Monday 29 March 2010

ready made atau DIY??

semalam duk boring² di rumah, mak mengajak aku ke Nilai 3.. saja cuci mata katanya.. ecehhh.. dah gaji kununnya.. hehe.. mulanya aku seperti malas.. bukan apa, kalau dah melihat², tentu saja nak beli, kan? mana boleh tengok saja.. ;)

mulanya kami ke kedai A.. boleh tahan juga barang² di situ.. tapi sedikit mahal laa.. mulanya tak perasan mahal.. tapi bila kami ke Z pula, mata jadi rambang.. bunga² nya memang cantik.. lebih pilihan berbanding kedai A tadi.. harga pun jauh lebih murah.. mungkin sebab ada diskaun.. gila sekejap bila tengok bunga² di situ (walaupun aku memang tak suka artificial flowers nih)..

bila ke tempat barang² hantaran, lagilah gila mata melihatnya.. bunga dulang yang berharga RM16 turun menjadi RM7.50 saja (sebelum nih aku beli dengan harga RM11).. cantik² juga.. tapi tak ada pula warna yang aku nak.. so aku just tengok sajalah.. tapi memang cantik.. lama juga aku di situ.. barang² seperti dulang besi, bakul rotan dan kotak hadiah pun ada diskaun.. tapi tu laa.. aku bila dah tengok barang² macam nih memang tak ingat nak snap gambar.. hehehe.. maaf ya..

bila dah tengok bunga dulang tak ada warna yang aku cari, mulalah aku berfikir².. nak beli yang ready made atau DIY? bunga dulang DIY nih kena kreatif sikitlah nak menggubahnya.. yang ready made banyak tapi masalahnya tak ada warna yang aku cari.. dengan tangan aku yang langsung tak ada seni nih rasa macam mustahil je nak gubah²..

macam mana eh?

Thursday 25 March 2010

terpesona..!!

bercerita tentang mekap untuk hari bersejarah nih membuatkan aku sedikit teruja.. bukan apa, bila tengok mekap pengantin, semuanya cantik².. tak kurang juga yang kurang semenggah.. so kena pilih yang betul² "expert" bab mekap² nih..

kadang² bila kata mekap ni cantiklah, tapi di mata orang lain kata tak cantik.. so memang subjektif, kan? ada yang "naik seri" bila disolek.. ada yang "biasa²" saja.. ada yang kata kalau mak andamnya n***, solekannya cantik.. ada yang kata kalau n*** ni solekkan, hilang seri sebab "mereka" ni tetap lelaki.. betulkah? aku tak ada jawapannya..

cuba tengok gambar nih.. cantik, kan?

aida - juara Gadis Melayu
*kredit to www.seindahwajah.com


cantik, kan? terpesona bila tengok gambar nih.. mekapnya memang cantik tapi tang mata tu agak tebal mekapnya.. tapi kalau kena gayanya, memang cantik walaupun mekapnya tebal..

btw, tudung Aida nih cantik, kan? hehehe..

Wednesday 24 March 2010

blur..

dari semalam aku rasa macam nak demam.. hidung rasa semacam je.. hari nih dah start achuummm² dah.. mata pun macam nak berair je.. memang sah aku dah nak demam.. hari tu Yeh.. memula selsema je.. then bila demam dah datang, pi hospital check darah langsung denggi.. aduiiii.. takut juga.. alhamdulillah dah sihat pun dia..

setelah berbincang², akhirnya tarikh perkahwinanku akan diadakan pada hujung tahun ini iaitu 3 dan 4 Disember 2010.. mulanya nak dibuat pada tarikh lahirku 9 Oktober.. memandangkan tarikh itu bukan pada cuti sekolah, amatlah susah untuk saudara maraku bertandang.. bakal FIL ku (ecececeh.. ahakss.. ;) ) pun berniaga kantin sekolah, lagilah susah.. sebabnya upacara nikah nak dibuat pada hari Jumaat.. walaupun sekolah 1 sesi, agak payah juga sebab nak mengemas itu dan ini.. leceh.. sudahlah hari bertunang dulu pun my FFIL tak dapat datang kerana hari bertunang tu adalah hari sekolah ganti untuk CNY.. kesian pulak..

hari Krismas pula sepupu ayahku mengahwinkan anaknya.. sekali 2 orang jadi pengantin.. jimat belanja.. hehehe.. so 25 Disember sudah di "book".. family in law pula nak buat tarikh 25 Disember tu.. katanya sebab nak tunggu SIL ku balik dari London.. semata² nak tengok adiknya bersanding.. aku katakan tak dapatlah atau Yeh kena bersanding sorang² laa.. hahaha.. nauzubillahhhh.. haishhh.. so sebelah Yeh belum tahu lagi tarikhnya..

bila tengok kalendar, ada lagi 9 bulan nak sampai ke hari besar tu.. aduuhhh.. pejam celik je 9 bulan tu.. bukan lama lagi pun.. risau memikirkan tarikh tu.. apa pun aku tak buat lagi.. pada hal banyak benda nak kena buat.. kursus kahwin pun tak register lagi.. bila jenguk blog kawan² yang nak naik pelamin nih aku jadi gabra.. orang lain semua dah siap sedia.. aku??

sekarang mau kumpul duit.. tak boleh juga nak harapkan duit hantaran semata.. semua pun guna duit.. tak ada duit, mau tak jalan semua.. huhuhu.. langsir awal² lagi mak dah tempah.. oh ya, tema adalah warna burgundy dan putih.. manakala sebelah Yeh warna maroon.. dah dekat dah tu.. jangan sama, sudah.. hehehe..

cadar.. hmm.. kalau ikutkan aku dah booked.. jalan² di Jakel beberapa minggu lalu dah nampak 1 cadar menarik.. warna burgundy tapi agak light sedikit.. harga? kalau tak diskaun RM1200.. selepas diskaun RM950.. huihhh.. aku dah bayar deposit RM100 tapi sekarang berbelah bagi pulak hati nih.. rasa nak cancel tapi sayang pula RM100 tu.. mesti hangus punya.. kalau ambil, nak kena bayar lagi RM850.. untuk orang yang macam aku, RM850 tu besar juga.. tapi aku macam dah nekad (setakat ni laa..) aku nak cancel laa.. mahal sangat..

sekarang aku sangat² blur.. tak tahu nak mula di mana.. kawan² tolong saya..!!

Tuesday 23 March 2010

semoga dipermudahkan segala urusan..

wohohoho.. tiba² terasa rindu sama ini blog.. hehehe.. maka mengaranglah aku disini..

alhamdulillah, beberapa hari nih aku rasa agak gembira.. lebih rasa lega.. syukur tak terhingga aku ucapkan pada Yang Maha Esa.. betul kata orang, dugaan bertunang memang hebat.. aku sendiri pun seperti tak tertanggung.. kepada tuhan aku panjatkan doa.. semoga dipermudahkan segala urusan dan perancangan.. semoga cepat berlalu segala permasalahan yang melanda..

dugaan yang aku terima betul² menguji kesabaranku.. aku seperti tidak percaya aku boleh melaluinya.. kesabaran memang sangat² teruji.. hingga aku tertanya² pada aku diri aku sendiri, sampaikah pada destinasi yang aku tuju? atau terdampar di tengah jalan?

alhamdulillah sampai juga masalahku ke hujungnya.. tinggal lagi menunggu hari itu tiba.. takut juga.. entah apa pula yang singgah selepas ini..

semoga dipermudahkan segala urusan.. dengarkan doa hambaMu ini ya Allah..

Tuesday 16 March 2010

selamat pengantin baru Aisyah..

cuti sekolah datang lagi.. huhuhu.. so maknanya kenduri kahwin pun banyak laa kan.. baru² nih cousin aku Aisyah selamat melangsungkan perkahwinannya pada 12 & 13 Mac lalu.. majlis nikah pada 12 Mac bersamaan hari Jumaat tapi aku tak dapat datang sebab ada hal yang tak dapat dielakkan..

hari Sabtu, 13 Mac pula hari kenduri besar.. si Aisyah dan abang sulungnya, Abang Iwan bersanding sekali.. tapi gambar tada laa.. tak sempat langsung nak snap.. sayang betul..

hari Ahad pula majlis bertandang diadakan di IPD Chembong, Rembau, N.Sembilan.. nak ke Kelantan jauh sangat so just buat di IPD sajalah memandangkan suami si Aisyah berpangkat Inspektor.. lalu bawah pedang laa.. hehe..


sebelum bertolak.. innocent je cousin aku nih..


sempat... tengok laa aku.. gemuk, kan??

pengantin bertolak dari rumah dalam pukul 12.45 tengahari diiringi deretan konvoi motor² berkuasa tinggi dan kereta Polis.. gambar motor² besar nih pun aku tak sempat nak snap.. huhuhu..

nih masa baru sampai.. bersanding tengah panas.. mata pun jadi kecik.. kalau pengantin pun berpanas, jemputan² semua apa lagi, kan? time nih kami semua sedang melihat persembahan tomoi dari 2 orang kanak-kanak.. boleh tahan laa persembahannya cuma tak ada muzik saja..


kesian betul budak seluar merah tu.. dah laa kurus, dengan panasnya.. huhuhu..


waktu bersanding tu memang tangah panas.. baju habis basah dek peluh.. mekap masing² tak payah cakap laa.. cair semua.. hahaha.. kamera kat tangan pun jadi panas.. gambar budak bertomoi nih aku tak snap banyak sebab tak tahan panas sangat..


pengantin berarak masuk ke dewan utama..


bersiap sedia lalu di bawah pedang..

tema adalah biru dan putih.. mungkin sebab Polis kot.. tapi not bad laa.. cantik juga walaupun dress pengantin tu simple..


semasa naik ke pentas.. labuh betul kain pengantin.. lantai nak ke pelamin tu boleh tahan juga "bersihnya".. kalau biar diheret, memang cantik lah kain tu.. huhuhu..


keadaan dalam dewan adalah gelap.. makanya wajah pengantin pun tak jelas.. ditambah lagi dengan kamera aku yang murah ini.. bertambahlah tak nampak.. hahaha..


sesi memotong kek.. tapi kek tak sempat nak rasa..


bergambar kenangan sebelum balik..


gambar aku haruslah ada.. hehehe.. inilah hasilnya setelah berjemur tengok pengantin bersanding tengah panas.. HITAM..!! huhuhu..


selamat sudah cousinku mendirikan rumahtangga.. lega mungkin.. apa² pun selamat pengantin baru buat Aisyah dan suami.. semoga bahagia hingga ke akhir hayat.. ;)


Friday 5 March 2010

dilanda penyakit..

aduhhh... makin malas nak update blog.. taktahu kenapa.. mungkin juga ada sebab² tertentu.. tapi terlalu peribadi untuk aku tuliskan di sini..

lately nih memang aku tak ada mood langsung.. seronok tengok orang gembira.. aku pun nak juga.. tapiiii.. hmmm..

bila difikir², aku rasa hidup aku terlalu banyak dugaan.. kata orang, dugaan yang diberi Allah sebab Allah sayangkan kita.. tapi kenapa orang lain hidupnya mudah? kenapa jalan aku berliku²? sebetulnya aku tak patut bertanya begini.. sebab setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya.. mungkin..

sampai hati eh mereka buat aku macam ni..
tak kesian kat aku eh?

rasa ingin bersendirian.. dalam masa yang sama mahu orang temankan..
pelik aku nih.. iskkk..