Tuesday 26 January 2010

alhamdulillah..

itu yang mampu aku ucapkan.. my engagement ceremony went well!!.. sangat seronok.. berdebar yang paling banyak.. selama ni aku selalu bertanya macamanalah agaknya perasaan menjadi tunangan orang.. begini rupanya..

i'm taken.. ;)


time ni aku duk menahan nafas sebab korset ketat.. hahaha..

temaku adalah pink & putih sementara pihak lelaki temanya gold & krim.. sebenarnya pink bukanlah warna favourite aku.. tapi bila aku belek² majalah Pengantin, katanya warna pink adalah sesuai sebab bersifat lembut dan sweet.. uhuhuhu... tapi sebenarnya masa aku ke kedai barangan pengantin untuk memilih barang, aku lihat bunga dulang warna pink ni sangatlah menarik.. terus aku angkat.. hehehe..

segan juga aku waktu tu especially time photographer suruh beraksi.. chewahhh.. (ayat tak ingat..) rasa macam serba tak kena sebab time tu kita menjadi perhatian ramai.. penat juga abang photographer tu asyik suruh senyum.. senyum yang nampak gigi katanya.. hahaha.. aku ni memang payah sikit nak senyum..


setelah dipaksa baru dapat shot ni.. hehehe..


saat disarungkan cincin oleh bakal ibu mertua.. chewahhh..


hantaran dari pihak lelaki berjumlah 7 dulang berbalas 9 dulang dariku.. hantaran dariku kebanyakannya berbentuk makanan iaitu kek, coklat, puding, cupcakes, kuih bahulu, buah-buahan, sireh junjung, bunga rampai dan kemeja manakala dari pihak lelaki adalah kek, telekung & sejadah, buah-buahan, coklat, kain lace untuk nikah, cincin & bunga rampai dan sireh junjung..


sebahagian hantaran kami..

cerita selanjutnya akan menyusul kemudian.. gambar² pun banyak lagi yang belum sempat aku tengok.. tunggu eh..



Tuesday 19 January 2010

tenang gambaran hati.. raut wajah berseri..

macam orang lain, aku pun nak juga merasa ini.. ;)


taraaaa....

hohoho.. aku ke pasaraya gergasi hari Jumaat lepas.. mak kata mahu beli barang dapur sikit.. sambil lalu di rak pameran vitamin, aku terpandang benda ini.. mula² saja tengok² kotak Brands Innershine ni.. pegang² belek² tak fikir panjang terus ambil! hehehe.. rasanya ada 3 perasa dengan 3 tujuan yang berlainan.. yang aku ambil ni pati prune untuk raut wajah berseri.. (iye ke?) , pati beri untuk mata yang jernih dan cantik dan satu lagi pati buah quince.. yang ni aku tak tahu untuk apa.. cuma di kotaknya tertulis "sesuai untuk vegetarian"..


comel kan kotak ni?

di dalamnya ada 8 kotak.. sesuailah untuk aku yang ada 8 hari saja lagi (hari Jumaat) untuk majlis pertunanganku.. tengok kotak comel ni sayang pula nak buang.. walaupun isinya dah habis.. huhu..


kalaulah ubat batuk sedap macam ni kan bagus..

pertama kali minum best juga.. rasanya sangat manis dan memang original rasa buah prune.. isinya pun sikit saja macam sekali telan dah habis.. pelik juga difikirkan kalau ubat batuk jenis sirap tu punyalah payah aku nak telan walaupun sesudu saja! hahaha.. tapi yang ini tak cukup pula.. apa kes?

lepas ni bolehlah ahli makmal cipta ubat batuk yang sedap macam ni.. aku mesti tak takut makan ubat lagi.. hehehe..



Monday 18 January 2010

dag dig dug.. huhuhu..

hmm.. bila aku pandang pada ticker sebelah kanan blog aku nih, masuk hari ini tinggal 5 hari saja lagi.. semalam uwan dan atuk datang membantu apa² yang patut.. oleh kerana saudara maraku tak ramai, kami membuat keputusan untuk memasang terus cadar baru.. hehehe.. nampak macam tak sabar lak.. wuekkk..

kata uwan, pasang terus lah cadar tu.. tapi sayang pula nak tidur atasnya.. huhu.. apa yang aku buat, ambil sehelai cadar lama dan bentangkan di atasnya.. sayang maa.. tak mahu bau kedai hilang.. wakakaka...

hantaran pun dah 80% siap.. cuma tinggal nak letak coklat, cake & cupcakes dan sireh junjung saja.. juga iron alas dulang..

pagi tadi bangun saja dari tidur, rasa macam berdebar pula.. takut pun ada.. pada hal bertunang saja.. huhu.. rasa nervous sebab masa tu kita akan jadi perhatian semua orang.. apa lagi tentu aku akan disolekkan.. rasa segan juga nak berdepan dengan kawan² dengan muka bersolek.. mungkin sebab aku jarang bersolek..

apa pun aku akan mula bercuti 21 Januari ini.. doakan aku ya kawan²..

nota kaki : dup dap dup dap..

Friday 15 January 2010

sangat suka dengar ini..

boring sungguh.. tak ada apa nak buat.. sekarang tengah dengar lagu ni.. mesti korang tau kan? bila dengar lagu ni rasa macam hilang tension.. especially bila tang "ibu² bapak².. hehehe.. aku sertakan lirik lagu ni.. enjoyyy....

Cari Jodoh - Wali Band

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Back to *, **, ***

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Back to ***



kredit to asyanas.blogspot.com

rasa macam nak lempang je..

semalam aku kena tinggal dek bas!! memang malang.. elok saja aku keluar dari pintu utama office, aku dengar bunyi bas yang macam biasa aku dengar dan tinggg.... serentak itu juga aku nampak bas menderu pergi! hampess...!!

aku tak mampu berbuat apa² selain melihat saja bas itu pergi.. selalu kalau aku lambat turun, kakak yang selalu naik dan turun bas sama² tu ada.. tapi semalam maybe dia bercuti memandangkan due date untuk bersalin tak lama saja lagi.. aku terus call yeh tapi hampa juga sebab yeh tak jawab call.. lagipun tengahari tu katanya die ke Kuala Selangor menguruskan beberapa hal.. mahu tak mahu aku terus menyeberang jalan untuk naik bas henti² ke KTM Serdang..

alhamdulillah aku tak perlu tunggu lama sebab bas sampai awal dan aku juga dapat tempat duduk.. itu yang penting.. hehehe.. walaupun sedikit tidak selesa sebab ramai sangat warga asing dalam bas tu..

dalam pukul 6, aku sampai di Stesen KTM Serdang.. lepas beli tiket aku duduk di 1 bangku kosong.. dalam masa 5 minit aku duduk di situ, komuter ke Bangi sampai.. ramai jugalah memandangkan waktu tu peak hours.. ada sepasang couple (aku rasa couple sebab tak nampak macam adik & abang pun) umur lebih kurang 20 ke 21 tahun.. berhenti dan duduk sebelah aku.. mulanya aku lihat ok saja.. so aku buat tak tahu sajalah..

yang si lelaki mundar mandir sekitar situ.. yang si perempuan nampak macam membelakangi aku (duduk menyerong seolah² tak mahu aku nampak mukanya) dan sedang SMSing.. aku tak fikir apa² waktu tu selain memikirkan nasib malang aku yang kena tinggal bas.. huhuhu.. tiba² si lelaki tadi meluru ke arah perempuan tersebut dan merampas handphone budak itu.. serentak itu, aku dengar si lelaki itu marah² sambil check hanphone si budak perempuan tu.. antara perbualan mereka yang aku dengar (dorang ni duduk sebelah aku of course lah aku dengar, kan...huhuhu..)

lelaki : message siapa nih? hah?? jawablah? nape diam? (sambil tepis muka perempuan tu berkali²)

budak perempuan tu aku budget menangis tapi suara tak kedengaran.. dia diam saja.. mungkin malu sebab aku dengar kot.. si lelaki tu terus marah² tapi kali ni tak jelas sangat.. yang pastinya sambil marah² di tempelak muka budak perempuan itu dan ada sekali si lelaki tu memijak kaki budak perempuan itu! anehnya budak perempuan tu diam saja tanpa menepis sikit pun! what the heck??

aku mula tak sedap hati.. nak marah pun ada.. kalau nak bergaduh pun beragak lah.. depan orang ramai.. yang paling tak best budak perempuan tu menjadi mangsa tampar budak lelaki tu.. kalaulah budak perempuan tu adik aku, dah lama si lelaki tu "merasa" wedges aku nih.. nampak extremely sangat kurang ajar.. menampar orang sesuka hati.. aku tak rasa lelaki itu abang kepada si perempuan tu.. malang betul budak itu.. boyfriend yang cepat naik tangan ni tinggalkan saja.. rupa pun tak adalah sangat.. (cewahhh..) banyak lagi lelaki lain menanti..

tak lama lepas tu, train pun sampai.. budak perempuan tu terus berjalan laju ke gerabak lain.. mungkin malu denganku..

seriuosly peristiwa tu still terngiang² lagi di kepala ni.. rasa macam nak tumbuk si lelaki tu pun ada juga.. semoga dijauhkan peristiwa ini daripada terjadi ke atasku dan seluruh keluargaku..


nota kaki : berhati² memilih teman..

Wednesday 13 January 2010

sombongkah?

apa nak buat kalau ada seseorang yang korang sebenarnya tak berapa minat nak layan tapi terpaksa layan juga? sebab kalau tak layan (bukan layan mengada² ok..) nanti dikatakan sombong dan tak sedar diri..

aku sangat rimas berada dalam situasi macam ni.. apa nak buat dan aku pun tak ada pilihan lain.. bila berjumpa dengan "orang tersebut" aku rasa macam tak seronok dan berdoa dalam hati supaya dia cepat² pergi.. kadang² bila aku tahu orang itu nak sampai, aku akan cuba untuk tidak berada di tempat itu..

yang paling tak best bila dia mula ajak berborak (time ni aku rasa macam nak maki saja.. huhu..).. mulalah muka aku automatically jadi masam mencuka.. bukan apa, topik perbualan itu sebenarnya langsung tak munasabah dan tak ada kena mengena dengannya.. hanya mahu memancing perhatian aku saja.. at last, bila tengok aku layan lebih kurang saja, dia pun berlalu pergi.. kadang² terfikir betapa jahatnya aku sebab bagi respond begitu.. tapi lebih bagus buat begitu daripada aku maki dia kan? hehehe..

kalau di hadapan kawan² lain pun sama juga.. kononnya buat muka ala² comel laa.. (comel ke? bluwekkkk..) mungkin terasa dirinya cool sebab mampu mengusik orang.. kadang² aku buat² tak nampak saja.. jahat betul aku, kan?

Tuesday 12 January 2010

dah turun sikit tapi mesti naik balik.. huhuhu..

lunch tadi ingat nak makan mcD.. tapi sampai saja depan pintu mcD, dah ramai yang beratur.. jam dah pukul 1.10 petang.. meja pun tak ada yang kosong.. mulanya nak tapau, tapi malas pula.. at last, yeh ajak ke pizza hut saja.. pizza lagi.. hmmm..

sampai di pizza hut pun orang ramai juga.. tapi tak lah sesesak di mcD.. dapat juga tempat duduk.. lama juga menanti.. selalunya sup sampai dulu tapi hari ni sup pun lambat sampai.. tak apa lah.. sambil menunggu kami borak² kosong saja..

dalam 15 minit berborak baru pizza sampai.. mula makan.. baru teringat semalam timbang berat dah turun laa.. kalau minggu lepas 53kg, sekarang dah turun 50kg.. yesss.. nak turun kalau boleh 47kg iaitu berat asal.. tapi mampukah? pagi tadi makan nasi goreng (sikit je.. hehehe..) lunch hour makan pizza pulak.. agak² kesampaian tak?

rasa macam tak turun tapi naik peratusannya agak tinggi.. hehehe.. keju maa.. dengan pepsi lagi yang manis tu..

lepas makan, yeh ajak ke carrefour.. katanya nak cari barang.. aku pun mengikut saja.. pilih punya pilih dapatlah milo 3 in 1 dan biskut ritz.. rupanya untuk aku.. hehehe.. best².. baru aku teringat yang 2, 3 hari ni bila yeh tanya makan atau tidak time kerja, aku selalu jawab "takkk..".. alasannya duit nak pakai untuk benda lain so kena berjimat cermat.. kena ikat perut laa.. hehe.. prihatin juga.. ;)

at last aku masuk office pukul 2.45 petang.. amacam? ada potensi kena buang kerja tak?
erkkk..

nota kaki : nasib baik boss tak ada.. hehehe..

Monday 11 January 2010

tak ada sesiapa pun...

pernah tak korang rasa satu saat di mana korang berada dalam kesusahan tapi tak ada sesiapa pun yang sudi membantu.. yang ada hanyalah seorang dua yang hanya bertanya saja tapi tak mampu untuk membantu..

pernah?

aku pernah..

rasa macam kita tak ada sesiapa pun walaupun sebenarnya ada..

Thursday 7 January 2010

aku yang riang gumbira.. ;)

baru hari ini aku rasa seronok.. pertama kali bertentang mata dengan bakal kakak ipar.. aduhh.. kecut perut.. hahaha..

tak tahu ada komen atau tidak tentang aku.. tahu sajalah, aku ni berat mulut sikit.. especially dengan orang yang baru kenal.. sekali nampak macam sombong.. tapi bila dah lama sikit, siap.. huhuhu.. akulah orang paling banyak mulut..

ya Allah, biarlah kegembiraan ini berpanjangan..
amin..

entri separuh hati..

morning..
sebenarnya aku langsung tak ada hati nak berblog hari ini.. tapi aku gagahkan jua (ayat tak ingat.. huhu) jari ni untuk menaip.. apa gunanya blog, kan?

aku harap hari ini aku boleh bertenang, bersabar dan bergembira.. juga boleh berbahagia.. walaupun aku rasa macam tak boleh buat semua ni.. tapi aku akan cuba..

tak mahu fikir apa².. tak mahu fikir yang sedih².. hanya mahu fikir yang seronok² saja..

kawan², bolehkah anda semua berikan saya moral support? saya amat² memerlukannya.. (walaupun aku rasa macam nak lari dari berjumpa semua orang..)
:(

Tuesday 5 January 2010

help me...

nape eh dengan aku nye nuffnang widget ni? bila aku klik "status" tak keluar pulak blog address aku..
nape eh?
ada sesiapa boleh bantu aku?

err..

Monday 4 January 2010

tiba² aku jadi...

huhuhu.. baru je kejap tadi yeh call bertanyakan tepak sireh.. perlukah berbalas tepak sireh? hmmm.. kalau di tempatku tak perlu.. pihak lelaki saja yang membawa tepak sireh.. tepak sireh tu pula tak termasuk dalam hantaran.. kata yeh di tempatnya mereka berbalas dulang.. maksudnya pihak lelaki dan perempuan meletakkan tepak sireh sebagai hantaran..

bila difikir aku jadi berdebar.. tak lama saja lagi.. hanya tinggal 19 hari saja!!

fuhh!!

semua tak siap lagi.. berat pun dah naik.. entah bila nak berkurang.. ada yang tak muat baju nanti.. huihh.. mintak dijauhkan.. aku harap aku boleh control selera makan di minggu² terakhir ni.. masalahnya selera aku tinggi saja.. nampak itu nak makan.. nampak ini nak makan.. macam mana?

tolongggg..!!

happy new year 2010...

rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru 2010.. agak lewat sebab baru hari ni masuk kerja.. hehe..

malam tahun baru aku tak ke mana pun.. aku tidur awal malam tu rasanya dalam pukul 10.30.. tak tahu macam mana tepat pukul 12 tengah malam aku terjaga.. wish diri sendiri selamat tahun baru bila dengar dentuman bunga api, jawab panggilan telefon dan sambung tidur semula..huhu..

semoga kedatangan tahun baru ni akan membawa sejuta kebahagiaan dan kejayaan untuk semua kawan².. may Allah bless you all..