huhuhu.. cepat betul masa berlalu.. sedar tak sedar, dah 10 hari kami bergelar suami isteri.. macam tak percaya.. banyak betul perubahan yang berlaku.. dulu suka tidur sorang².. kalau ada teman tidur sekali (perempuan laa..) mesti dalam hati bercakap "ala.. tak bestnye.. mesti dia tidur lasak.. silap² aku kene tendang jatuh katil.." hahaha.. gila kedekut kan? rasa macam "aku tak bolehlah tidur berdua² nih.. kene sorang² aku je.. " sebab aku boleh conquer 1 katil.. muahahaha.. tapi sekarang? hehehehehe.. takkan nak suruh hubby tidur bawah kot? durhaka tuh.. hahahaha..
kalau dulu pergi ke mana² yang melibatkan keadaan - tidur-di-sesuatu-tempat-berhari² - beg bajuku cuma ada bajuku saja.. mak dah tentu berkongsi beg dengan ayah.. so beg aku penuh la dengan baju & aksesori semua kan.. dan yang penting aku cuma kemaskan bajuku saja.. tak payah nak fikir pasal orang lain.. sekarang?? haiyyyoooo.. tak boleh lagi wooo... kena fikir "baju apa aku nak sediakan untuk laki aku eh?"... sekarang pun dah bertambah kuantiti baju yang aku kena iron.. huhuhu.. dan yang paling ketara sekarang kena kongsi almari.. huhu.. puaslah aku berusaha menyusun baju² dalam almari untuk - dibahagi-2 - tapi serius seronok.. hehehe..
kalau keluar pun, mak & ayah dah tak kisah lagi dah.. kalau dulu keluar bersama kawan², baru 2 jam keluar, telefonku mesti berbunyi.. tak payah tengok skrin telefon pun takpe sebab dah tau dah siapa yang call.. mak laa.. kalau tak pun ayah.. pesan suruh balik cepat & jangan berlama² di luar.. tapi sekarang, NO MORE.. hehehe.. rasa selamat.. best².. bangun pagi pun buka saja mata, dah nampak hubby.. huhuhu.. sebelum pergi kerja salam & cium tangan hubby.. dibalas dengan ciuman di pipi.. oh, indahnya perasaan itu.. hahaha..
kalau diikutkan, banyak lagi sebenarnya.. nak cerita memang tak sudah satu hari.. so sikit² dulu eh.. nanti sambung lagi..
Ya Allah.. sesungguhnya aku rasa amat bahagia di kala ini.. ku bersyukur ke hadratMu Ya Allah kerana telah mengurniakan aku kebahagiaan yang tak terhingga ini.. dan biarlah ia berkekalan sepanjang hidupku..
Amin..
No comments:
Post a Comment
berkata²..