelum kahwin, tak pernah okkkk.. best sebab tak ada gangguan.. kalau dulu, keluar malam sekejap pun mak dah call suruh balik.. huhuhu..

kalau nak cerita tentang perubahan² yang berlaku selepas kahwin memang tak habis satu hari.. tak apa..  nanti cerita lagi.. nak sambung kerja.. belum terlambat rasanya nak ucapkan HAPPY NEW YEAR 2011 EVERYBODY..
daaaa...
=)

nota kaki :  hari ini genap sebulan kami bergelar husband & wife.. syukur padaMu Ya Allah.. =)