Wednesday 30 December 2009

sabar itu separuh daripada iman..

tengahari tadi aku menangis sepuas - puasnya.. habis merah mukaku.. ada juga officemate yang perasan.. namun aku buat² tak tahu..
kenapa?
biar aku saja yang tahu..

sangat tension.. bayangkan selama ini kita bersusah - payah membantu orang, "beliau" itu langsung tidak menghargai.. sakitnya hanya tuhan saja yang tahu.. kadangkala aku rasakan dugaan untuk aku terlalu berat sehingga tak tertanggung.. tapi aku pernah terbaca tak pasti di mana.. tuhan hanya menguji dengan ujian yang mampu ditanggung oleh hambanya sahaja.. mungkin juga ya.. aku akui, dengan dugaan² ini membuatkan aku bertambah matang dalam menjalani hari² yang mendatang..

apa yang boleh aku lakukan hanyalah bersabar.. menunggu bila sedih akan bertukar gembira..

micasa...

pagi tadi sebelum keluar rumah, sempat juga aku tengok² keadaan rumah aku.. ya ampunnn.. macam kapal nak belayar, ok.. sangat bersepah.. dah macam orang pindah rumah..

nampak macam semak sikit sebab ayahku sedang sibuk mengecat semua bahagian dalam rumah.. so semua perabot terpaksa dibawa keluar dari bilik.. sekarang ni, meja solek mak elok je park dekat ruang tamu! huhuhu..

nak juga snap gambar keadaan rumah tapi masa tak mengizinkan sebab aku dah lewat keluar rumah pagi tadi.. tak apa.. kalau rumah aku masih bersepah petang nanti, aku snap.. hehehe..

bila tengok keadaan rumah macam tu, teringat time mula² masuk rumah tu dulu.. waktu tu aku baru darjah 1.. hanya tinggal berdua dengan mak sebab ayah masih belum dapat bertukar ke Seremban.. (ayah still bertugas di Raub, Pahang).. guess what, masa tu elektrik pun belum masuk lagi.. cuma air saja yang dah ok.. bayangkan la kami 2 beranak tidur dalam kepanasan..tak ada kipas.. grill pun belum dipasang lagi.. nak buka tingkap takut orang masuk pula.. maklumlah waktu tu orang sebelah menyebelah pun belum ada lagi..

diam tak diam, dah 19 tahun kami tinggal di situ.. agak lama juga.. kalau budak lahir tahun itu (1990) sekarang dah anak dara dah.. huhuhu.. rumah pun dah banyak yang kene baiki.. walaupun dah 19 tahun, tak terasa lama pun.. seperti baru duduk 10 tahun saja..

nantilah.. mungkin petang nanti aku snap sikit gambar.. kenangan kan?

Monday 28 December 2009

penumpang² sekelian..

baru² ni kita dengar tentang kemalangan ngeri yang membabitkan bas ekspress melanggar divider highway di Ipoh, Perak.. ngeri betul, eh? bayangkan divider sekeras itu lolos masuk ke dalam bas dan mengenai penumpang di tingkat bawah yang sedang tidur!

kalau difikir², rasa macam tak mau naik bas lagi.. tapi dah tentu aku hari² naik bas ke tempat kerja.. hari² tidur dalam bas.. hehehe.. kalau terjadi apa² memang tak sempat nak buat apa².. (ayat ni semacam je..) aku akui, memang bas sekarang dipandu laju.. tak kira hari hujan atau tidak.. takut juga.. tapi nasiblah dalam bas yang aku naik tu ada ketua bas yang sentiasa memantau kelajuan bas.. maksudnya, kalau bas terlalu laju, dia akan tegurlah.. kakak ni memang tak pernah tidur masa perjalanan.. bagus jugak, kan? hehehe..

kepada penumpang² bas sekelian, berhati² lah.. peringatan ini untuk aku sendiri juga..

Tuesday 22 December 2009

counting the days...

belum terlambat untuk aku ucapkan selamat menyambut Awal Muharram.. semoga tahun baru ini akan membawa kegembiraan dan kebahagiaan buat kita semua dunia dan akhirat..

ok.. 9 hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru masihi iaitu 2010.. cepat betul masa berlalu.. sekejap saja dah akhir tahun.. dalam pada tu, sebenarnya aku pun risau juga.. nak masuk ke tahun baru ni banyak betul debarannya.. cewahh.. hehehe..

persiapan ke tahun baru? hmm.. memang banyak lagi yang tak tercapai sebenarnya.. hanya ada beberapa saja yang tercapai.. alhamdulillah.. mana yang tak tercapai tu kena usaha lagi lah nampaknya.. huhuhu..

tapi yang paling aku risau ada 2 perkara besar akan mengubah hidup aku tahun baru ni.. insyaallah.. takut juga.. huhu.. perkara apa??

nantikan.. tik tok tik tok..

nota kaki : tak buat apa pun lagi ni.. adehhhh...


Tuesday 15 December 2009

indahnya hariku andai...

ya.. indahnya hariku andai aku dapat memiliki ini... ;)

Dior Diorita Medium Hobo

cantik, kan? sangat suka sebab bentuknya yang bulat dan comel tu.. simple dan elegan.. cuba juga membayangkan beg ini dalam warna putih.. hmm.. cute sangat..

lagi² kalau dapat beg ni sebagai hadiah.. wahhh.. berbaloi².. hehehe..
tak kiralah beg ini yang terbaru atau sudah lama di pasaran, (maklumlah aku ni macam katak bawah tempurung sikit..hohoho..) aku tetap suka.. sangat cantik digayakan samada untuk ke opis ataupun menghadiri kenduri kahwin ataupun saat bershopping..
;)
Dolce & Gabbana Ostrich Wallet


taraa... yang ni pun cute.. pink lagi.. fit in trend warna pink ni.. nampak macam clutch simple dan cantik.. tapi.. tak mampu laa nak memilikinya.. sangat over-priced ok harganya untuk sebuah wallet.. mungkin bagi sesetengah orang mampu tapi untuk orang kebanyakan macam aku ni sangatlah mustahil untuk mendapatkannya.. in your dreams sajalah, murni.. huahuahua..

*gambar dari www.geekpurses.com


nota kaki : ada sesiapa nak belikan untuk saya? wink**

Monday 14 December 2009

panas! panas!

baru sekejap tadi ada panggilan dari *o*** *****i** *.**n*** (nama terpaksa dirahsiakan) yang duk laa telefon bertalu² kat opis ni.. katanya permohonan telah dihantar dan sangatlah urgent memandangkan hujung tahun sudah tiba dan akaun perkhidmatan akan ditutup sedikit masa lagi..

secara ringkasnya, surat permohonannya telah dihantar bertarikh awal bulan ini dan akaun akan ditutup hanya beberapa hari saja lagi.. dalam suratnya ingin menghabiskan peruntukan yang sediada untuk membeli keperluan di saat akhir bagi mengelakkan perolehan peruntukan tahun hadapan berkurangan.. christmas shopping laa senang cerita..

see.. suratnya baru beberapa hari dihantar dan sekarang didesaknya supaya diproses dengan cepat! ewah²... bukan main lagi ye.. kalaulah surat dia sahaja yang kita terima, boleh lagi lah kita bertolak ansur.. ini sehari beratus² permohonan baru diterima.. dah terang² kesalahan sendiri, lewat membuat permohonan mahu didesaknya orang lain suruh cepat.. adilkah?

aku serahkan kepada pegawai proses dan malang untuknya pegawai tersebut menghadiri mesyuarat di luar.. bertambah kelam kabutlah dia.. apa yang dapat aku katakan kepadanya, minta bersabar dan kita akan cuba yang terbaik memproses permohonan itu secepat yang mungkin.. habis dimintanya nombor handphone semua pegawai yang ada.. paling menyakitkan bila dikatakan..

"saya taktaulah macamana korang buat kerja.."

amboiii.. cantiknya bahasa.. salah sendiri menghantar permohonan lewat, kita yang disalahkan.. aku sendiri di sini dah macam operator menjawab panggilan telefon yang masuk selang 2 minit sekali.. manakan tugasku sendiri dengan fail dan surat yang berlambak.. tak terlayan kak oii.. ini pun mencuri masa meluahkan perasaan terpendam.. panas betul aku hari ini.. baru bersemangat nak buat kerja dah ada yang menguji kesabaran.. cabaran sungguh.. huhuhu..

dunia akhir zaman....

salam dan morninggg... hmm.. macam biasa pagi² isnin ada sikit mengantuk dan lebih perasaan malas pergi kerja.. tapi tak boleh.. inilah punca rezeki, tak baik malas².. (nasihat diri sendiri.. huhuhu..)

hari minggu tak ke mana² pun.. duduk di rumah, berkemas apa yang patut, mandikan kucing Momot, tengok tv (on & tengok tv, ok.. ;)... ) bla..bla.. rutin orang perempuan, kan? agak bosan juga time cuti duduk di rumah.. cumanya hujung tahun begini banyak kenduri di sini sana.. ada juga jemputan tapi malas nak pergi.. mak dan ayah saja sebagai wakil.. hehehe..

kadang² rasa macam tak percaya.. cuti Sabtu dan Ahad terasa macam terlalu cepat berlalu.. bangun tidur, mandi, membasuh kain baju sekejap saja dah tengahari.. masak² dan makan dah petang.. terasa macam penuh jadual.. ada kalanya cuti 2 hari tu hanya buat kerja rumah dan tak keluar² dari rumah.. hanya keluar menjemur baju saja.. itu pun masih lagi dalam laman rumah..

pernah beberapa kali bila mak keluar membeli sayur dan ikan, aku pun ikut serta.. saja nak tengok² suasana meriah makcik² sebelah rumah berbual sambil pilih ikan.. pakcik jual ikan tu menegur mak..

"laa... dah anak dagho (dara) dah anak kau, Dah.. (dah tu nama mak aku..) lamo boto (betul) tak nampak haa.." (loghat nogori ok pakcik ni..hehehe..)

"ado paklang oii.. (paklang nama pakcik tu) " sambil gelak..

"yolah..camano (macamana) nak nampak.. duk lam (dalam) ghumah yo.. tak keluar².."
pakcik tu sengih² pandang aku..

serba tak kena aku time tu.. hanya mampu tersenyum dan terus berjalan balik.. tak kuasa nak berlama² kat situ.. karang macam² soalan keluar.. lagi susah nak jawab..

tapi memang tak dinafikan.. sekarang masa makin cepat berlalu.. dunia dah menuju akhir zaman.. perlulah kita menyiapkan diri dengan amalan² yang sepatutnya.. sama² lah kita berpesan² antara satu sama lain ke arah kebaikan.. eh.. tetiba plak aku nih.. huhu..

ok, masa dah time.. mau buat kerja..
renung² kan dan selamat beramal..
;)


nota kaki : selamat menyambut Awal Muharam..


Friday 11 December 2009

#@*&%....

guess what?

masuk hari ni dah 3 hari aku tak jamah nasi.. mungkin biasa bagi setengah orang.. but to me sangat luar biasa! mesti kena ada nasi 1 hari.. kalau tak, RINDU.. hahahha..

seriously, dalam masa 2, 3 hari ni aku try menyekat makan.. bukan apa, masa fitting baju Sabtu lepas, rasa macam korset baju ketat kat perut.. bahagian lain masih ok.. itu yang bersemangat nak control makan.. mestilah nak nampak cantik hari tu, kan?.. plus beberapa hari lepas ada opismate yang mengajuk (maybe bergurau walaupun aku memang terasa hati) GEMUK & PENDEK dengan kuat.. kalau korang, apa rasanya??

ok.. habis bab tak jamah nasi..

semalam aku ke Alamanda lunch dengan Yeh.. kami hanya ambil wafer Choc-A-Nut dan kongsi 2 orang.. agak romantik.. hahaha.. ptuiiii.. konon² tak mahu ambil nasi.. tapi bila tengok orang sebelah² semua makan nasi, dah terliur.. hahaha..

after lunch, kami ke kiosk Celcom untuk bayar bil.. sebenarnya telefon kami dah kena block.. disebabkan "kepandaian" Yeh yang gune internet thru handphone sampai 1 jam, esoknya handphone dua² tak boleh call out.. agak tension juga bila kena block walaupun bil aku belum cecah limit lagi.. disebabkan aku hanya subline, Yeh pula mainline, so dengan aku² sekali kena block.. hampeh!

aku dah bayar RM100 walaupun bil aku hanya RM79.55 sebelum blocked.. tapi still tak boleh guna.. Yeh pula dah bayar RM100 juga untuk bilnya pun sama tak boleh juga.. so kami ke kiosk tu untuk pertanyaan lanjut.. kami beratur dan sampai saja giliran kami, belum pun kami buka mulut untuk tanya, just bagi nombor telefon saja. tinggg.. bil dah siap diprint.. tahu apa? the casher tu nampak Yeh pegang duit RM100 dan terus print bil!! bila ditunjuk bil pada kami, kami berpandangan sesama sendiri..

#@&*!!
itu saja yang keluar dari hati aku.. Yeh bertanya juga pada casher tu..

"kami belum cakap apa² lagi dah terus print bil?.."

casher tu hanya pandang kami..

"kami nak tanya kenapa handphone still barred walaupun dah bayar? perlu bayar lagi ke?.. duit ni untuk standby aje.."

casher tu hanya terkebil².. tanpa minta maaf pun!

datang penolong lagi seorang yang bertanyakan keadaan kami.. kami pun berceritalah.. katanya hubungi 1111 untuk pertanyaan lanjut.. aku terus tarik Yeh dan berlalu.. kalau lama lagi harus berterbangan segala kad prepaid dan starter pack celcom kat situ!!

hangin betul aku petang tu..


nota kaki : lambat betul gaji nak masuk..


Wednesday 9 December 2009

penangan Y.E.S

hari ini hari Rabu, 9 Disember 2009.. entri yang nak aku kongsikan ini tentang "perjalanan shoppingku" pada Sabtu bersamaan dengan 5 Disember 2009.. sudah basi bukan?
dengan fail dan surat yang melambak di atas meja membuatkan aku lupa sekejap pada blog ini..
ah, tak mengapa.. aku masih ada mood lagi mahu bercerita.. hehehe..

tanggal 5 Disember 2009 yang lalu, aku telah berkomplot dengan emak dan juga uwanku (nenek saudara yang aku panggil uwan - jangan terkejut ya sebab uwanku ini sebaya ayahku..huhu..) telah keluar berpoya-poya bershopping sakan.. manakan tidak, kami keluar sedari pagi dan hanya pulang ke rumah jam 9 malam!

bersempena dengan Y.E.S (berhantu betul perkataan ini), kami 3 beranak tidak ketinggalan memeriahkan suasana dengan menyertai Y.E.S ini.. dengan membawa duit berguni secukupnya, kami menyerbu Kompleks Pernas SOGO.. agak lama juga aku tidak ke sini.. seperti yang diketahui umum, Sogo memang tak pernah surut dengan manusia.. sentiasa penuh manusia di dalamnya (aiseh.. macam aku ni alien je..) ketika kami sampai pun orang ramai memang sudah bertolak² masuk..

sebetulnya kami ke K.Lumpur (macam jauh saja bunyinya..) untuk membeli barang keperluan sempena majlis pertunanganku yang akan berlangsung insyaallah pada bulan hadapan.. so, tempat pertama yang kami tuju adalah PERTAMA Kompleks untuk fitting baju.. rambang mata bila tengok baju cantik sini sana.. rasa nak try semua.. hehehe.. at last, aku ambil baju kebaya moden warna putih + pink untuk bersesuaian dengan tema..

keluar dari Pertama, terus ke Sogo.. tak sabar! hehe.. mulanya ke kaunter perfume.. memikirkan perfume tak masuk dalam budget list, kami beralih ke tingkat atas.. kami stuck bila sampai di rak pinggan mangkuk.. uwan dah start memandang piring alas kek.. cantik.. menarik.. piring alas kek kemasan kristal dan campuran warna pink buatan German.. harga murah.. tak lama di situ dan.. BELI! huh!!

dari kaunter pinggan mangkuk, kami ke tempat pameran cadar.. semuanya cantik².. aku berkenan dengan 1 cadar polos warna soft pink.. punya 1 bunga daisy besar di tepi nya.. memang cantik.. tapi harga.. aduhhh... budget tak cukup maa... terpaksa tinggalkan dan cari yang lain.. dan akhirnya aku beli juga cadar polos tapi warna kelabu.. (nak sedap sikit silver.. kuikuikui..) lari tema weiii..


malas nak bukak.. tengok plastik cukup laa ye.. hehe..


kira ok laa warna ni.. tak gelap sangat walaupun lari tema.. yang penting budget.. RM200 lebih jugaklah melayang.. rasanya dekat booth cadar ni memang lama laa.. hari dah nak gelap baru kami keluar dari Sogo..

dari Sogo kami masuk ke Butik Harison.. mencari kain lace.. semuanya aku berkenan.. cume harga yang aku tak berkenan.. hahaha.. keluar semula dan akhirnya ke kedai mamak.. Pekena maggi goreng.. perghhhh.. terus terang aku katakan, aku memang tak ada rasa lapar.. shopping maa.. mana nak rasa lapar dahaga semua.. tapi bila mak dah kata nak minum, kami masuk ke kedai mamak berhampiran.. lupa pulak nama kedai tu.. tapi maggi goreng dia memang ada umphh!!.. aku makan juga walaupun tak lapar.. sekadar menjaga hati mak..

lepas makan, kami ke kereta menyimpan barang² yang dibeli.. selepas itu ke butik Jakel.. masuk saja ke butik itu, orang ramai juga.. especially di tingkat kain baju pengantin.. serentak itu aku mula bersemangat.. kain semuanya cantik².. harga pun boleh tahan.. (walaupun aku tengok harga lebih kurang sama saja macam bukan Y.E.S).. bila pelayan datang untuk entertain kami, aku terus katakan SILVER! tersenyum² kakak tu lalu membawa kami ke rak yang berkenaan.. hmmm.. dia tunjuk 1 kain.. cantik.. mulanya ke rak kain berharga RM400++.. not bad.. cantik juga.. selepas itu, kakak tersebut memberi pilihan..

"yang kat sana lagi cantik.."
"mana kak?.."
"tu.. jom ke sana.."

kami mengikutnya ke rak yang ditunjuk.. setelah melihat harga.. terkebil² mata ni.. RM900++ maa.. gilos... kalau tadi kakak tu yang senyum, kali ini giliran aku pula..

"jom kita pergi sana balik nak?.."

aku tunjuk ke tempat mula² aku sampai tadi..

"yang ni macamana dik?.."
"saya suka yang kat sana tu.."

cehh.. suka terpaksa ok! sebenarnya tak mampu.. hahaha..

dan akhirnya setelah berkira² aku ambil yang biasa² saja.. biasa² saja pun ada lari sikit laa itu budget (dengan hasutan uwan..uwan aku mak andam ok..) huhuhu.. selepas kain lace, mak pula mencari langsir.. kali ini tak lama.. setengah jam saja di tempat langsir (tak lama??..).. kemudian kami keluar..


ini dia hasilnya.. cuma tunjuk beg saja.. malas nak bukak..


kali ini, kaki betul² rasa nak tercabut.. kereta parking jauh pulak.. terpaksa melalui pasar malam Jalan TAR di situ.. sampai saja di kereta, bayar sewa parking.. RM15 ok.. pagi membawa ke petang.. mendapat...

dalam kereta, uwan tanya..

"bunga dah cukup ke? riben, bakul semua??.."
"belum.. ada yang kene tambah lagi.."
"so, kita ke Nilai 3.."

senyum...

tiba di Nilai 3 jam 7.15 malam.. cari punya cari, terbang lagi duit.. bila duit dah menyusut baru teringat rumah.. tepat 9 malam kami sampai di rumah.. sampai² saja terus cuci muka dan mandi terus mencari bantal.. tak ingat dah barang² yang diborong.. penat weiiii.. ini barulah shopping sakan.. tak ingat nak balik dan duit pun sakan juga terbang...


nota kaki : kali ni betul² takut tengok diri sendiri berbelanja..


Tuesday 1 December 2009

mulakan hari dengan senyuman..

selamat pagi.. hehe.. pagi ni masa tengah berlonggok fail atas meja ni, tetiba teringin plak nak menaip di blog.. so, tutup sebelah mata untuk buat² tak nampak fail ni dan teruskan menaip.. hehe..

raya macam biasa.. mak masak pelbagai hidangan bermula hari Khamis lagi.. rendang ayam kampung, nasi impit dan lemang.. bermula dengan merendang kacang (goreng kacang tanah tanpa minyak) untuk kuah nasi impit.. guess what? kacang yang aku goreng tu hangus sedikit.. aku salahkan telefon yang berbunyi sebab terpaksa menjawab call.. tu yang hangus tu.. hahaha.. mulanya aku kata ok saja sebab maybe nanti bila dah dibuang kulitnya dan di"blend" , kacang itu akan ok.. tapi ternyata aku silap percaturan! mak tegur juga..

"kenapa kacang ko kaler lain macam?...hitam je.."
"manada hitam.. biasalah tu.."

mak aku pun macam yakin saja dengan jawapan aku.. so teruskan memasak.. then apabila sudah dimasukkan kesemua bahan², tibalah acara menge"test" kuah kacang tu..

"aii.. apasal pahit kuah ni?.." mak tegur sambil merasa untuk kali kedua..
"pahit sikit laa.." sambil tambah gula..
"pahit jugak ni.." kali ni terus pandang aku.. aku buat² tak dengar dan terus jalan keluar.. huhu..

"ko punya kacang laa nih.. ni yang buat pahit ni.. selalu takde pun macam ni.."

kene sedas.. hehehe.. tapi tak mengapa.. elok saja makcik aku datang, terus baiki balik rasa kuah tu.. tambah air asam jawa sikit, gula sikit.. taraaa... dah ok maa... sudahnya habis juga kuah nasi impit tu.. tak membazir ok.. hehe..

hari kedua raya (Sabtu) kami masak sup tulang.. perghhhh.. masing² makan memang tak ingat.. tak ingat dah kolestrol ke apa ke.. daging korban fresh laa katakan.. rasanya manis dan lembut.. jemu makan nasi, aku celurkan mee kuning.. letak bawang goreng, daun sup & daun bawang, fish ball & fish cake dicelur dan sedikit limau nipis.. huhhhh.. 2 kali tambah beb.. hehehe.. nasi pun tak luak sangat.. mee kuning celur licin!!..

kalau cerita pasal makan, sampai esok pun tak habis.. memang tak jadi kerja.. aku akhirkan di sini.. nanti sambung lagi..
daaa...

nota kaki : senyum bila ingat makanan..