taraaaa....
hohoho.. aku ke pasaraya gergasi hari Jumaat lepas.. mak kata mahu beli barang dapur sikit.. sambil lalu di rak pameran vitamin, aku terpandang benda ini.. mula² saja tengok² kotak Brands Innershine ni.. pegang² belek² tak fikir panjang terus ambil! hehehe.. rasanya ada 3 perasa dengan 3 tujuan yang berlainan.. yang aku ambil ni pati prune untuk raut wajah berseri.. (iye ke?) , pati beri untuk mata yang jernih dan cantik dan satu lagi pati buah quince.. yang ni aku tak tahu untuk apa.. cuma di kotaknya tertulis "sesuai untuk vegetarian"..
comel kan kotak ni?
di dalamnya ada 8 kotak.. sesuailah untuk aku yang ada 8 hari saja lagi (hari Jumaat) untuk majlis pertunanganku.. tengok kotak comel ni sayang pula nak buang.. walaupun isinya dah habis.. huhu..
lepas ni bolehlah ahli makmal cipta ubat batuk yang sedap macam ni.. aku mesti tak takut makan ubat lagi.. hehehe..
kalaulah ubat batuk sedap macam ni kan bagus..
pertama kali minum best juga.. rasanya sangat manis dan memang original rasa buah prune.. isinya pun sikit saja macam sekali telan dah habis.. pelik juga difikirkan kalau ubat batuk jenis sirap tu punyalah payah aku nak telan walaupun sesudu saja! hahaha.. tapi yang ini tak cukup pula.. apa kes?
lepas ni bolehlah ahli makmal cipta ubat batuk yang sedap macam ni.. aku mesti tak takut makan ubat lagi.. hehehe..
No comments:
Post a Comment
berkata²..