Wednesday 13 January 2010

sombongkah?

apa nak buat kalau ada seseorang yang korang sebenarnya tak berapa minat nak layan tapi terpaksa layan juga? sebab kalau tak layan (bukan layan mengada² ok..) nanti dikatakan sombong dan tak sedar diri..

aku sangat rimas berada dalam situasi macam ni.. apa nak buat dan aku pun tak ada pilihan lain.. bila berjumpa dengan "orang tersebut" aku rasa macam tak seronok dan berdoa dalam hati supaya dia cepat² pergi.. kadang² bila aku tahu orang itu nak sampai, aku akan cuba untuk tidak berada di tempat itu..

yang paling tak best bila dia mula ajak berborak (time ni aku rasa macam nak maki saja.. huhu..).. mulalah muka aku automatically jadi masam mencuka.. bukan apa, topik perbualan itu sebenarnya langsung tak munasabah dan tak ada kena mengena dengannya.. hanya mahu memancing perhatian aku saja.. at last, bila tengok aku layan lebih kurang saja, dia pun berlalu pergi.. kadang² terfikir betapa jahatnya aku sebab bagi respond begitu.. tapi lebih bagus buat begitu daripada aku maki dia kan? hehehe..

kalau di hadapan kawan² lain pun sama juga.. kononnya buat muka ala² comel laa.. (comel ke? bluwekkkk..) mungkin terasa dirinya cool sebab mampu mengusik orang.. kadang² aku buat² tak nampak saja.. jahat betul aku, kan?

2 comments:

Einaz Shah Rizal Thomas said...

selalu jer mcm ni kan?kan?

Murni Nasir said...

tu laa.. nak wat camner.. tapi kadang rase cam jahat je.. huhuhu..