Thursday 12 November 2009

cerita semalam..

semalam time balik dalam bas aku tertidur macam biasa.. dan entah kenapa aku rasa macam lama je tertidur.. tak sampai².. at last aku terjaga.. bila terjaga tengok kakak sebelah aku pun lelap juga.. bas pulak macam slow je jalan dan terhenti².. hmm.. jam kot..

aku pandang makcik depan aku, duk tertengok² ke luar.. kakak yang duduk sebelah kerusi aku pun sama, tertoleh² ke tingkap aku.. aku pun selak langsir bas..oh.. ade 3 buah kereta berhenti di tengah jalan (lane yang paling laju).. eksiden laa tu.. tapi tak nampak pulak remuk di mana².. so , aku buat keputusan sendiri.. biasalah.. kalau eksiden je mesti orang berhenti nak tengok.. padahal tak teruk pun.. hehe.. sukati aku je, kan?

tetibe makcik depan aku tu bersuara..

"eh.. ade orang mati la..."

dan² tu jugak aku selak langsir lagi sekali.. nak jugak laa kan tengok betul ke ape yang makcik tu cakap.. betul.. ada seorang lelaki terbaring di tengah jalan (lane kedua) dengan muka bertutup dengan jaket.. dan yang paling sadis.....

darah membuak keluar dari kepalanya di atas jalanraya.. sangat banyak..!!
seperti buah tembikai yang terhempas di tengah jalan (boleh imagine kan macamana isi tembikai yang terhempas di lantai..) uhhh..

serentak dengan itu, kepala aku terus sakit..

selama ini hanya tengok gambar saja.. tapi kali ini real scene ok.. tahu sajalah pandangan dari dalam bas yang tinggi.. dapat dilihat dengan jelas!

aku percaya, mangsa menunggang motosikal.. tapi tak nampak pulak motornya.. mungkin sudah ditolak ke tepi.. orang ramai berkerumun di tepi jalan.. kenderaan pulak bersesak² masuk ke lane perlahan dek kerana kemalangan yang mengambil tempat di lane kedua dan ketiga..

aduhhh... sampai ke petang ini aku masih terbayang² keadaan mangsa.. risiko betul tunggang motor ni.. bahaya sungguh..

kejadian tu betul² tinggalkan kesan pada aku.. hari ini hari mangsa.. esok lusa tak tahu pulak macamana nasib kita.. kepada penunggang motor mahupun pemandu kereta/lori/bas, berhati² laa...

ya Allah, lindungilah keluargaku dan juga orang² kesayanganku dari sebarang malapetaka.. amin..

salam takziah buat keluarga mangsa..


nota kaki : serabut dengan kerja saat ini..


No comments:

Post a Comment

berkata²..